RBA GELAK BESAR BILA ZAHID HAMIDI DIPERDAJALKAN OLEH MEREKA!!


Fakta sebenar pemberian "kerakyatan' kepada Cina DAP.

1.Jumlah sebenar "Malaysians Stateless" yang dibenarkan pulang ke Malaysia adalah lebih kurang 500. Pada 2003, sekumpulan Cina DAP, telah bertolak ke UK bagi mendapatkan kerakyatan UK dan menolak kerakyatan Malaysia atas alasan ditindas, media UK melaporkan berita ini, di mana mereka mengoyak passport simbolik untuk menolak kerakyatan Malaysia.

2. Mereka tidak diberi kerakyatan, tapi diberi status PASS RESIDENT, untuk menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 10 tahun, dan selepas itu mereka boleh mendapatkan kerakyatan Malaysia dengan menjalani beberapa ujian yang telah ditetapkan sepertimana penduduk berstatus PR lalui.

3.Kerajaan Malaysia melalui KDN berkuasa penuh untuk menentukan keputusan samaada untuk memberi status Pass Resident kepada mana2 pihak yang memohon, samaada menolak atau meluluskan berdasarkan kajian yang teliti. Buat pertama kali Pass Resident diberi kepada bekas rakyat Malaysia yang telah menolak kerakyatan.

4. Permohonan yang dibuat adalah kali ke-2 selepas permohonan kali pertama ditolak, dan kali ini atas campurtangan DAP, kerajaan Malaysia meluluskan permohonan walaupon hanya status Pass Resident.

5.Setakat ini 3 orang "Malaysian stateless" telah diluluskan Pass Resident oleh KDN, dan masih menunggu selebihnya untuk urusan dokumentasi oleh Kerajaan British selesai.

6.MP DAP Tanjung, Ng Wei Ai (gambar kecil) menunjukkan resolusi yang dikeluarkan KDN meluluskan 500 "Malaysians stateless" untuk pulang ke Malaysia.

sumber page bbcd ORI

ps: betullah kata orang, fitnah yang itu teruk dari membunuh!!

5 ulasan:

[BIAR BETUL] PESAWAT MH370 DI HIJACK? AGENSI PERISIK RUSSIA!!

uish, dah kalut dah ni, kalau benarlah berita ini, bikin suspen tahap ganas dah ni, tapi kan, pelik tak kalaulah di hijack sekalipun, kenapa tiada tuntutan kan? pasal apa? takkan lah pakistan dan india tak dapat kesan langsung bila mana pesawat tu melintasi ruang udara mereka, bak kata orang lah, makin lama makin kusut berita yang rasanya bagi pening je bila baca, tapi disebaliknya kita kena mengerti juga, dalam perbalahan kuasa dunia, mesti ada negara perlu dikambing hitamkan, takkan lah malaysia?


SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.

Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.
Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu.
“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.

“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com.
Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar.
“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.

Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang ‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun.
Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor.
Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.
Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi.

Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban.
“Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan,” menurut laporan The Independent.-MyNewsHub

3 ulasan:

ADAKAH PAS SEDAR ATAU TIDAK? PENGIKUT DAH BERBULU DAH TU!

maaf rakan pas, fikirlah yang terbaik, udah-udah le tu mengaharap kuasa mutlak dengan si kafir dan si liberal dan peliwat, udah-udah le tu, parti pas kalau bergerak sendiri lagi kuat rasanya, tetapi anwar brahim dah menabur virus keldaisme dekat pemimpin pas, minda dah liberal dan plurarisme (segelintir)

harap kuasa ulama akan diperkuatkan lagi dalam pas, biarlah pas benci sekalipun dengan umno, setahu akulah dekat kelantan umno dan pas tu kawan je, duduk semeja dan kenduri kendara sama-sama tak bergaduh pun, cuma sekarang virus anwarisme dan kiasu dap yang mengajar sesetengah pengikutnya tuli, buta, hanyut dan pekak dengan keadaan kebenaran.

SEDARLAH, KEMBALILAH KE LANDASAN PERJUANGAN KAMU!! PAS... SEDARLAH...




ps: banyak lagi hal-hal yang boleh dilampirkan yang pkr dan dap memang nak mempergunakan sahaja pas.. jadinya.. fikirkanlah maruah bukan kuasa yang sementara!!

4 ulasan:

anuar ibrahim beruntung kerana mempunyai pengikut yang taksub dan dungu - zulkifli nordin


KUALA LUMPUR 9 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang beruntung kerana mampu bertahan dalam karier politiknya disebabkan mempunyai penyokong yang dungu dan taksub.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, berkata, jalan politik Anwar hanya untuk dirinya sendiri untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri sahaja termasuk sehingga menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak pernah memikirkan rakyat.

"Anwar ini bernasib baik kerana masih ada lagi tinggal penyokong beliau yang dungu dan taksub, mereka ini terlampau percaya dengan politik dendam dan politik kebencian yang dibawa Anwar.

"Dia berjaya mewujudkan sekelompok penyokong yang taksub yang akan ikut sahaja telunjuk beliau walaupun perkara terbabit tidak betul," katanya kepada Rakyat News dalam temubual eksklusif di Wisma Yakin di sini hari ini.

Zulkifli mendedahkan, Ahli Pas juga terpengaruh dengan politik beliau sehinggakan mampu menyanjung Anwar walaupun pendirian beliau mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama kristian.

