Sabtu, 15 Mac 2014

KERANA MULUT WAN AZIZAH, MALAYSIAN INSIDER TARIK SEMULA ARTIKEL!


Portal The Malaysian Insider (TMI) menarik semula artikel bertajuk “Dunia guna alat canggih, Malaysia pakai ‘Bomoh Doremi’ cari MH370, kata Dr Wan Azizah” dari senarai laporan berita portal itu hari ini.
Laporan itu memetik kenyataan Wan Azizah dalam satu ceramah di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.
Untuk mendapatkan maklum balas tentang perkara itu, Selangor Press ada menghubungi wartawan TMI sendiri. Namun wartawan itu gagal dihubungi.

Ekoran tersiarnya berita itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati ke atas tragedi pesawat MH370 mengutuk kenyataan dan tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh calon PKR itu.
Mungkin atas sebab itu, pihak TMI terpaksa menarik semula artikel tersebut bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam oleh masyarakat.

Dalam ceramah itu, Wan Azizah membuat tuduhan tidak berasas kononnya kerajaan Malaysia bergantung kepada khidmat bomoh untuk mencari pesawat malang MH370 selain memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

ps: biasalah dari, suami dia, anak dia, pengikut dia semua mulut macam tu, masalahnya ramai bertepuk tampar dengan kalau stament bodoh dikeluarkan oleh pemimpin mereka

klik sini selangor press

PKR BILA BERJANJI, MELELEH AIR LIUR PENCACAI MEREKA DENGAR!! HAHA..

TERBARU

MENIFESTO WAN AZIZAH DI PRK KAJANG..

INGIN SELESAIKAN MASALAH 'JAMMED' DI KAJANG

KAH KAH KAH KAH...

baca disini sinar


menilai cara pkr ni, sama je pas ke, dap ke, perangai politik baru kononnya, JANJI AIR LIUR ADALAH SATU PERKARA PALING SENANG UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT, BILA RAKYAT TERPERCAYA DENGAN JANJI TERSEBUT.. BILA DAH DIBERI UNDI, LEPAS MENANG, SEPATAH HARAM MUKA TAK PERNAH MUNCUL MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT... 

PERANGAI TETAP PERANGAI, BANYAK BERLAKU, TETAPI KEPADA ORANG KAJANG, PILIHLAH WAKIL RAKYAT YANG BETUL-BETUL BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, BUKAN WAKIL RAKYAT MUNCUL MASA DEKAT PILIHANRAYA SAHAJA.. 

ANDA PILIH
ANDA TENTUKAN


ps: parti anak beranak ni licik dalam berpolitik, ramai terpesona, tapi hakikat, hampes.. sedar-sedarlah ye..

[GEMPAR] KERAJAAN SELANGOR KEBAS RM600,000? BETUL-BETUL PENYAMUN NI!


MEREKA TUDUH BN PENYAMUN, TETAPI MEREKA LAGI HEBAT DIA PUNYA PENYAMUN, ITULAH PR, DIAORANG MENYAMUN BERHEMAH, PENCACAI MEREKA ANGGAP WALAU PEMIMPIN PR TU MENYAMUN DUIT RAKYAT, TAK MENGAPA SEBAB SAMUNAN PEMIMPIN PR HALAL, HANYA BN JE HARAM.


“Sudahlah ambil RM600,000 daripada pemilik kilang di Bukit Angkat, namun sehingga kini bulatan yang dijanjikan masih tidak nampak bayangnya,” 

demikian kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Wee Ka SiongKatanya, lebih malang lagi peruntukan untuk membina bulatan tersebut dipercayai dibiayai oleh dana swasta namun kerajaan negeri masih gagal membinanya.

“Lima tahun lalu, kerajaan negeri sudah kutip daripada para pemilik kilang di Bukit Angkat, jumlahnya RM600,000 dan dijanjikan buat round about. “Sampai hari ini bayang round about pun tidak nampak, habuk pun tiada, tapi duit telah dikutip,” 

katanya kepada pemberita selepas pelancaran Manifesto BN untuk PRK N25 Kajang, di sini, semalam. Mengulas lanjut, apabila calon PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail melancarkan manifestonya Rabu lalu untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, membuktikan kerajaan negeri gagal mengotakan janji tersebut. 

“Kita minta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jawab… kerajaan PR, jawab apa sudah jadi dengan dana swasta untuk bina bulatan tersebut,” katanya.

ps: cacai pr ni apa saja kalau pemimpin mereka dah buat onar, ohh tak pe, tak de hal, tapi kalau bn, jadi sawan setan diorang mengamuk.

sumber

MASYARAKAT INDIA YAKIN BN TETAP BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, BUKAN PAKATAN RAKYAT!

pru13 yang lepas, orang india dah sedar, pakatan rakyat bukanlah satu gabungan yang membantu mereka dalam menyelesaikan masalah orang india, mereka hanya mempergunakan orang india untuk kepentingan politik, pemimpin pr ni hanya hebat dalam bercakap, menjalankan amanah untuk rakyat, hancur.

diharap orang cina juga sedar tentang keburukan pr ini, memang benar pru13 yang lepas mereka menolak bn sepenuhnya, melihat keadaan pr sekarang, mungkin ada titik tolak mereka sudah mula sedar yang pr ini hanya menggunakan rakyat untuk keuntungan politik sahaja, membela rakyat jauh sekali.


Palanivel Yakin Masyarakat India Sokong BN

Datuk Seri G. Palanivel berkata masyarakat India masih setia kepada Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang dapat membela nasib rakyat di negara ini.

Palanivel-and-MICPresiden MIC  berkata masyarakat India tidak mudah terpedaya dengan hasutan oleh parti pembangkang yang terus-menerus meracuni fikiran rakyat supaya meninggalkan BN. Jelasnya, BN sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, hasilnya sudah ramai masyarakat India mendapat pendidikan tinggi dan berjaya sebagai golongan profesional. Beliau turut menyeru kepada masyarakat India supaya mengundi dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada hari pembuangan undi nanti.

“Berilah sokongan dan undi kepada calon BN pada hari pembuangan undi nanti kerana dia (Chew) telah terbukti sebagai seorang pemimpin politik yang bersih dan mempunyai rekod cemerlang sepanjang penglibatannya di dalam arena politik,” katanya di hadapan 500 masyarakat India di Seri Jenaris, Kajang hari ini.

Ujarnya lagi, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di Permatang Pauh dan presiden Pkr sebelum ini.Masyarkat India di kajang Mengenai manifesto BN yang dilancarkan siang tadi, beliau cukup yakin calon BN akan mengotakan janji terutama menjadi Duta Muhibbah yang mampu meningkatkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.


Sebanyak empat ikrar terkandung di dalam manifesto BN iaitu memperkuatkan ‘check and balance’ terhadap kerajaan negeri Selangor, membetulkan masalah hal ehwal tempatan, memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif dan sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

Manakala lima perkara digariskan sebagai janji dan diberi jaminan untuk diselesaikan iaitu menonjolkan Kajang sebagai bandar kebudayaan, memantau dan memastikan kualiti perkidmatan penyelenggaraan memuaskan, sistem pengangkutan awam yang holistik, menyelesaikan masalah banjir kilat dan kerjasama erat dengan polis dalam membanteras jenayah.

ps: ayuh orang kajang, inilah masanya kita ajar pkr di prk ini, kertas undi kita undi bn

#kajangmove
#prayformh370

Jumaat, 14 Mac 2014

akar umbi pas bersyukur anuar ibrahim dipenjarakan - blogger pas!

biar betul? tapi rasanya memang ada kebenarannya, sebab akar umbi pas yang berpaksikan ulama, masih berpegang kuat perjuangan Islam, memang tak puas hati dengan anuar ibrahim ni, sebab kerana dia lah parti pas berpecah belah, mengawal selia habis kepala-kepala ketua dalam parti pas yang kalau mereka memberi komen selalu merugikan pas, malah ada pemimpin pas otaknya semakin liberal, duniawi, melampau serta memperbodohkan parti pas itu sendiri.


Anwar Dipenjara 5 Tahun – Ramai Ahli PAS Bertakbir & Sujud Syukur

AIDCNews – 14/3/14 – Keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dan dipenjara 5 tahun Jumaat lalu disambut positif oleh akar umbi PAS, dedah blog pro PAS, Santauberapi.

Dengan tajuk, “SYUKUR… Anwar Ibrahim Dapat Kafarah Memperlekehkan TG Hadi Awang dan Jemaah Islam PAS,” blog itu mendedahkan ramai di kalangan akar umbi PAS mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana hukuman terhadap Anwar itu.

“Walaupun secara rasmi PAS menyatakan kesedihan dan simpati kepada Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun setelah keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2012 diterbalikkan bersabit kes liwat, namun ramai orang PAS yang mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana telah menunjukkan kebenaran yang selama ini terselindung di sebalik cakap pandai Anwar Ibrahim.

“Tahaluf Siyasi dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kesilapan besar bagi PAS. Walaupun PAS pada dasarnya hanya bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang kehilangan segala jawatan dan kedudukan, namun keterujaan kerana sokongan yang diperolehi, menyebabkan PAS melangkah jauh dan akhirnya menjerat diri sendiri.

“Tidak perlulah disenaraikan apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR terhadap PAS dari tahun 2008 sehingga kini tetapi cukuplah kalau kita katakan, inilah padahnya kalau jemaah Islam dan perjuangan Islam diperkotak-katikkan demi kepentingan individu,” dedah blog itu.

Menurut blog itu, Anwar memerlukan PAS sebab parti itu mempunyai ramai akar umbi yang boleh digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.

“Masih ramai yang cuba menafikan, Anwar Ibrahim telah mempergunakan PAS untuk kepentingan dirinya. PAS sekiranya berstatus seperti ISMA, JATI atau HAMIM, tidak mungkin akan dipandang oleh Anwar Ibrahim. Anwar dan PKR rapat dan berbaik-baik dengan PAS sebab PAS besar, teguh dan ahli-ahlinya komited dengan perjuangan Islam.

“Disebabkan itulah, Anwar apabila berada di kalangan PAS, akan lebih Islam berbanding orang Islam tetapi apabila berada di kalangan bukan Islam, dia menjadikan PAS sebagai bahan sesahannya.”

Walaupun penyokong Anwar cuba menafikan penglibatan Ketua Umum PKR dalam aktiviti sodomi itu, namun kata blog itu, hingga ke hari ini mereka gagal menjelaskan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Ramai penyokong Anwar yang sekarang ini sedang mengecam dan mencerca hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat kepada Anwar Ibrahim. Kata mereka, hakim-hakim tersebut bodoh.

“Yang tidak mereka katakan ialah, mengapa para peguam Anwar Ibrahim langsung tidak dapat menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam jubur budak Saiful itu. Yang mereka langsung tidak mahu terangkan ialah mengapa Karpal Singh dan barisan peguambela yang diupah oleh Anwar Ibrahim lebih sibuk bermain-main dengan teknikal berbanding fakta sebenar kes.

“Lebih malang lagi, ada pula yang cuba mengaitkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak.

“Sebenci mana pun kita kepada UMNO, seharusnya kita berfikir secara rasional. Itulah sebabnya, PAS dari awal lagi tidak banyak membuat pertikaian. PAS mengikuti perkembangan ini secara dekat dan dari awal 1999 lagi. Kita memang bersimpati dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya, tetapi fakta kes selain bukti, pengakuan, maklumat hakim dan qarinah mahupun qosamah, kita kena akui dan terima.

“Jangan kerana keputusan tidak berpihak kepada kita, maka kita kata mahkamah tidak adil. Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada kita, maka kita baru nak kata itu keputusan adil. Itu namanya tak adil kepada diri tu.

“Dari tahun 1999 sehingga 2014, sudah beratus-ratus kali solat hajat dan munajat kita pohonkan kepada Allah Taala agar ditunjukkan kebenaran. Sudah berkali-kali juga Allah Taala menunjukkan kebenaran, dan setiap kali itulah, apabila tidak kena dengan hati kita, kita menolak Allah Taala dan bergantung kepada manusia.

“Kita tak betul dalam hal ini.

“Sebagai umat Islam, kita kena percaya bahawa setiap kejadian itu Allah Taala yang gerakkan. Hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim adalah hukuman Allah Taala berasbabkan manusia.

“Jangan pula ada yang nak merusuh dan mengheret orang PAS sekali memberi alasan, rusuhan yang mereka bakal lakukan nanti adalah RUSUHAN ALLAH TAALA. Jangan pula ada yang cuma menyamakan diri sendiri dengan Allah Taala.

“Besar dosanya dan besar syiriknya tuh!

“Jangan kerana seorang Anwar Ibrahim yang gagal menahan nafsunya, maka kita jatuh syirik dan mempermain-mainkan qada Allah Taala. Dan jangan pula kita jadi manusia Jabariyah atau Qadariyah yang telah sesat akhlak dan akidah mereka hanya kerana Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

 sumber blog aidc

CERAMAH BADRUL AMIN DI KAJANG MENDUKACITAKAN

DI KAJANG MOOD ORANG DI SANA NAMPAK MACAM MENYAMPAH DENGAN PKR, BUKAN SEKALI, MALAH BERKALI-KALI ASAL BUAT CERAMAH, TAK SERAMAI YANG DISANGKA.

ADAKAH PETANDA UNTUK PKR, WAN JIJAH KATA DIA YAKIN SANGAT AKAN DAPAT MAJORITI YANG LEBIH BESAR PRK NANTI. ADA URA-URA KATA KEMENANGAN WAN JIJAH NI UNTUK MENAIKKAN KEMBALI SEMANGAT ORANG PR MENAWAN PUTRAJAYA.. HEHE..

TAPI DAH MASUK HARI KE-3, KELIBAT ORANG PAS YANG RAMAI TU TAK MEMBANTU PUN PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH PKR, ADA AYAT YANG KELUAR DARI MULUT ORANG PAS SENDIRI, KATANYA, PKR NI PARTI YANG TERSANGAT ANGKUH, BERLAGAK DAN SOMBONG, KAMI DIKALANGAN ORANG PAS AKAN MEMBOIKOT PKR INI, KATA-KATA DARI ORANG PAS TU.





ps: mesti pencacai pr akan kata, ahh gambar ni masa majlis belum bermula la, keke.. macam biasa.. ayat penyedap hati..

Khamis, 13 Mac 2014

[GEMPAR] PENIAGA DI SG. SEKAMAT DI ANIAYA? CARA PR PEDAJAL PENIAGA KECIL?

cara pr dalam menyelesaikan masalah, tutup tempat orang meniaga, kalau lokasi baru mereka dapatkan dan sesuai untuk para peniaga ok lagi, cuma alasan tempat berniaga sekarang tidak sesuai katanya, lokasi di sepanjang sekolah sg. sekamat.

banyak kes yang peniaga kecil dianak tiri, malah pernah jadi isu panas tak lama dahulu gerai peniaga di roboh mpkj, gerai dirampas, diharap pr gunakan cara berhemah dalam membuat sesuatu keputusan, bukan apa, yang berniaga tu bukannya orang senang, peniaga kecil je pun, mereka mencari rezeki untuk menampung keluarga, untuk meneruskan hidup di negeri berkebajikan ini (berkebajikan lah sangat!!)

naib ketua pemuda UMNO, saudara azwan bro turun padang mendengar masalah peniaga yang berniaga di lokasi yang akan ditutup oleh mpkj, kawasan sepanjang sekolah sg. sekamat.




antara surat notis arahan oleh mpkj yang mengusarkan para peniaga disana



ps: katanya nak jaga kebajikan rakyat, tetapi nak selesaikan masalah, ambil keputusan yang menyusahkan rakyat, itulah perangai pr, janji yang mereka jaja semuanya palsu dan sembang kencang saja, beringatlah wahai orang kajang, jangan sampai kajang tak dijaga dengan ikhlas oleh pkr.

#kajangmove
#votebn


#KAJANGMOVE# TIADA PROMOSI KAK WAN UNTUK PRK INI OLEH CYBER FITNAH PR?


perhatikan facebooker pakatan agak lesu dalam mempromosi kak wan jijah kita ni, apa sebab? sebenarnya dari ceramah, penamaan calon, agaknya boikot akar umbi pas nampak sangat dah kesannya, kesian.. sob sob

mungkin agenda strategi permulaan ingatkan anuar ibrahim yang bertanding, jadinya kak wan pulak yang jadi calon, tu la yang hilang fokus tu.. mungkin

sebenarnya menjadi seorang pemimpin yang kerjanya untuk berkhidmat untuk rakyat, bukan hanya jual air mata, jual janji, jual air liur, banyak bukti yang di selangor yb-yb pakatan ni hanya cerdik dalam berkata-kata, tapi kerja turun padang, hurm.. semua orang tau.. dari isu air dicatu di selangor ni, masalah denggi, masalah sampah, masalah gila kuasa pemimpin mereka, nampaknya menyenakkan hati dan naluri orang selangor.

PESANAN UNTUK ORANG KAJANG, PILIHLAH ORANG YANG BETUL-BETUL NAK MEMBANTU DAN BERKHIDMAT, BUKAN SILAP BERI UNDI KEPADA ORANG YANG TERPAKSA JADI BIDAN TERJUN DEMI KERAKUSAN CITA-CITA SEORANG ANUGERAH TUHAN!!


ps: ayuh bn, inilah peluang untuk buktikan bn bekerja keras untuk orang kajang!!

PENGANUT AGAMA PR DAH LUPA KOT TOK BOMOH NI KATA APA SEBELUM PRU!! HAHA..

dah macam filem p ramlee laksamana do re mi

disebalik tok bomoh yang berlagak ahli nujum buat onar di klia yang niatnya nak membantu mencari kemana hilangnya pesawat mh370, ikutkan memang memalukan beb, satu dunia tengok, tok bomoh ni jenis tok bomoh cari makan, siapalah punya kerja sampai tok bomoh tu buat onar kat klia?


isu bomoh ini bukan main suka macai pr tuduh yang bukan-bukan, khurafat lah, bn sesatlah kerana mengupah bomoh, tapi pr ni lupa, patut hempuk je kepala orang pr ni, mereka dah lupa pemimpin merekalah yang ajak bomoh ni meramal kemenangan pr masa pru lepas.. ceh.. demn shit, itulah pr, silap orang kemain, entah-entah orang pr upah bomoh ni buat onar kat klia kot.. almaklumlah nak cari isu.


jom tengok video panas ni...

sumber klik sini

)

Rabu, 12 Mac 2014

KERANA PAS TAK BANTU! CERAMAH PKR KURANG ORANG

semalam, ceramah anjuran pkr di kajang tetap menjadi persoalan, selalunya kalau hadir berpuluh ribu (kadang-kadang juta), sampai jem jalan dipelusuk bandar dan kampung.

tetapi suram, penamaan calon semalam pun nampak sangat suramnya, apekeheanyer? mungkin pas dah semakin sedar, nak lawan umno pun sampai jadi balaci politik dengan pkr dan dap baik tak payah ye tak!

bila nak orang datang ramai, havoc, padat, himpunan baring, kemain gunakan orang pas, kesimpulannya orang pas yang ramai pun, tetapi pkr dan dap pedajal pas macam ibarat pas tu keldai tunggangan je ye (tapi memang pun)

REALITI ATAU FANTASI?


ps: tidur sama bantal, mimpi lain-lain


#kajangmove
#prayformh370

PERINGATAN UNTUK ORANG KAJANG!!

adakah orang kajang inginkan seorang pemimpin yang hanya menjual air mata dan hanya digunakan orang lain tanpa perlu menjalankan tugas yang diamanahkan sekiranya dia menang pada prk kajang nanti?

persoalannya hanya orang kajang saja mampu menjawabnya, cara 'new politics' atau politik era baru yang digunakan pkr sebenarnya hanya untuk kepentingan peribadi sahaja, dulu di permatang pauh, tanya sendiri orang permatang pauh, apa yang dia dah lakukan untuk membantu orang disana? pernah tahu?

UNDI BN UNTUK RAKYAT, RAKYAT SUSAH PEMIMPIN BN TURUN PADANG MEMBANTU.. TETAPI PEMIMPIN PR BERPOLITIK 24 JAM, MENYALAHKAN ORANG, MENCARI USUL KONON MEREKA LAH PEJUANG RAKYAT, TETAPI BANYAK PERKARA MEREKA HANYA PANDAI BERKATA-KATA... 

ISU AIR
ISU SAMPAH
ISU LESEN NIAGA
ISU PENIAGA KECIL MELAYU TERANIAYA

ayuh orang kajang, kali ini sajalah bagi muka dekat pkr dan sekutunya, AYUH BERI SOKONGAN KEPADA CALON BN YANG RENDAH DIRI DAN IKHLAS.. CHEW MEI FUN


ps: sebenarnya ramai dikalangan yang dulu terlampau taksub dengan pkr ni, semua dah calibut, SEDARLAH, PARTI PKR HANYA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA SAHAJA.. rosak bolos, hancus!

AYUH KITA UNDI CALON BN


#kajangmove
#prayformh370

Selasa, 11 Mac 2014

LAGI DAN LAGI GAMBAR-GAMBAR PECAH PANGGUNG DI KAJANG!! JOM TENGOK


#kajangmove
#prayformh370

kemeriahan dikajang dikatakan sampai pelusuk jalan masuk ke kajang jem tak ingat, berpusu-pusu orang ke sana kerana hari ini bermulanya epik hari penamaan calon di N25 KAJANG

perihal yang dilihat rasanya, dipihak pakatan mengalami satu skala boikot dari jentera pas, boleh nampak dari akar umbi gabungan pakatan rakyat tak membantu dalam memeriahkan keadaan, dap pun tak nampak sangat, apekeheanyer?

malam tadi pun ceramah anjuran mereka dikajang tidak nampak impak yang ramai orang support, tapi bak kata otaimer politik, kita kena lihat perspektif antara pakatan sekarang mereka tidak sama-sama bersatu kerana sikap anuar ibrahim yang hanya menunjukkan parti pkr tu boleh buat apa saja di selangor.

kita tunggu dan lihat, apakah drama di hari pengundian nanti.. adakah rakyat kajang masih bermimpi untuk menyokong parti suka main politik atau mengharapkan parti yang serius dan ikhlas membantu rakyat kajang, tepuk dada tanya lah hati.

ayuh kita bagi sokongan kuat untuk calon kita di kajang chew mei fun
















ps: undi simpati udah tentu, air mata kalau tadah sebaldi boleh tadah, itu rasanya taktikal dari pkr, bang non pun tahu, orang kita ni guna emosi sikit cepat simpati... sedangkan tau itu drama swasta..

SEKITAR PENAMAAN CALON PRK KAJANG PAGI TADI!! MERIAH DALAM SURAM

BERMULA HARI INI, PERTARUNGAN 1 LAWAN 1 ANTARA CALON BN - CHEW MEI FUN DAN CALON PKR, SIAPA LAGI PARTI ANAK BERANAK YANG MENARUH HARAPAN STRATEGI SIMPATI... WAN AZIZAH ISMAIL, ISTERI BANG NON..

JOM KITA TENGOK GAMBAR-GAMBAR COOL PAGI TADI.. pss... ai takkan penyokong pr tak meriahkan suasana pun, apa selalu keadaan havok, hari ni lesu? pas boikot?
















yang dibawah  ini gambar-gambar pkr, wah bang non.. kemain.. hehe






ps: kesimpulan hari ini kita akan melihat calon mana yang ikhlas untuk rakyat atau calon yang bertanding semata-mata kerana politik, orang kajang fikirkan, nanti pada hari mengundi, undilah dengan waras, jangan emosi...