Sabtu, 4 Oktober 2014

kesian dengan abe mat sabu, kena demam denggi


kerana seekor nyamuk, abe mat sabu dijangkiti demam denggi, sekarang ni demam denggi bukan main dashyat, sob sob bersabarlah abe mat sabu, rehat-rehatlah diri tu ye.. di selangor sahaja abe mat sabu, kes denggi beribu ooo... dah macam wabak rasanya, negeri selangor antara penyumbang kes demam denggi paling tertinggi dalam sejarah. gempak kan abe mat sabu?

siapa yang lawat abe mat sabu? dalam dok kutuk busuknya kerajaan, khidmat hospital kerajaan juga abe mat sabu nak, takpelah kerajaan bn bukan sekejam dap, agaknya kalau dap memerintah malaysia ni, cas hospital kerajaan agak-agak sama tak harga dia? saja tanya je.

makan bagi sihat ye abe mat sabu

dalam amukan rakyat pasal 20 sen, tapi hakikat subsidi dah tak leh nak kekalkan, almaklumlah rakyat makin bertambah, kenderaan makin bertambah, yang keras kepala pun ramai, eksyen, banyak duit, tapi komplen pun ramai, inilah masalah malaysia sekarang... eh.. terkonar cerita pasal minyak pulak.. sori ye abe mat sabu..

cepat-cepatlah sembuh, nanti dah sihat leh join bang non dengan agenda black29. katanya talian hayat minyak naik ini memberi momentum untuk bang non dengan agenda black29.

mb azmin ali melawat mat sabu di hospital kerajaan tersebut.. hehe


ps: oh abe mat sabu.. pasma apa cerita?

bila editor harakah komplen pasal minyak naik kerana kereta kancilnya terlalu uzur

ye, kalau kita tanya macai pas ma, mereka anggap kereta ini bukan kereta mewah, kereta kancil... kereta apa? kancil... sebut lagi sekali... kancil...

kancil.. lagi sekali... kereta kancil... @@@@@@@@@@@ hembus.... puhhhhh... *()&^%$#()&^%$#^

setelah mandrem tersebut dihembus, secara automatik pengikut tegar pas ma akan jadi hilang akal anggap macai umno buat fitnah, dan kata-kata mereka... bodoh punya orang umno, kereta kancil dikatanya kereta mewah... patutlah kafir..

mungkin ituah jawapan dan cara orang pas ma dipukau oleh ketua dan pemimpin atasan mereka... hehe..


ceriteranya begini, alkisah, editor harakah menjadi sawan akibat minyak naik 20 sen..



ps: kesimpulan golongan kaya menyedut subsidi lagi kenyang dari golongan sederhana dan miskin, tapi yang banyak komplen siapa? golongan inilah yang rakus makan bonus, pinjaman, kerajaan bagi dia sapu, nak tolong, dia kata, ahhh kerajaan pusat punya tanggungjawab, golongan begini korang yakin nak memerintah malaysia? kasi tonggeng..... oO

ada betul juga kata zul nordin, sekadar renungan 20 sen punya hal


Zul Nordin komen pasal isu 20 sen

bagus direnung...

Salam 2 all.

Saya mengenali Anwar & & pmbkg ini lebih 12 tahun. Saya duduk dlm inner circle dia dan insyallah boleh baca gerak fikir dia.

Anwar tahu 29 Okt dia akn naik landrover polis ke Sg Buloh. Dia sdg mencari2 isu utk menimbulkan kebencian rkyt trhdp PM & UMNO/BN dan dia sbg hero.

Dia dh sangkut sbb kesan perbalahan isu MB Sgor & PAS-DAP! Dia dh ada Krjn Sgor, dia dh ada dana berbillion, tp xde isu.

Tiba2 para penasihat & pakar strategi PM memberi dia talian hayat dgn isu kenaikan minyak.

Saya cukup yakin pmbkg akn mnggunakan semaksimum mgkn isu ini sbg built up kpd 29 Okt utk memburuk & memperlekeh PM.

1. Mrk akan beri label - Black 29!

2. Anwar & pmbkg akan guna sidang Parlm mulai mnggu dpn utk hentam PM semaksimum mgkn. Nanti mrk akan spin Anwar pasti dipenjara utk menutup mulut dia memprjuangkn nsb rkyt yg dizalimi BN;

3. Mrk akn mula atur demo kecil2an mulai mnggu ini utk built up;

4. Hari PM bentang bajet, mrk akan atur demo dpn Parlm utk malukan PM;

5. Masa PM nak bentang bajet, MP pmbkg akn pasang kain rentang & placard kutuk PM. Mrk akan buat kecoh. Ini akn disiar di CNN, BBC, Aljazeera. TV Sgor akn pancarkn secara langsung melalui internet TV;

6. Akhbr SlangorKu akan disebar sebanyak mungkin di seluruh Masjid & surau serta tempat2 awam memainkan isu petrol ini, disamping Red Bean Army & para cybertroopers pmbkg akan serang PM habis2an;

7. Saya tidak akn trkejut kalau MP pmbkg stage walk out masa PM bentang bajet;

8. DUN Sgor dbawah MB baru akan panggil sidang khas DUN mengutuk & menolak kenaikan harga petrol ini;

9. Setelah proses pembencian ini berlaku, mrk akn atur demo besar2an pd hari Jmt 24 Okt atau Sabtu 25 Okt di Dataran Merdeka, kemudian bergerak ramai2 ke KLCC HQ Petronas; saya yakin dgn dana yg banyak mrk kuasai skrg mrk mampu membuat sit-in demo mgkn hingga hari bicara Anwar.

10. Pd 28-29 Okt, mrk akn buat demo besar2an dpn Istana Kehakiman Putrajaya memaksa Anwar dibebaskan.

Semua ini yang minggu lepas nampak mustahil sudah boleh menjadi realiti krn kesan kenaikan harga minyak ini!

Anwar sudah diberi nyawa baru!

Sebab itu pada saya para penasihat & pakar strategi keliling PM ini samada terlalu naif, atau na'uzubillh sbg pengkhianat kpd PM.

Saya tahu ada mrk dlm grup ini akan terasa & mungkin juge mencebik bibir & exit drpd grup ini. Itu saya tidak boleh halang.

Ttp sbg org yg benar2 mengenali Anwar, saya tahu bagi Anwar 29 Okt inj ialah "do or die battle". Pada unur 67 tahun, kena penjara lagi 5 tahun adalah paku terakhir keranda politik dan impian dia nak jadi PM.

Kita sedang berdepan dgn harimau tua yang cedera menunggu maut. Tiba2 kita bagi daging mentah fresh dgn darah masih menitik2 utk dia lapah!

Pasti dia akan terkam semau mungkin. Saya cukup yakin dlm otak Anwar skrg, daripada aku mampus, baik ngkorang yg mampus.

Bagi TYT, YAB, anggota kabinet, YB2, ahli MT, para pakar strategi & penasihat PM, dgrlh peringatan saya ini. Jgn nanti kata tuan1 budiman tidak diberi peringatan.

Tuan2 budiman sudah saya beri peringatan. Allah menjadi saksi yg saya telah sampaikan!

Wallahua'lam!

Adios amigos!

Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Zulhijjah 1435
03 Okt 2014

Jumaat, 3 Oktober 2014

KALAULAH KENYATAAN INI DARI PEMIMPIN UMNO, AGAK-AGAK SIAPA JADI SAWAN?

khalid samad nama sahaja berparti pas, tapi.. apa saja keluar dari mulut dia satu haram tak boleh pakai, dulu masa pru12, pas punya modal, dijaja sekian seluruh Malaysia, katanya, sekiranya menang pilihanraya, kilang arak akan ditutup, kita tengok modal mereka, asal ada keuntungan hah ramai meleleh air liur percaya.

sekarang dah dapat kuasa, apa jadi? tu yang tanya tu, kalaulah kenyataan dibawah ini dari kepimpinan umno, jadi zomba pas, dia punya hamun setan pun lari, hehe. tapi apakan daya bila keluar dari mulut khalid samad, sekor tak bersuara, konon sembang Islamik bagai, hah sekarang siap kata jangan dihalang... perghhh


ps: sepatah haram juak macai tak berbunyi kerana pemimpin pas liberal ini dewata raya punya makam.

Khamis, 2 Oktober 2014

APA RELEVANNYA 'PEMANDU' DALAM TARGET MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU SEKIRANYA RAKYAT MARHEN TERSEPIT?

ds najib berfikir waras atau penasihatnya meletakkan satu tindakan yang beliau sendiri tak tahu? mengapa berkali-kali diingatkan, jangan buat keputusan yang gila bilamana rakyat belum bersedia, negara ini bukan untuk ujikaji dari penasihat pm yang cerdik tu.

bn dan umno terpalit teruk tak sampai 24 jam selepas penggumuman ron95 dan diesel dinaikkan 20 sen. sedangkan kita dah juarai berbulan-bulan dengan isu menteri besar, hujan takda panas takda... mengejut.. rakyat marah bai.

kali ini aku nak salahkan pemandu, kerana merekalah yang menjahamkan kepercayaan rakyat kerana idea bodoh mereka yang konon semua rakyat bakal ikut. kepala otak kau berjambul..

tun m sepatutnya menjadi penasihat ds najib.. dia berpengalaman, dan dia sedar apa yang najib buat sekarang akan menjahanamkan bn pada pru14 nanti.

kritikan bukan bermakna tak sayang bn, patut lihat dengan mata sendiri keadaan rakyat secara terbuka menghina dan caci ds najib tanpa belas kasihan, macam tiada rasa hormat keatas pemimpin negara, sampai bila ds najib nak kena begitu, sedarlah yang penasihat pm akan merosakkan sokongan rakyat.


Isu harga minyak naik: PEMANDU sila belajar dari ‘Tim-GST’

angan buat rakyat terkejut. Seperti mengejutkan orang yang sedang tidur, sentuh bahunya perlahan-lahan dan goyang juga perlahan-lahan hingga matanya terbuka.

Jika kita menjerit atau membaling sesuatu kepada orang yang sedang tidur, jawapannya adalah penampar atau terajang. Paling tidak pun, kita akan dimaki hamun.

Begitu juga dengan rasionalisasi subsidi. Jangan buat rakyat terkejut dengan peningkatan harga barang seperti minyak dan bahan gunaan harian secara mendadak. Petang umum, menjelang tengah malam laksana. Jawabnya memang kena maki.

Kalau setakat maki tidak apa-apa, tetapi jika rakyat menyimpan dendam kita khuatir kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menerima akibatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Jangan kira pihak pembangkang, mereka akan memaksimumkan sehabis mungkin perkara-perkara yang memberi kelebihan kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan undi.

Seperti juga harga baru minyak menjelang 12:01 tengah malam 2 Oktober 2014 yang kini menjadi tajuk utama perbualan di mana-mana sahaja – di pejabat, di kedai kopi, di meja makan keluarga bahkan di dalam masjid, rakyat sibuk memperkatakan tentang kenaikkan 20 sen harga minyak.
Media sosial sudah pasti menjadi medan utama rakyat meluahkan kemarahan mereka.

Kita harap ia akan berakhir segera. Tetapi Program Rasionalisasi Subsidi atau Subsidy Rationalisation Programme (SRP) yang diperkenalkan kerajaan sejak 16 Julai 2010 bukan setakat 12:01 tengah malam 2 Oktober 2014, ia akan terus berjalan sehingga setiap perkara yang disubsidikan menjadi sifar subsidi.

Malam tadi harga minyak naik, bulan hadapan harga gula, susu, gas masak pula mungkin akan naik sejajar dengan SRP yang diperkenalkan kerajaan.
Kita ucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Idris Jala, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah JPM yang telah melaksanakan Hari Makmal Terbuka Rasionalisasi Subsidi atau Subsidy Rationalisation Lab Open Day (SRPOD) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2010.

SROD sepatutnya menjadi wakeup call kepada rakyat Malaysia betapa pemansuhan subsidi adalah penting bagi mewujudkan kerajaan yang stabil.
Subsidi yang sekian lama dinikmati rakyat Malaysia boleh menjejaskan keberhutangan negara jika tiada pelan tindakan. Sebab itu, amat penting SRP diperkenalkan.

Namun sejauh mana rakyat Malaysia memanfaatkan SRPOD seterusnya memahami SRP, wajar dipertikaikan.

Ini kerana rakyat Malaysia masih jauh dari memahami rasionalnya subsidi ditarik semula hingga pemimpin kerajaan termasuk YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak, menjadi mangsa momokan dan ejekan rakyat jelata.

Bukan itu sahaja, ramai pemimpin kecil seperti saya yang memperjuangkan BN turut terpalit dengan kemarahan rakyat kerana secara ‘pukal’ dianggap bersekongkol dengan kerajaan BN yang melaksanakan dasar yang tidak difahami mereka.

Kenapa rakyat begitu marah?
Kerana mereka tidak memahami konsep SRP yang sudah menjangkau usia empat tahun diperkenalkan.

Rakyat tidak faham jumlah perbelanjaan negara pada tahun ini (2014) sahaja mencecah RM262.2 bilion. Dari jumlah tersebut bahagian yang paling besar dibelanjakan negara adalah untuk membayar emolumen penjawat awam iaitu sebanyak RM63.6 bilion.

Manakala perbelanjaan tanggungan dan kenaan tetap pula adalah sebanyak RM23.2 bilion. Pembayaran pencen dan ganjaran adalah sebanyak RM15.7 bilion.

Pembayaran geran dan pindahan kepada kerajaan negeri (termasuk negeri di bawah kuasa tadbir pembangkang) adalah RM6.7 bilion.
Manakala bagi faedah langsung rakyat iaitu subsidi dibayar oleh kerajaan untuk minyak (petrol/diesel) adalah sebanyak RM24.8 bilion bagi tahun 2013.

Ia merupakan jumlah subsidi terbesar dibelanjakan oleh kerajaan untuk rakyat, tidak kira rakyat itu kaya atau miskin. Semua menikmati harga yang sama.

Ini belum lain-lain subsidi yang menjangkau RM74 billion (statistik tahun 2009; kerana saya tidak dapat statistik terbaru keseluruhan jumlah subsidi yang dibayar oleh kerajaan bagi tahun 2013).

Terbaru, rakyat berkelayakan mula menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M.

Setiap hujung atau awal tahun rakyat berkelayakan akan menerima sejumlah wang tunai dari kerajaan. Mereka tidak tahu untuk apa mereka menerima BR1M.

Paling dahsyat, mereka merasakan BR1M itu adalah hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mereka tidak tahu jika tahun lepas mereka menerima gaji atau berpendapatan sebanyak (contoh) RM2,999 maka mereka menerima BR1M dengan jumlah yang besar. Tetapi kerana kenaikkan gaji beliau tahun ini menjadikan pendapatannya (contoh) RM3,050 mereka akan menerima jumlah yang sedikit kurang.

Ada pula yang layak menerima mana-mana skim kerana melepasi had kelayakan pada tahun terdahulu terus tidak dapat pada tahun seterusnya akan mula memarahi kerajaan.
Apa yang saya cuba katakan di sini adalah, sebenarnya, masih ramai lagi yang tidak tahu SRP dan konsep BR1M atau apa-apa yang berkaitan dengannya.
Sebab itu saya mempertikaikan SRPOD yang dilaksanakan oleh Pemandu pada tahun 2010.

Rakyat tidak boleh ‘dikejutkan’ sewenang-wenangnya. Rakyat tidak boleh dipaksa menerima kejutan seperti kenaikkan mendadak harga minyak sebanyak 20 sen seperti yang berlaku malam tadi.
Mereka akan terasa dipaksa. Mereka tidak akan menunjukkan apa-apa reaksi segera selain marah.

Ya, mereka akan membiasakan diri dengan kenaikkan harga tersebut. Tetapi saya yakin akan ramai yang menyimpan dendam kepada kerajaan BN hari ini. Mereka hanya akan meluahkannya pada masa PRU14.
Mari kita ambil iktibar program Good Service Tax (GST) yang diperkenalkan kerajaan.
Kerajaan meluluskan akta berkaitan dengannya tetapi mengambil sedikit masa memberi penerangan kepada rakyat untuk melaksanakannya.
Bahkan, kerajaan turut meletakkan tarikh dan waktu perlaksanaannya iaitu pada 1 April 2015.

Ramai rakyat marahkan GST kerana terpengaruh dengan kumpulan tertentu yang cuba menjejaskan program kerajaan tersebut.
Namun saya yakin atas inisiatif Kementerian Kewangan (MOF) dan agensi-agensi tertentu yang bertungkus-lumus turun ke bawah memberi penerangan, ia akhirnya dapat diterima rakyat.

Begitu juga dengan SRP. Ia tidak boleh dijelaskan hanya dengan membuat satu hari penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia. Ia memerlukan penerangan yang berterusan dan tarikh serta masa yang spesifik untuk perlaksanaannya.
Jangan ulangi apa yang berlaku malam tadi. Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidil Adha, mereka disentap dengan perkara yang begitu sensitif.

Pemandu harus belajar dari MOF. Jangan letakkan kerajaan BN pada satu kedudukan yang bahaya.

Bagi orang politik seperti saya, ianya benar-benar suatu yang ‘anti-klimaks’ apabila kes-kes politik di Selangor, terutamanya, ‘krisis menteri besar’ yang telah menjejaskan nama baik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), kini teralih kepada kerajaan Pusat BN gara-gara ‘merasionalkan subsidi’.
Wallahua’lam bissawab.

sumber selangorpress

MISTERI 10 PENEMUAN OLEH DR TAKESHI YAMADA YANG ANEH DAN MENGEMPARKAN

Bumi semakin tua, tetapi masih banyak sekali misteri yang belum terungkap yang masih menjadi rahasia alam bagi kita selaku manusia yang mendiami bumi ini. Atau juga mungkin keunikan atau keanehan itu sendiri sebenarnya berada tidak jauh dengan kita.

Dr Takeshi Yamada, pengkaji yang berasal dari Jepun, yang melakukan kajian dan perjalanan yang mungkin sudah mengelilingi sebahagian dari dunia ini, menemukan 10 makhluk aneh yang mengegarkan dunia ilmu pengetahuan.

Mari kita lihat semua penemuan aneh dan ajaib dari Dr Takeshi Yamada :

1. Vampire Monkey


Salah satunya adalah monyet vampire di China. Seperti yang kita ketahui tentang vampire, maka hidup monyet vampire ini tergantung dari menghisap darah makhluk lain. Yang menjadi keunikan dari mahluk ini adalah, setiap pergerakkan dan aktivitinya sebahagian besarnya banyak menggunakan tangan, sepertimana manusia. Spesies ini diyakini sebagai mata rantai yang terputus dari evolusi manusia sehingga berbentuk seperti sekarang. Keunikan yang lainnya, mahkluk ini membuat sarangnya sama seperti burung, dengan cara menenun sarangnya.

2. Siput Cupachabra (cupachabra snail)


Penemuan berikutnya adalah keong raksasa yang ditemui oleh Dr Takeshi Yamada dari laut terdalam. Kakinya yang mirip seperti chupacabra, oleh kerana itu diberi nama siput chupacabras.

3. Giant Carniverous Snail


Penemuan selanjutnya adalah siput pemakan daging yang terbesar di dunia yang ditemui pada awal tahun 2007. Siput ini juga mempunyai senjata maut, iaitu racun yang dikatakan boleh membunuh mangsa.

4. Blue Merman


Salah satu penemuan yang mengerikan adalah blue merman yang ditemui di Pulau Sado. Spesis ini mirip spesies kadal atau bunglon. Tangan makhluk ini berbahaya yang boleh mengembang. Apabila usianya semakin bertambah, makhluk ini akan menjadi mirip seperti kodok.


5. Two-Headed Baby


Mumi bayi berwajah dua ini kini berada di museum kedokteran di Coney Island Hospital.

6. Giant Sea Dragon



Disebut naga laut raksasa ditemukan di dasar laut Pulau Awaji. Makhluk ini diduga telah punah pada awal abad ke-20.

7. Prehistoric Horseshoe Crabsprehistoric


Dua spesies belangkas, hidup pada masa pra sejarah sekitar 400 juta tahun lalu. Baru baru ini, belangkas purba ini ditangkap oleh pasukan peneliti dasar laut dari Universitas Higashi Osaka Jepun. Masih ada empat species belangkas purba yang diindetifikasi hidup 250 juta tahun lalu.

8. Semut Berwajah Manusia (Human Faced Ants)


Semut berwajah manusia. Ada banyak semut-semut berwajah manusia yang ditemukan di India, melebihi di negara manapun. Salah satu contohnya adalah yang dimiliki dr Takeshi Yamada yang merupakan hasil ekspedisi tahun 2004. Coney Island Anthropoliogical Institute juga memiliki koleksi ini.

9. ST.Helena Giant Earwig


Makhluk yang berasal dari St Helena ini, dikatakan telah pupus pada beberapa dekad yang lalu kerana pembangunan pelabuhan udara antarabangsa di sana. Para ilmuwan dan pemerhati entomologists melakukan protes dalam beberapa tahun terakhir pembangunan sebelum pupusnya spesies ini. Kajian yang dipimpin oleh Dr Takeshi Yamada pada 2005 menemukan beberapa spesies baru earwigs raksasa. Kajian ini merupakan sebahagian dari program yang dilakukan di Coney Island University.

10. Duyung Fiji (Fiji Mermaid)


Makhluk dengan kaki mirip putri duyung ditemukan di Shikoku, Jepun. Dipanggil Ningyo Shinko kerana makhluk tersebut dianggap oleh masyarakat setempat sebagai kiriman para dewa. Banyak tempat keramat agama Shinto dan kuil Buddha mengabadikan Duyung ini sebagai makhluk suci.

sumber Jelajahunik.us

SEKADAR PENDAPAT, TERKESAN DENGAN HARGA MINYAK NAIK? BOLEH CUBA KALAU NAK


kerana mu petrol dan diesel, semua naik minyak, semua jadi hilang akal dengan rasukan tanpa sedar jin pembangkang, hehe.. mungkin untuk mengurangkan beban kerajaan dah tentu sebanyak 20 billion subsidi minyak perlu dikurangkan, kalau setahun 20 billion dalam jangkamasa 10 tahun hampir 200 billion untuk minyak petrol dan diesel sahaja... wow!!

kalau 200 billion tu guna untuk pembangunan, pendidikan dan buat rumah mampu milik, selesai perihal masalah rakyat, tapi adakah kita faham apa itu ketirisan.. contoh, kerana subsidi yang sepatutnya dapat dekat rakyat marhen, tapi diseludup berpuluh juta sebulan dekat negara jiran.

yup kerajaan rugi, kita tak rasa pun, sebab kita dah mentedaghah banyak dah subsidi, tapi tulah kadang-kadang tindakan tak popular itu boleh jadikan amarah tanpa sedar, maki hamun tu dah terkeluar pulak dekat mulut rakyat marhen, kerajaan zalim lah, kerajaan bodohlah, kerajaan itu ini..

tapi bila dapat bantuan yang kerajaan bagi senyap, bisu, kenyang, ketawa, terima kasih tidak ada langsung.. itulah hakikat.. mungkin dari awal sejak perdana menteri pertama dulu dan sejak merdeka, rakyat malaysia ni dah dimanjakan dengan subsidi, tak de kerajaan di dunia ini yang bagi subsidi perubatan, minyak, makanan, dan rumah serta macam-macam lagilah... tapi bila selori kebaikan diberikan itu, ia mudah ditutup dengan satu sahaja tindakan tak popular.. nak buat macamana hal minyak ini dah jadi satu perkara yang satu dunia hadapi, kecuali negara arab.

negara arab walau minyak murah, tapi pergolakan dia lain pulak, tapi betullah kata orang, kerajaan kena buat sesuatu supaya pendapatan rakyat yang bawah-bawah ini ditingkatkan, fikir macamana nak kawal harga makanan, sebab rakyat marah, harga barang tu naik macam haram jat, tak masuk akal, tu pasal bila minyak naik, harga barangan pun akan naik, mana rakyat tak naik minyak.

ini sekadar pendapat dan solusi buat kita yang terkesan dengan kenaikan minyak.. cubalah, takpun kerajaan kena support pengedar alatan penjimat minyak, kalau leh dapat harga yang ok untuk promotkan di media, alah kalau dapat membantu apa salahnya. bagi rakyat berkereta wajib pakai. kalau solusi ini bagus, kot-kot kalau nanti bila minyak turun, krik krik tak berbunyi.






paling jimat guna yang ni, tidak sorang boleh menafikan


ps: marah-marah juga, bila bonus, gaji naik kita senyap.. kekeke.. tapi harap pendapat isi rumah haruslah dinaikkan setinggi yang boleh, bukan hanya cakap penasihat pok jib yang kajian dia sahaja betul dan tak turun ke akar umbi macamana keadaan rakyat.

Rabu, 1 Oktober 2014

CERITERA 20 SEN... JANGAN KLIK

AHHH MALAS LAH... NAK TULIS PUN RASA MALAS.... MALAS... MALAS...





















ps: satu soalan je aku nak beri dekat menteri berkaitan dan penasihat ds najib serta ds najib sendiri, tengah seronok pr kena kiri kanan berbulan-bulan, sokongan ke arah bn pun semakin ok, kerana keputusan bodoh ini, nak naik pun tunggulah lepas raya haji ke, dah tu nak suruh penyokong bn hangguk kepala dengan keputusan ini... dengar denyut nadi rakyat woiii... bukan buat keputusan kerana nak kurangkan itu ini... kepala bana...

Selasa, 30 September 2014

pelajar unisel ini rela masuk dap dari umno atau pas kerana dap lebih Islamik katanya


katanya... ayatnya sungguh indah.... ni kira... otak sakit ke, sakai, atau ada sort kat urat belakang otak dia?

kata minah ini...

"Kenapa saya pilih Dap tidak Pas atau Umno?.
"Sebab Dap lebih kearah Keadilan yang digagaskan islam"

Dikenali Melati Rahim,penuntut UNISEL,22thn..
Rela masuk Dap kerana Dap memberi keadilan dan dekat dengan ciri2 keislaman.

kadang-kadang tertanya juga, kot mana dekat dap yang dikatakan lebih Islamik? pada namanya ka, pada logonya ka, pada pemimpinnya ka?

kalau anda faham, minda pemuda pemudi mudah benar dilacurkan oleh mereka yang tidak faham dengan perjuangan sebenar dap tu... dap komunis dia kata lebih Islamik, baik buka purdah tu.. gila punya budak.. haha..

pas dicabar oleh anak ikan anwar ibrahim melalui ngo lensa supaya keluar pakatan

kegilaan apakah berlaku keatas pr sekarang ini? mereka bertelagah ibarat macam bukan bertaut antara pakatan, masing-masing nak menunjukkan jaguh, pas berbalah dengan dap dan pkr, pkr dan dap pula suka pula menaji pas tanpa belas.

kali ini dengan lebih radikal, ngo lensa yang selamba langgar kawasan pas, mendesak pula pas keluar dari pakatan, ni kira ugutan la ni ye, haha.. apa pemuda pas takkan diam je kot, jangan bagi anak ikan si ketum ini buat suka hati dengan parti anda.

kalau datang dekat tempat umno, tak cukup tanah budak-budak kaki kunyit ni lari kena hambat.. belajar tak tinggi nak ajar parti pas yang dah lama dalam politik? jangan buat gila la.. pkr nak hancur lagi sembang nak gugat pas?

tapi pas, ni spisis degil, nak juga hauk kepala dengan pr, nak juga duduk dalam kandang naga, nak juga dibuli, dikeldai, di henyak macam orang takde maruah, wei lawan baliklah pas oi.. dengan umno bukan main garang macam ungka korang ye... haha..


Selepas menerima tamparan hebat termasuk kehilanggan satu kerusi Exco di Selangor serta pemecatan anggotanya sebagai ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang, kepimpinan Pas hari ini diberi kata dua oleh kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)

Lensa yang dianggotai bekas mahasiswa pro-pembangkang termasuk Safwa Anang iaitu bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan, mempertikan kepimpinan Pas dan menuduh parti itu sebagai punca ketegangan dalam pakatan pembangkang.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Pas di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini, Lensa memberi amaran kepada Pas agar mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan atau keluar dari pakatan pembangkang.

Kordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, krisis Selangor yang berpanjangan menunjukkan Pas membelakangkan semangat setiakawan dengan tidak menyokong calon Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR

Pas juga didakwa lambat bertindak serta beberapa kali membuat pusingan 'U' dalam kemelut berkenaan dan mengkritik secara terbuka calon Menteri Besar yang dipilih.

"Contohnya Ahli Parlimen Temerloh melebelkan Anwar Ibrahi sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru.

"Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melebelkan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor," kata Ekhsan.

Memorandum empat muka surat itu turut memetik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang didakwa sebagai pencetus ketegangan.

"Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang menyokong Dr. Wan Azizah. Beliau juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah kerana tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka.

"Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dab DAP," kata Ekhsan.

Menorandum itu mengemukan cadangan bagi memulihkan permuafakatan pembangkang termasuk mengesa Pas keluar dari pakatan pembangkang sekiranya gagal bertindak terhadap kelompok dalam parti itu yang mewujudkan konflik dengan DAP dan PKR.

"Lensa menyarankan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang.

"Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok Pas yang berterusan mewujudkan konflik semasa pakatan pembangkang, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah berundur," kata Ekhsan. -UTUSAN





ps: nak kesian ke tidak dengan pas ni?