Katanya, DAP juga disifatkan tidak bertanggungjawab kerana mereka memperjuangkan Demokrasi tetapi hanya berdiam diri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

"Majlis Syura Ulama Pas telah membuat pendirian larangan penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama kristian, dan setiap ahli Pas tahu mengenai kuasa majlis syura dalam parti mereka tetapi apabila Anwar umum hendak bertanding di Kajang mengapa mereka memberikan kerjasama yang sangat baik kepada Anwar yang secara konsisten menyokong penganut kristian menggunakan Kalimah Allah, adakah ini rasional?

"Sama seperti DAP yang hari-hari melalak mengenai amalan demokrasi tetapi kenapa mereka membenarkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang diteruskan, ianya merupakan pencabulan demokrasi terbesar dalam sejarah negara," katanya.

Beliau menambah, Anwar juga berjaya mempergunakan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah yang dianggap sebagai boneka kepada Anwar dan akan terus menggunakannya bagi menghadapi hukuman penjara 5 tahun bagi tuduhan liwatnya.

Zulkifli menyifatkan, strategi itu telah digunakan sejak dari tahun 1998 dan ianya terbukti berkesan sehingga mampu mempengaruhi penyokong-penyokong beliau.

"Dia sedang berdepan dengan keadaan yang jelas di mana beliau akan dipenjara selama 5 tahun, dan di sini konteks Wan Azizah akan digunakan semula supaya dia boleh mendapatkan simpati.

"Senario ini sama seperti tahun 1998, dan strategi menggunakan Wan Azizah sebagai pengganti beliau terbukti berjaya kerana Wan Azizah sanggup lakukan apa sahaja untuk Anwar," ujarnya.

sumber klik sini

2 ulasan:

[GEMPAR] PENYAMUN TARBUS KEBAS TANAH DI KUALA LANGAT?


laporan tentang salah laku pkr selangor berkenaan penjualan tanah di kuala langat!

Penjualan tanah Canal City di Kuala Langat meragukan.

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan isu penjualan tanah kpd Tropicana Sephire Sdn Bhd di laman portal Selangorku pada 26/3/2014.

1- Penjualan tanah di Canal City Kuala Langat seluas 1172 ekar atau 474 hektar  kepada Tropicana  Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd bukan berjumlah RM844 juta seperti dakwaan Menteri Besar tetapi berjumlah RM1.7 billion.

2- Penjualan tanah tersebut telah ditandatangani pada 15 April 2013 ketika "caretaker goverment" iaitu selepas pembubaran Dun pada 3 April 2013.

3- Mengikut perjanjian asal PNSB dan MBI telah menjual tanah tersebut kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion dengan terma bayaran seperti berikut:

a- Tropicana perlu menjelaskan deposit sebanyak RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

b- RM537 juta akan dibayar , berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun.

c- Baki RM458.26 juta adalah  5 % daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

3- Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki.

4- Pada 26/3/2014 Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta.

5- Dengan nilai RM844 juta ini bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki.

6- UMNO Selangor menuntut penjelasan kerajaan negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut harga pasaran. Dalam tempoh kurang dari 1 tahun tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.

7- Bagaimana Menteri Besar selaku Pengerusi PNSB boleh membenarkan perjanjian jual tanah berlaku ketika Caretaker Goverment.

8- Laporan kepada SPRM akan dibuat kerana UMNO Selangor melihat ada berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli yang dibuat.

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

3 ulasan:

akhirnya si bedul ini dah diberkas!!

kalau betullah dia tentera rba melayu, anggaplah dia ni bodoh mengalahkan jebon, berani mati le kononnya, rba cina guna fake acc, dia guna personal acc nak serang kerajaan, hurm.. nak jadi hero kot? ini supaya disanjung oleh golongan dungu yang dahagakan insan yang boleh melakukan perkara hilang akal dan tak beradab, dei buduh, nak berpolitik pun agak-agak lah ye, jangan ingat negara ini tiada undang-undang, jangan anggap peguam mata duitan ramai di pakatan rakyat tu anda boleh buat sesuka hati kamu je.

dalam kita tak suka, atau nak mengkritik ada batasnya, jangan melampaui batas, setakat carut ke, maki ke, itu dah terbiasa, ini sampai ke tahap level tersangatlah ektrimis, siapa tak marah kan.

tahniah buat pdrm yang segera mengambil tindakan, cuma nak tanya bagaimana pulak ahli politik seperti tian chua yang terang-terang mengugut untuk menjatuhkan kerajaan dalam masa 5 bulan, itu ugutan keras tu, mungkin ada agenda tersirat ke apa, dia sampai sekarang bebas, dan semakin radikal dalam memberi kenyataan.


Emak Saifullah terkejut apabila didatangi pihak polis dan memberitahu anaknya, Syed Saifullah pergi makan dengan ayahnya di luar. Emaknya menelefon anak dan suaminya suruh balik. 20 minit kemudian Syed Saifullah datang dengan wajah ketakutan.

1. Kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
2. Set speker jenama vinnfier warna hitam
3. Empat kabel komputer warna hitan
4. Penyambung soket warna putih
5. Multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
6. Thumb drive jenama kongston warna hitam
7. Mesin cetak jenama canon warna hitam
8. Kabel internet warna putih
9. Satu Handphone jenama Sony X Peria
10. Moniter komputer jenama Acer warna hitam
11. CPU jenama power logic warna hitam
12. Key board jenama power logic warna hitam
13. Tetikus jenama power logic warna hitam
14. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
15. Thumb drive tp-link warna putih/hitam
16. Broadband jenama celcom

sumber my massa

ps: teknik rba cukup radikal dalam membuat posting di alam cyber, mungkin dia terlatih? mungkin juga sebab ramai dikalangan geng dungu ini dalam memberi posting tersangatlah brutal!

1 ulasan: