Jumaat, 18 April 2014

AGAK-AGAK SIAPA YANG SOMBONG DAN BONGKAK?

orang nak bantu, janganlah angkuh bona, tu la pesen pemimpin pembangkang, mereka ni ada otak ke atau memang tak de otak? tapi tulah totok diaorang ni, peduli apa kalau pemimpin diaorang banggang ke, bahlol ke, ahhh janji aku takkan biarkan umno buat sesuka hati, dendam tu membawa sampai ke mati walau terang-terang kepimpinan pr hancus!!


SEREMBAN – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.
"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.
“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan.Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian.

ps: air lombong pun dia tah kemana, berlagak macam tau semua, kimak punya mb pr, kau tau tak orang susah takde air, sejarah bagi aku duduk kat selangor ni, sampai pasaraya cam tesco, jusco, tutup tandas sebab takde air, woiii bodoh....

Khamis, 17 April 2014

BILA KARPAL SINGH DAH TIADA DI MUKA BUMI!

kenderaan yang dinaiki karpal singh selepas kemalangan

selamat ke alam lain wahai karpal singh, bak kata orang hidup ini mesti ada penghujungnya, jadi mungkin ini masa untuk karpal singh, di negeri perak, pada ketika dulu mendiang pernah terbiadab dengan sultan perak, malah terbiadab dengan umat Islam dengan mengatakan langkah mayat dia dulu kalau nak wujudkan negara Islam dan undang-undang hudud.

tetapi dalam kebiadaban dia itu, ada juga kebaikan yang dia dah buat, dia juga yang membongkarkan siapa dia anuar ibrahim dekat tun mahathir.

jadi meh kita tengok pelbagai komen yang hilang akal dari pengikut harbi pakatan... choii






ps: stament nak salahkan umno memang dah dijangka pun, standard, apa saja berlaku semua salahkan umno, kerajaan.. ceh!!

Selasa, 15 April 2014

SECARA LICIK AIR ASIA MENIPU PENGGUNA, PATUTLAH UNTUNG ATAS ANGIN!!

KITA SEBARKAN! KITA BAGI PERLINGKUP SPISIS SAMSENG BISNES INI, KITA SEBAGAI PENGGUNA KITA LANYAK CUKUP-CUKUP, AIR ASIA INGAT DENGAN CARA RADIKAL MARKETING OF BUSINESS, DIA BOLEH BUAT APA SAJA!! FUGIMA!!


Kita tidak boleh nafikan Air Asia telah membuka satu lembaran baru dalam industri penerbangan negara. Jika dulu hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu naik kapal terbang kerana industri penerbangan negara pada masa itu hanya dikuasai oleh MAS sahaja.

Selepas wujudnya Air Asia industri penerbangan negara semakin berkembang pesat. Wujudnya pula Firefly dan yang terbaru adalah Malindo Air.

Sumbangan Air Asia dalam membawa masuk pelancong ke Malaysia juga tidak boleh dinafikan. Bukan faktor tambang semata-mata yang membuatkan orang ramai atau pelancong memilih Air Asia, tetapi cara pengiklanan mereka yang membuatkan orang ramai tertarik. Bab tambang bila campur tolak kali bahagi antara tambang Air Asia dengan syarikat penerbangan lain ianya akan jadi lebih kurang sahaja, malah Air Asia ada yang lebih mahal.

Satu lagi kejayaan Air Asia yang tidak boleh dinafikan adalah kejayaan mereka bertapak di negara-negara luar. Contohnya, Thailand, Indonesia, Jepun dan yang masih dalam perundingan adalah India. Sikit sebanyak kita boleh tumpang rasa bangga apabila sebuah syarikat dari Malaysia berjaya bertapak di negara-negara berkenaan dan namanya menjadi sebutan dunia.

Namun begitu itu semua bukan alasan untuk Air Asia menunjukkan sikap sombong dan bongkak kepada kerajaan. Jika tanpa sumbangan atau pertolongan kerajaan Air Asia pun tidak akan berada di tempat yang mereka berada sekarang. Bohonglah jika Air Asia kata kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri. Walaupun Tony Fernandez keturunan India, beliau sendiri berhadapan dengan seribu satu masalah hari ini untuk membolehkan Air Asia India diwujudkan. Sampai hari ini pun beliau masih belum mendapat kelulusan untuk bertapak di India. Tetapi di Malaysia Air Asia tidak menghadapi masalah-masalah besar.

Kalau kita nak ungkit bab jasa atau sumbangan untuk membolehkan kita menuntut macam-macam, babi pun banyak boleh menuntut dari manusia. Jangan ingat babi tiada sumbangan kepada manusia. Jalan-jalan yang ada kebanyakannya adalah jalan dirintis oleh babi. Dulu kita mana ada jalan, semuanya hutan. Babi berjalan beramai-ramai dalam hutan sampai botak rumput. Kemudian manusia tengok, oh sini jalannya. Manusia pun guna jalan itu untuk ke sana sini. Kemudian apabila negara dah maju sikit, manusia pun turap jalan itu jadi jalan raya. Asalnya adalah jalan babi….

Air Asia enggan berpindah ke klia2 atas alasan keselamatan, keselesaan dan kos kepada penumpang. Apakah di LCCT sekarang ianya selamat dan selesa kepada penumpang ?

Waktu kita keluar dari balai pelepasan menuju ke pesawat atau turun daripada pesawat menuju ke balai ketibaan, kita sendiri dapat rasakan bagaimana suasana yang tidak selesa dan tidak selamat. Dengan debunya, bunyi bising pesawat dan kenderaan Air Asia yang lalu lalang. Itu selamatkah ? Itu selesakah ?

Air Asia berkata kos yang dikenakan kepada penumpang di klia2 akan membantutkan usaha Air Asia memberikan penerbangan tambang murah kepada penumpang. Ini boleh dikirakan sebagai lawak april fool 2014 yang dibuat Air Asia.

Air Asia sedar atau tidak yang mereka menyembelih pengguna selama ini dengan bermacam-macam caj yang tidak logik ?

BACA SETERUSNYA KLIK SINI