program wacana selangor hari ini di unisel, yb budiman gamble redah berbahas dgn yb pr

Pendapat penulis, perlu lebih ramai seperti yb budiman, tak kisah berdepan dengan hujahan yb pr seperti nik nazmi.

Kita perlu lahirkan pemimpin BN yang berani seperti beliau, dashyat cara beliau berhujah, tidak peduli dengan hebatnya yb yb PR yang cukup sinonim dengan aura berdebat dan berhujah.

Wacana makin panas sebab ustaz kamaruzaman bantai pkr ni. Tunggu video... phew!!

Ps: majlis begini perlu diambil peluang oleh yb bn.

1 ulasan:

SISTERS IN ISLAM (SIS) MENDAPAT RESTU AZMIN UNTUK BERTEMU MUFTI S'GOR?


pointya mudah, SIS ini boleh dianggap perjuangan liberal, sesat dan merosakkan minda umat Islam, atas dasar hak asasi manusia dan kesamarataan mereka mewujudkan SIS ini, bahaya untuk umat Islam sejagat, pertubuhan ini semakin berani sampai mufti pun mereka nak langgar, adakah kerana mereka mempunyai peguam hebat dan kerana itu mereka berani sampai mencabar macam-macam dah ni.

tetapi lebih hangat, azmin ali selaku mb selangor, sepatutnya lihat perspektif SIS ini bukan boleh diberi toleransi, amatlah bahaya, pendirian azmin menganggap perihal ini boleh diselesaikan dengan berjumpa dengan mufti selangor, buat azmin, jangan memandai-mandai.

apakah benar Malaysia bakal diliberalkan, selangor ia bermula, ingat azmin, jangan dilacurkan agamamu kerana kuasa, tegas sikit hal-hal agama Islam.


Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali didakwa cuba berlagak pandai apabila mencadangkan satu pertemuan diadakan antara Mufti Selangor dan Sisters in Islam (SIS) berhubung isu pengisytiharan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, adalah tidak wajar pertemuan itu dilaksanakan kerana Sis telah pun mengemukakan semakan kehakiman berhubung status mereka di mahkamah.

“Sekiranya Menteri Besar mahu Mufti jumpa Sis, beliau kena nasihatkan NGO itu supaya menarik balik kes tersebut.

“Tetapi Mohamed Azmin nak tunjuk pandai sedangkan Mufti lebih arif mengenai perkara ini. Mufti tidak mahu jumpa sebab perkara ini dalam pengetahuan mahkamah, jadi keputusannya biarlah mahkamah yang tentukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Guru Muda dan Sesi Dialog Pendidikan Parlimen Tanjong Karang.

Kelmarin, Mohamed Azmin mencadangkan satu pertemuan diadakan antara Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid dan Sis. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Julai lalu mengisytiharkan Sis dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS kemudiannya memfailkan semakan kehakiman pada 31 Oktober lalu selepas mendakwa tidak dimaklumkan atau dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum Jawatankuasa Fatwa Selangor mengisytiharkan mereka sebagai menyeleweng. - UTUSAN ONLINE

ps: ketara pemikiran si azmin ni ke arah mana.

1 ulasan:

azmin kena hentak dengan pelakon bernama lando zawawi

azmin ada kata, sekiranya ada masalah sampah tak dikutip, sila sms dia dengan segera, jadi tak semena-mena datang komen dari pelakon bernama lando yang berang kerana ada lori pasir tersadai dekat 2 minggu di kawasan azmin sendiri, maksudnya apa yang azmin cakap sebelum ini hanya cap ayam jelah.

agak-agak dah diangkut belum lori tu? hehe.. marah abang lando kita ni, untuk warga selangor, sekiranya ada kawasan yang sampah macam gunung atau masalah lain, anda boleh snapkan dan lampirkan ke dalam facebook, ai dah azmin kata boleh beritahu dia sekiranya ada masalah sampah, apa lagi kita kasi pica la.


ok sebelum tu jom kita tengok video paling rare kat bawah ini, gile genteng ko.

0 ulasan:

CARA "DEMAGE CONTROL" PAKATAN RAKYAT YANG SENTIASA BERJAYA

Bagaimana 'demage control' dilakukan PR dalam menutup terus isu sensasi berkaitan individu, pemimpin, kelompok dan organisasi mereka.

Ramai tertanya, bagaimana isu yang kalau dianggap besar, cara mereka tutup terus kerosakan itu cukup taktikal.

Contoh, isu liwat, semua tahu, nak sangkal sekalipun jenayah liwat tu memang tak boleh kerana anggapan konspirasi kerajaan itu sangat menebal dalam jiwa penyokongnya.

Malah cara penyokong mereka dalam mengawal kerosakan dalam isu besar cukup hebat, bukan memuji tetapi mereka memang mengikut arahan dari komrad mereka, tersusun rapi, sekiranya ada isu buruk berlaku dalam kem, setiap lord-lord barisan cytro ini tidak sebarkan secara menyeluruh, mereka senyapkan sehingga reda dan terkawal hebahan buruk itu.

Malah taktik 'demage control' cara mereka amat berjaya walau terang- terang isu itu memang busuk mereput untuk PR itu sendiri.

Contoh isu harta kekayaan nga kor ming, gambar intim diana sofya, pergaduhan dap-pkr dengan pas, projek kroni pemimpin PR dan kereta mewah kepunyaan mereka, malah sikap rasis pemimpin dap memang terang-terang kalau damage itu tidak di kontrol oleh cytro dan pemimpin mereka maka akan jahanamlah keadaan PR.

Tetapi sebaliknya berlaku is tidak memberi impak langsung buat mereka.

Lord-lord page fb seperti oh media, dan page fb milik PR yang lain, fansnya beratus ribu malah ada yang berjuta likes, sememangnya membantu dalam 'close demage' untik PR.

Bersambung lagi da...

ps: fahami perang cyber ini sebijik macam perang guna senjata sebenar, ia melibatkan propaganda, mastermind, sabotaj dan macam-macam lagi unit dalam tentera itu sendiri.

0 ulasan:

bahagian tanjong karang paling ramai mendaftar pengundi baru, pengkritik patut zip mulut

tak habis lagi pun cerita perihal teguran pm kepada umno selangor, tetapi tahukah anda, hakikat sebenar di selangor, pm menegur bukan hanya di selangor tetapi umno di seluruh bahagian negara ini.

kalau nak salahkan umno selangor je tak patut kot.. meh kita dalami fakta, berkoyan hentam ds noh omar macam dia tak langsung buat kerja, macam dia sahaja yang punca segalanya, hakikat di kawasan dia, tanjung karang membuktikan dia memang membuat kerja dengan teliti.

betullah kata orang, yang tak suka musuh politik, bukan orang dikawasan dia, bila hasad dah bertaut, jiwa sentiasa ada iri hati, macam-macam keluar, ini lah terjadi dalam dunia politik didalam umno. setiap orang nak tunjuk warlordnya, dalam keadaan teguran pm sabtu lepas, apa kata kita semua bekerja lebih keras.




Teguran PM baru-baru ini berhubung prestasi penambahan ahli baru telah menghangatkan senario politik negara khususnya di Selangor.   Namun setelah melihat statistik, prestasi Negeri Selangor dalam usaha penambahan pengundi baru bagi bulan Ogos dan September 2014,  jelas bahawa kenyataan PM itu bukan merujuk kepada Selangor, tetapi kepada UMNO Bahagian-bahagian seluruh negara.

Berdasarkan statistik penambahan pengundi baru tersebut, Selangor menduduki tempat ke 6 terbanyak jumlah penggundi baru, manakala Tanjong Karang yang merupakan Bahagian Ketua Perhubungan UMNO Selangor, YB Dato Seri Noh Omar merupakan Bahagian paling banyak mendaftar penggundi baru dalam negeri Selangor.  Malah, Tanjong Karang juga telah menduduki tempat ke 10 dalam penambahan undi terbanyak dikalangan 191 Bahagian UMNO seluruh Malaysia.

Semoga dengan pendedahan 3 infografik berikut, tiada lagi salah tanggap dikalangan kita dan kita sama-sama pertingkatkan usaha kita untuk menambahkan jumlah ahli UMNO.

Lokman Noor Bin Adam
Shah Alam

ps: kerja kerja wahai umno selangor, jangan leka

1 ulasan:

KIDEX MEMBUKTIKAN AZMIN CAKAP SERUPA LONGKANG - SAMM


Maka Apa Bedanya PR dan BN?

Selama sepuluh bulan yang lepas ini masyarakat terutamanya rakyat negeri Selangor telah dikelirukan dengan sungguh dahsyat sekali. Pelbagai tuduhan dikemukakan melibatkan isu pembinaan lebuhraya KIDEX. Umum mengetahui antara sebab utama Tan Sri Khalid Ibrahim digulingkan adalah kerana membenarkan pembinaan lebuhraya KIDEX.

Dikatakan bahawa projek KIDEX ini ditolak oleh seluruh rakyat Selangor terutamanya oleh penduduk di kawasan jajaran lebuhraya ini dan bertentangan dengan manifesto PR. Lebih parah, Rafizi Ramli terus memukul gendang memulakan acara menjelajah ke seluruh pelosok negara kononnya ini merupakan projek UMNO maka Tan Sri Khalid Ibrahim ini merupakan individu yang dipertikai kredibilitinya. Tidak ketinggalan Tony Pua turut sama memalu gendang.

Namun, hanya sebulan selepas pertukaran Menteri Besar, perkara ini telah menjadi sebaliknya. Kini Azmin Ali, Menteri Besar baharu telah mengatakan bahawa projek ini akan diteruskan. Disokong pula oleh Tony Pua.

Belum pun lebih sebulan Menteri Besar "terjah" ini memegang kuasa, belangnya sudah mula terpamer. Kata-kata menolak KIDEX dan kononnya bersama dengan penduduk di kawasan terbabit rupanya kekal adalab retorik untuk melangkah ke kerusi Menteri Besar semata-mata. Bukanlah keikhlasan untuk memperjuangkan hak rakyat.

Hipokrasi Menteri Besar terjah ini bukan hanya terungkai di dalam isu KIDEX sahaja. Tetapi juga dalam isu bekalan air Selangor. Satu lagi putar alam apabila kini mengatakan tidak akan membatalkan perjanjian tersebut supaya rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang cukup di masa depan.

Kesemua ini adalah hujah yang telah diutarakan oleh Khalid Ibrahim sewaktu mempertahankan dirinya sebelum ini. Kini, sedikit demi sedikit segala isu terungkai sendiri. Rupanya segala cerita sebelum ini adalah imaginasi yang direkayasa oleh Rafizi Ramli dan pasukannya.

Mengapakah satu pembohongan yang nyata dicipta oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agenda reformasi? Kononnya parti ini menolak politik fitnah tetapi sebaliknya begitu ghairah melakukannya untuk membunuh karakter politik terhadap individu yang tidak sehaluan dengan mereka.

Apa yang jelas rakyat Selangor telah disongsangkan oleh 3 orang badut politik - Azmin, Rafizi dan Tony Pua. Maka, apakah bedanya PR dan BN?

Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Kebangsaan
6 Nov 2014

6 ulasan:

tak selesai-selesai lagi?


hari ke hari... tak juga selesai.. ingat hari ini tak juga selesai..

macam-macam drama dekat istana kehakiman tu, ada melompat, merempuh, berlakon suci, yang datang bawa anak kecil, sanggup datang dari jauh, semua kerana manusia ini.

soalan satu je macamana ada air juling tu dalam terowong saiful da?

jawab jawab... hehe...


masuk je lah cepat ke penjara, barulah azmin ali tak pening.. hahaha...

siapa sebut nama aku tadi??

ps: larikkk....

0 ulasan:

gelombang media bn dan pr balun ds noh kerana sabotaj dalaman?


sejak konvensyen umno selangor sabtu lepas jangkaan awal diibaratkan penyatuan semula umno selangor, tetapi sebaliknya berlaku kerana mainan media tak kisah dari pr atau bn dalam memberi gambaran salah perkara yang berlaku.

sebenarnya konvensyen umno selangor sikit demi sedikit dapat memberi impak dalam memperbaiki kelemahan parti, ya memang tersangat sedar keadaan semasa di selangor bukanlah berpihak kepada umno, tetapi hakikat undi orang melayu pada pru 13 lepas kalau diikut peratusan masih lagi memihak kepada umno, cuma peratus undi cina dan india sememangnya tidak dapat memberi impak yang baik buat bn.

sebabnya di selangor ini peratusan orang melayu 55% sahaja, 45% adalah kaum lain, itu hakikat, di selangor harap undi melayu sahaja takkan kemana, jadi sepatutnya kita didalam parti bersama dalam penyatuan dalam mengukuhkan parti, bukan menjahanamkan parti.

asal tak kena balun, tikam, henyak, lunyai, dalam perang sebenar, kita tidak ikut strategi dan peranan general, alamatnya belum isi peluru dah kena sniper, bukan setakat sniper, malah yang kena tu bukan kita sorang, malah seluruh batallion kena dengan bom jarak jauh yang tepat kepada kita


ada ura-ura mendesak letak jawatan lah, inilah, cara warlord sebegini amat berbahaya, sama juga desakan nak suruh ds najib meletak jawatan, sudahlah kerja kita tak bersama-sama, tetapi kita pula seronok buatkan hal "demage" yang teruk melanda parti kita, dah macam budak-budak.

TEGURAN PM KITA AMBIL SEBAGAI ALUNAN POSITIF

AKAR UMBI TIDAK PUAS HATI BERBINCANGLAH CARA PROFESIONAL

KITA DALAM PERTEMPURAN KITA PERLU BERPERANG DENGAN MUSUH BUKAN DENGAN ASKAR SENDIRI.

KEROSAKAN KITA BETULKAN SAMA-SAMA.

PEMIKIRAN MELAYU LAMA KITA BUANGKAN, HASAD DENGKI, KHIANAT DAN MACAM-MACAM TU SIMPAN DALAM TONG SAMPAH.

ps: penulis selaku blogger jalanan yang kecil macam kuman, kita kuat kerana bersatu, kita roboh kerana kita bergolak, ego kita takkan kemana, silap dan pembaikan buatlah sama-sama, bukan menuding jari, saat kritikal bukan perkara mudah, tetapi perkara ini haruslah difikirkan dalam-dalam menghadapinya.

maaf!! menyokong tidak sama dengan menjilat!!

4 ulasan:

azmin dan permainannya, pemimpin umno selangor jangan terperangkap!!


ilmu azmin dengan cara politik propaganda sememangnya diketahui oleh dikalangan parti pkr sendiri amat licik dan berstrategis, dari isu lobi menteri besar sehingga taktikal ala jokowi diamalkan oleh azmin, seharusnya pemahaman kita tidak terjerumus memuji seadanya dahulu.


cuba lihat apa azmin buat... inilah cara propaganda yang yb budiman katakan manipulasi minda dengan cara halus, iaitu jadi rakyat marhein, turun padang sampai mengadap selut di sawah, turun ke longkang tengok kot-kot ada sampah..


sebenarnya peranan dia hanyalah untuk mengkaburi mata dikalangan rakyat yang tidak faham new politic, kita sendiri ternganga dengan coraknya. katanya azmin ni lagi kuat salamnya terhadap bn, azmin faham, kuasa melayu harus diperkuatkan,mungkin.

katanya projek highway kidex tetap diteruskan walau dap paling lantang menolak projek ini, kata dap, projek ini hanya untuk kroni umno, azmin tak peduli, dia tetap teruskan.

kata ds noh omar kepada azmin, jangan jadi hipokrit kerana dahulu pakatan rakyat terutama dap amat membantah projek ini..


nampaknya azmin dah langgar pantang ni, hehe.. tapi dengan tetiba tony pua pun setuju, keh keh.. gila politik "dark side" pkr ni..


azmin nak tunggu keputusan best esok ini, kalau bang non masuk penjara, inilah masanya azmin bermaharajalela... yiihaaaa... dap dah dapat projek jeti di skinchan, juta juta dapat beb!!

ps: dap di selangor bakal di sailang secara halus, azmin merancang dengan rapi. ini bukan ceritera, kita tunggu dan lihat game plannya, walau nampak konon persepsi, caranya licik untuk mengaburi dap, hehe..

4 ulasan:

game of shadow yang anwar ibrahim berjaya lakukan

Game of shadow dari anwar Ibrahim cukup berjaya, pru 12, membuktikan ramai rakyat malaysia dijangkiti virus otak sakit kerana doktrin anwar, kepimpinan umno menjadi mangsa sehingga nama umno menjadi item paling dibenci anak muda khususnya.

Sedangkan umno membantu rakyat tidak dapat disangkal lagi, ayat-ayat seperti hidup rakyat, korupsi, rasuah, kukubesi, ditindas dan pelbagai lagi cara dark side anwar.

Game of shadow anwar sangat berjaya dalam full demage kepada umno, media seperti m'sia kini, m'sian insider dan portal yang lain.

Dark side dengan penggunaan media maya dan pemimpin mereka, malah penggunaan penipuan dalam membuat isu besar, membuatkan rakyat yang tidak berfikir secara logik sangat mudah terpengaruh.

Bersambung lagi......

4 ulasan:

pilihan 'dark side' yang anwar ibrahim perjuangkan!!


semua tahu anwar ibrahim seorang reformis sejak zaman mahasiswa era 70-an lagi, kehebatan dia dalam menaikkan semangat orang ramai ke jalanan sememangnya itulah makanannya.

tapi setelah dia ditarik masuk ke dalam umno, segalanya berubah, dia berstrategi dalam meranapkan musuh politik, hebat dalam tonasi kata, tergamam manusia bila dia berbicara, ya itu kehebatannya.

tetapi setelah dipecat menjadi timbalan perdana menteri malaysia pada 1998 dulu, dan dipenjarakan kerana kesalahan salah guna kuasa, dia bangkit dalam menyusuri era politik baru, cara pilihan dia melawan balik, kerana dendam kesumat apa yang telah diperlakukan kepadanya dulu, cara dia mempersembahkan "new wave politic" semata-mata melunaskan dendam kesumat terhadap umno.

mahir dalam propaganda, membunuh karekter politik, mangsanya selepas keluar penjara pada 2004 dulu adalah ds najib, dia faham, karekter najib sememangnya perlu dibunuh habis-habisan, jangan sampai ds najib diangkat menjadi perdana menteri, dia sedar ds najib karekter politiknya cukup berbeza dan amat bagus dalam gerak kerja, target person pertama adalah menjadikan modal pembunuhan altantuya sebagai wave membunuh karekter ds najib.

gerakan tersebut bermula dengan pantas di ceramah, blog, video, jualan cd, bantuan paling hebat adalah dari pas yang setiap hari menjaja tentang cerita altantuya ini, diperbodohkan, di tololkan dengan cerita altantuya.

pada pru 12 2008, bermulalah kejayaan wave "dark side politic" cara anwar ibrahim, strateginya berjaya, sentimen membenci, fitnah, tipu, malah ramai dikalangan orang melayu, cina, india diracuni pemikirannya dengan wave "dark side politic" bawaan anwar ibrahim.

bersambung....

6 ulasan:

mb azmin buat-buat lambat beri bantuan untuk mangsa bencana baru-baru ini!!

i nak jadi jokowi tau - kata azmin

selaku menteri besar baru yang katanya nak menjadi jokowi ala malaysia, sepatutnya lebihkan rakyat marhein, selaku menteri besar yang konon mampu merubah lanskap politik selangor terutama sailang habis-habisan terhadap pkr yang proksi anwar ibrahim dan sekutunya, (merujuk kepada lantikan diri / lobi sendiri untuk jawatan mb selangor).

sepatutnya peranan mb kena pantas dari kilat, perlu prihatin macam jokowi, ini... nampaknya umno selangor yang kedepan dalam membantu awal-awal mangsa bencana di negeri selangor baru-baru ini.dimasa tragedi kebakaran uptown shah alam bulan lepas,ds noh dan umno bahagian shah alam, paling awal turun melihat dan membuat tindakan membantu peniaga melayu yang terlibat dalam kebakaran tersebut, dengan usaha ds noh juga peniaga mendapat pinjaman perniagaan melalui tekun, tak pasti mb azmin beri bantuan yang macamana untuk peniaga uptown tu, katanya sampai exco mb yang baru siap kata, mbsa patut saman peniaga uptown yang abaikan keselamatan dan peniaga yang dah berjaya tidak benarkan berniaga lagi, macam tu menyelesaikan masalah ke mb azmin oii?

selepas itu terjadi pula ribut di klang, cytro pr memainkan peranan memberi persepsi tak betul terhadap ds noh omar kerana pada masa kejadian katanya azmin yang datang awal melawat mangsa ribut, ds noh lambat sejam je pun, itu pun nak canang satu malaya, walaupun lambat, ds noh sebenarnya terpaksa menghadiri musyuarat kementerian pendidikan, selepas mesyuarat tersebut barulah ds noh hadir ke lokasi kejadian dan membantu apa yang mampu.

kes di bukit beruntung, kejadian tanah runtuh, mb azmin janji juga kepada mangsa nak bantu dalam bentuk kewangan, katanya mb azmin hanya bagi rm300 sahaja kepada setiap mangsa sedangkan umno selangor yang hanyalah pembangkang di negeri bermasalah ini, dapat juga memberi dalam rm500 juga.

kata nak jadi jokowi mb, tapi kadang-kadang nak beri bantuan kepada orang melayu macam berkira, udah kenapa? mb kan melayu juga, kasi lebih-lebihlah mb, selaku mb yang kononnya nak jadi macam jokowi, mb patut tanya yb-yb mb sendiri adakah mereka turun padang melihat rakyat?

umno tetap membantu rakyat walau difitnah macam-macam- ds noh omar

walaupun umno selangor dianggap pembangkang skala kecil di selangor, tetapi peranan umno dalam membantu rakyat bawahan tetap juga diteruskan, walau dimaki, dihina, ditikam belakang, dicerca,

bak kata ds noh omar

"selagi umno selangor boleh bantu kita akan bantu, kita tak pandang dari parti politk mana anda kiblatkan, janji sebagai pemimpin, kita wajib membantu rakyat dalam kesusahan walaupun kita sedar, umno hanyalah pembangkang di selangor"

ps: peranan umno selangor perlu diperluaskan diperingkat bawahan, sebabnya, rakyat melihat pemimpinya yang sentiasa ada ketika rakyat dalam kesusahan, rakyat didahulukan...

5 ulasan:

AZMIN ADA AGENDA NAK KECILKAN PENGARUH DAP DI SELANGOR?


panas!! apa betul? kalau betul maknanya pkr dah belajar situasi sebenar politik dominan, bukan mengikut kehendak kiasu.

adakah azmin berani berbuat perkara paling digemari golongan ultra melayu dalam pkr? kita kena faham dalam pkr ramai datangnya adalah bekas-bekas orang umno, malah azmin pun adalah bekas orang umno.

tidak hairan perkara dominasi ini terjadi, azmin mungkin faham, sokongan orang melayu terhadap pkr semakin kuyyup, malah dikatakan dalam pkr ramai orang india dari melayu, apa betul? jadi azmin perlu lakukan sesuatu untuk menaikkan sokongan orang melayu terhadap pkr, kerana sekiranya anwar ibrahim dipenjarakan kerana isu liwat, ramai menganggap pkr bakal mati tak bernesan.

azmin sedar perkara itu, katanya dari sumber yang boleh dipercayai, chegu bard pun sudah mula menaji depan belakang terhadap azmin, tetapi impak sebenar pembongkaran terhadap azmin mungkin selepas kes anwar selesai di mahkamah dan keputusannya diketahui.

jadi azmin tidak mungkin diam, azmin berkemungkinan akan memadamkan terus golongan yang dari penjilat tegar anwar ibrahim dan wan azizah dalam pkr, malah pkr new version bakal dilakukan azmin untuk membentuk parti yang lebih dominan dari dap dan pas.

rafizi dan nurul izzah juga dalam keadaan yang bahaya sebenarnya, tetapi politik strategis diantara mereka cukup licik, adakah permainan seterusnya berkemungkinan undi tidak percaya pada sidang dun atau penglibatan azmin bakal bermaharajalela dalam pkr, malah dap dalam keadaan cemas, pas mungkin terselamat kerana pas parti berlandaskan Islam melayu.

APAKAH AGENDA AZMIN ITU BENAR-BENAR TERJADI? KITA TUNGGU...

ps: azmin belajar cara umno menarik orang melayu menjadi dominan? golongan liberal dan plurarisme pun tidak senang dah dengan azmin.

3 ulasan:

TEGURAN DS NAJIB ANGGAPLAH IA SATU PARADIGMA PERUBAHAN DARI SUDUT POSITIF


pada konvensyen umno selangor sabtu yang lepas, ds najib ada menegur, malah teguran kepada umno selangor dianggap makan dalam juga, perkataan letih, malu, lembab terkeluar dari mulut tuan presiden umno itu.

pada mulanya anggapan sesetengah orang, ds najib melepaskan amarah kepada kepimpinan umno selangor, tetapi kalau difikir secara positif, ini akan lebih bagus kerana kelemahan itu ditegur secara terbuka dan dikalangan peringkat atasan dan bawahan serta akar umbi akan lebih kuat bekerja demi parti, rakyat selangor dan agenda menawan selangor juga mungkin boleh berjaya.

gagal, yup tidak ada satu perkara dalam dunia ini kalau tak tempuh gagal, tak datang kejayaannya, ds noh omar selaku general di selangor, kita perlu bersama dengannya dalam gerak kerja, susun atur strategi, bukan kita tikam belakang, sebab dalam perang, kalau kita tikam belakang, pertempuran memang bakal kalah teruk.

ramai dikalangan ketua bahagian mengambil teguran ds najib ini sebagai teguran positif, transformasi perlu diperhebatkan, kerja perlu dikuatkan, taktikal perlua diperhalusi, jadinya sememangnya perkara ini bakal membakar semangat kepimpinan umno selangor.

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

AYUH.. KITA BOLEH TAWAN SELANGOR!! BERMULANYA EPISOD BARU UNTUK KITA SEMUA

...BANGKIT... LAWAN..

0 ulasan:

POLIS LAGI RAMAI DARI PENYOKONG DOT DOT DI ISTANA KEHAKIMAN PAGI INI

aik?

kenapa dengan kamu semua?

tak kesian ke dekat mr ketum? macam rela je nak dia dipenjarakan, hehe.. apa sudah jadi? mana jeritan reformasi yang dijeritkan minggu lepas?

anak itik memimit laju, ini macam boleh beri malu...



 gambar dari facebook hassan melayu


sampai hati penyokong tegarku, sampai hati... pening arr



ps: penyokong mungkin sedar, buat apa berpanas hujan demi individu yang banyak kali kelentong kiri dan kanan.

7 ulasan:

hentikan busuk hati kepada khalid ibrahim kata faekah husin

KENYATAAN AKHBAR
AHAD, 2 NOVEMBER 2014
PKR PERLU HENTI SIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP TAN SRI KHALID  
 
Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.
 
Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI  melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor? 

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.

Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas. Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP? Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut?  Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.
 
Perlu  juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri. Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.  
 
Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.   
 
Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah. 
 
Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata. Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.
 
Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat. 
 
Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.   
 
FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN PELABUHAN KLANG DAN MP BANDAR TUN RAZAK

3 ulasan: