Sabtu, 15 November 2014

[WAJIB BACA] TELEKUNG LYCRA TIDAK SAH DIPAKAI KETIKA SOLAT?

mungkin kerana terlalu nipis dan boleh nampak susuk tubuh, ye kot.. kita tanya yang lebih berhak lah kot, kalau betul-betul menutup aurat tak de masalah kan.

di malaysia ini lubuk pelbagai fesyen, sampai telekung pun ada, jadi umat Islam berhati-hat ketika menggunakan sesuatu fesyen baru kerana kalau main sebat aje, hal-hal begini pun nampak jelas.



ps: macam-macam, walau apa pun solat itu wajib!!

zaman ini zaman keterbukaan untuk semua, kita tak peduli pun!!!

Kalau kita taji cukup-cukup, golongan cap taksub bin jilat akan kata, Islam ajar supaya kesederhaan begini untuk orang lain menerima Islam.

Kerana politik semua takdehal, semua tak kisah walau surau kita dicemari oleh golongan yang gila dan taksub.

Yang nyata golongan ini memang sudah berjaya mempengaruhi anak muda dan berkemungkinan generasi x dan z dirosakkan identitinya.

Ya Allah kau lindungilah Malaysia ini dari golongan sesat dan yang merosakkan. Amin..

ps : ada orang lama katakan, umat melayu zaman sekarang memang memilih zaman untuk dijajah sebagaimana zaman tuk nenek dan moyang kita alami dulu, di buli penjajah dan di zalimi tanpa belas, cuma cara berbeza zaman ini dengan menggunakan ideologi dan fahaman songsang untuk kawal minda umat melayu..... Jawapan aku... selamat tinggal maruah bangsaku...

Jumaat, 14 November 2014

permainan jahat versi "langkah kajang" untuk umno selangor


Semalam posting penulis berkenaan segerombolan manusia gila kuasa dalam umno s'gor yang berkehendak sangat meng"hijack" kuasa dari ds noh Omar.

Pelik, sapatutnya mereka ini bersama-sama berganding bahu untuk bekerja lebih baik lagi demi target pru14 nanti sebolehnya BN dapat kembali selangor ini.

Perancangan licik mereka bermula selepas pru13 yang lepas, kepala-kepala bangsawan gila kuasa ini merencanakan strategi dari bawah dengan memburukkan ds noh, dengan cara merosakkan imej ds noh, mereka berganding bahu untuk menghijack habis keseluruhannya apa yang ada dalam umno selangor.

Sepatutnya mereka ini bersama-sama untuk menaikkan imej umno, tetapi kerana gilakan kuasa mereka pedulikan itu semua.

Pendapat penulis, kalaulah benar nak perubahan tampuk kuasa itu, buktikan dulu kerja kuat didalam kawasan dahulu, rasanya kerjasama itu tumpul kerana idamkan rampasan kuasa secara maksimum untuk umno selangor.

Berjiwa kental tak kena tempat, padahal negeri ini patut ditawan dengan kerjasama erat, tikam menikam merosakkan segalanya.

Bila rosak bukan mudah hendak pulih, hanya tahu $$$$$ dalam jiwa.

Tak betul nampak sahaja, yang perkara untuk bersatu mereka pijak. Apa nak jadi nasib umno kemudian hari? Bersatulah kalian, musuh semakin kuat, musuh semakin ligat, apa yang kamu nak lakukan?

suka gila dap perihal ini, kita sesama umat juga terbabas ke gaung!!

Dunia.. Oh dunia.. Selangor oh selangor, azmin oh azmin... Mata melihat ke arah mana arah tujumu.

Tertanya, untuk tujuan apakah diadakah bible berbahasa melayu di semenanjung ini, sedangkan diantara mereka bercakap dan berbicara dalam bahasa inggeris.

Misteri bukan? Harap berwaspada dengan golongan tertentu yang berniat menarik anak muda Islam menjadi murtad.

Bible dipulangkan kepada tuannya.

SHAH ALAM 14 Nov.-  Kerajaan Selangor  memulangkan semula kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Pemulangan kitab tersebut di buat di Istana Alam Shah, Klang.

Pemulangan bible tersebut dibuat oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Adzib Mohd. Isa kepada Pengerusi Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon.
Penyerahan itu disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Perkara ini dihebahkan oleh Menteri Besar , Mohamed Azmin Ali dalam laman twitternya hari ini.

ps: penulis akan bongkarkan golongan yang mengambil kesempatan diatas keterbukaan dan keliberal pemimpin Islam kita.. tunggu..

Khamis, 13 November 2014

bila penikam belakang mencanangkan spikulasi yang tidak betul berkenaan umno selangor dan noh omar


isu umno selangor yang sengaja diambil kesempatan oleh segerombolan manusia gila jawatan.

ada segerombolan manusia yang mungkin kerjanya mencari salah, ambil kesempatan dan hanya pandai mengkritik dan menikam belakang diatas teguran pm najib ke atas umno selangor dan umno seluruh bahagian negara, semasa konvensyen umno selangor baru-baru ini.

apakah sebenar niat segerombolan manusia dalam parti yang sama ini mampu lakukan, hanya terbatas menyalahkan diatas kelemahan dan ketidak stabilan umno, memberi idea bernas dan bekerjasama jauh sekali, ini semuanya kerana kuasa, nak hijack kuasa dengan cara yang mungkin menguntungkan segelintir mereka.

tetapi kesedaran akar umbi adakah sedar sebaik boleh, sekiranya segerombolan manusia gila kuasa ini memainkan peranan dalam menjatuhkan peranan noh omar, percayalah perpecahan akan berlaku lagi teruk, sepatunya anasir perosak yang motifnya nak jahanamkan umno selangor dengan cara tukar kuasa secara kotor, dibersihkan dari umno selangor secepat mungkin.

siapakah yang arahkan (bayar) penulisan yang tidak betul ini di portal post metro? niat memecah belahkan terlalu ekstrim, cukup kotor.


tertanya juga apakah dengan penukaran kuasa secara kotor boleh membuatkan umno selangor itu lebih baik? kata-kata segerombolan manusia gila kuasa itu mungkin sangat suka, gembira kerana tampuk kuasa dah diperolehi, tetapi peranan mereka adakah kerana nak memulihkan umno selangor atau menjahanamkan terus umno selangor?



ps: nak membunuh atau terbunuh, itu prinsip segerombolan manusia gila kuasa ini.

baca seterusnya

klik sini

VIDEO ANAK GAJAH KALAHKAN SEKUMPULAN SINGA MENJADI VIRAL!!

video

Cuba bayangkan , singa merupakan haiwan paling garang pun berjaya dikalahkan oleh seekor gajah muda.. Apa agaknya yang terjadi pada dunia sekarang ini? Semakin terbalik agaknya.. Di Chinzombo Camp Norman Carr Safaris di Zambia, seekor gajah muda berjaya mengalahkan pertarungan sengit 14 ekor singa..

Klip video yang dramatic dan menakutkan ini berjaya dirakamkan oleh wartawan Long Island Seni Profesor Dan Christoffel, Jesse Nash, , Steve Baker dan seorang personaliti televisyen Australia Nina Karnikowski . Pada ketika itu, mereka mengikuti lawatan safari.

Menurut pekerja di zoo safari itu, mereka juga kelihatan terkejut dengan peristiwa terbabit . Setakat ini, belum pernah lagi yang berani melawan singa-singa terbabit. Ini sekaligus membuatkan penduduk di dunia kagum dengan gajah tersebut.

“Sebelum ini, kami risau sekiranya gajah akan pupus angkara singa.. Kali ini tidak lagi.. Saya yakin gajah boleh menjaga diri mereka sendiri. Ini merupakan keajaiban dunia zaman sekarang,unik dan pastinya akan mengubah sejarah dunia,” ujar pekerja itu kepada media.

ps: kehidupan perlu lawan dan rempuh sampai berani menakutkan musuh

Kajang banjir lagi! Bila nak selesai?

Penduduk kajang terutama di pinggir bandar amat tertekan kerana masalah banjir tak juga di selesaikan oleh kerajaan negeri.
Dari "kajang move" hingga tertonggeng serba serbi, tak juga selesai-selesai, petang rabu berlaku lagi banjir kilat di pusat bandar kajang, tahun ini saja dah 2 Kali berlakunya banjir, kata nak selesaikan, dari khalid Ibrahim sampai ke azmin, tetap sama.
Agak-agak alasan apa yang mungkin kerajaan negeri bakal berikan?
1. Projek MRT
2. Sungai cetek
3. Salah Umno x 18
Sepatutnya serius selesaikan, bukan hanya tunjuk muka bila banjir dah berlaku, jangan jadi lim guan eng, alasan banjir sebab hujan lebat.
Kits tunggu apa tindakan jokowi plastik bakal buat, adakah dia nak berlakon pakai selipar dengan baju pagoda turun ke membersihkan kedai-kedai di kawasan terlibat dengan banjir, uish itu kan cara dia sekarang, masalah tak selesai juga..

Rabu, 12 November 2014

YANG BERMASALAH ADALAH MANUSIA ITU SENDIRI BUKAN PARTI!


itulah realiti, tiada penafian apa yang ku nan katakan, memang benar, walau dikala mainan persepsi bertaut dengan hebat ke atasnya kerana isu gelandangan, tiada siapa tahu perkara sebenar, tiada siapa peduli perihal berkaitan gelandangan, yang mampu cerita yang sedikit adalah balun, balun, hentam dan keronyok sampai lunyai ku nan.

bukan nak menghalau gelandangan, tetapi tahukah anda soup kichen yang ada di bandaraya kuala lumpur dipunyai oleh lima organisasi dari singapura, untuk apa organisasi di singapura seronok untuk menaja, adakah dengan ramainya gelandangan kuala lumpur bakal ditonjolkan bandaraya yang mempunyai orang tidak berumah dan tidak bekerja terlalu ramai, inilah realiti yang tidak diceritakan perihal sebenar kepada umum oleh media massa.

ku nan

ada juga golongan gelandangan diberi rumah, pekerjaan, tetapi selepas itu tetap dengan kehidupan gelandangan yang mereka pilih kerana mudah mendapat apa yang perlu, ini kenyataan bukan mainan, tetapi memang pihak berkuasa sebaik mungkin untuk membantu gelandangan ini, apakan daya ia menjadi bualan politik dengan penceritaan tidak betul.

banyak perihal di wilayah perseketuan sudah diperbaiki, dari pekerja dbkl dan perumahan mampu milik dan perihal lain yang diselesaikan ku nan.

isu kg chubadak ada sudut lain yang anda perlu tahu, pembangkang sebenarnya ambil kesempatan dengan isu tu, biasalah untuk modal politik pembangkang memang ketagih modal.

ps: musuh yang paling utama adalah musuh dalam kem sendiri.

BILA APA SEMUA PERIHAL UMNO YANG SALAH DAN TAK BETUL, KEBENARAN TERBUKA JUGA!!

kalau ditanya orang pr, mata terjegil, tetap menganggap umno amatlah zalim sehingga ramai rakyat malaysia mati tak makan, sampai nak beli beras pun tak mampu.

itu kalau kita tanya merekalah, tapi hakikat merekalah yang paling bergaya, sebut pasal makan tak cukup, lepak kat mamak sampai ke pagi buta, ceh, sebut pasal zalim,zalim rakyat lah tapi doktrin ini dah sebati dengan darah daging, nak berubat makan masa, ibarat kena penyakit 

mantera salahkan umno dah sebati dengan mereka, umno umno.. semua umno, sedetik dalam diri semuanya umno tak betul, sampai tercirit pun salah umno, gila ungka.

meh baca perihal ini


ps: dunia dunia, hanya di malaysia

Selasa, 11 November 2014

bn ni bacul sangat di selangor?

wacana berkenaan politik di selangor berlangsung sabtu yang lepas di unisel, kali ini kami sediakan video satu persatu dulu ye..

yb budiman berbicara perihal umno/bn semasa krisis menteri besar!

kita perlu ramai lagi semacam budiman, barulah hooo liawww

PAS DAN DAP YANG SEMAKIN TIDAK MESRA DALAM PAKATAN, REBAH MENANTI BELAH?

katanya pas memang pendam perasaan tersangat-sangat dengan dap, sebab dap terlampau berlagak dan angkuh sebab kononnya mereka dominan dalam pakatan, apa semua mereka nak salahkan pas, tapi salah dap mereka simpan dalam spender.

sebenarnya dap nak sangat pas keluar dari pakatan jadinya bolehlah pasma diwujudkan dan mungkin agenda nak memerintah malaysia pada pru14 nanti tercapai sebabnya sekiranya pas keluar dari pakatan, maka perpecahan parti milik orang melayu amatlah kritikal, dah ada 4 parti, kalaulah ini terjadi, maka malaysia bakal di singapurakan oleh dap, mereka ketawa berdekah-dekah sebab kerana melayu sudah berpecah dengan teruk akibat fahaman politik.


KUALA LUMPUR: Pertelingkahan antara Dap dan Pas dijangka akan terus membusuk apabila kepimpinan kedua-dua buah parti itu dilihat masih lagi terus berbalas kenyataan mengkritik dan ungkit mengungkit antara satu sama lain, demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique.

Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke saling berbalas kenyataan berhubung ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat baru-baru ini.

Perkembangan ini menurut beliau, memperlihatkan bahawa Pas dan Dap ternyata sudah tidak lagi sehaluan apabila kedua-dua kepimpinan parti itu kini saling ungkit mengungkit dalam beberapa isu termasuk sikap dan pendirian parti masing-masing termasuk dalam isu kemelut MB Selangor baru-baru ini.

"Berdasarkan perkembangan pertelingkahan antara Dap dan Pas sehingga hari ini masih lagi tidak selesai, saya jangka bahawa persepakatan antara parti Pakatan Pembangkang mungkin tidak akan kekal lama. Ini memandangkan baru-baru ini, Dap juga membuat kenyataan bahawa parti itu tidak akan terjejas sekiranya mereka keluar dari pakatan pembangkang.

"Sebelum ini, lagu yang sama juga didendangkan oleh Pas apabila sudah wujud desakan di peringkat akar umbi agar Pas tidak lagi bekerjasama dengan Dap dan PKR. Dan PKR pula saya lihat tidak mampu untuk berbuat apa-apa di dalam kemelut ini memandangkan mereka juga sedang pening kepala dengan isu Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar yang sedang menghadapi kes liwat keduanya sekarang ini.

"Dan hilangnya pengaruh Anwar terhadap kedua-dua parti ini juga bagi saya merupakan salah satu punca terbesar di mana pertelingkahan dan perselisihan faham antara Pas dan Dap ini mungkin akan terus berlarutan dan akhirnya akan mengakibatkan parti-parti di dalam pakatan pembangkang akan membawa haluan masing-masing," ujarnya dalam laporan UMNO-Online yang dipetik di sini pada Isnin.

Tambah Zainal lagi, perkara ini bukan mustahil kerana ia pernah terjadi sebelum ini di mana Dap mengambil keputusan untuk keluar daripada pakatan pembangkang yang diberi nama Barisan Alternatif pada tahun 2001.

"Sememangnya sejak dari dulu lagi Pas dan Dap tidak pernah sehaluan. Kedua-dua buah parti ini seringkali bertelagah dan berbalah sesama sendiri berikutan pendirian dan ideologi politik mereka yang amat berbeza seperti langit dan bumi.

"Namun Anwar akhirnya berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk sekali lagi bergabung di dalam pakatan pembangkang dengan alasan hanya dengan gabungan ini, BN dapat ditewaskan.

"Namun dalam PRU ke 13 akhirnya membuktikan bahawa BN masih teguh dan kemenangan BN ini sebenarnya telah mengundang kekecewaan yang mendalam terhadap kepimpinan Dap dan Pas, manakala dengan sendirinya reputasi Anwar sudah tercalar dan kepercayaan mereka terhadap Anwar juga sudah mulai goyah," jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan pembangkang di mana persepakatan di antara parti itu amat rapuh dan amat berisiko tinggi sekiranya ketiga-tiga parti ini diberikan amanah untuk mentadbir negara.
"Kita boleh lihat apa kemajuan dan pembelaan terhadap rakyat di semua negeri yang berada di bawah pimpinan pakatan pembangkang. Di Selangor, akibat terlalu berpolitik akhirnya berlaku krisis air dan rakyat juga yang menjadi mangsa. Dalam masa yang sama, isu sampah dan lain-lain masih tidak dapat diselesaikan.

"Begitu juga dengan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Dap yang langsung tidak mempedulikan nasib rakyat miskin dan berpendapatan sederhana di negeri itu. Mereka hanya mementing satu golongan manakala golongan miskin, peniaga kecil dipinggirkan.

"Manakala di Kelantan, sepanjang 22 tahun pemerintahan Pas, Kelantan tetap seperti itu dan tidak ada kemajuan dan pembangunan yang ketara yang kita boleh lihat sepanjang kerajaan Pas memerintah di Kelantan. Jangan perjudikan masa depan anak cucu kita dengan memberikan amanah kepada mereka yang tidak layak," akhiri beliau.

sumber astro awani

PERTELAGAHAN HANGAT ANTARA NOH DAN KIT SIANG DI PARLIMEN SEMALAM!!


10 NOV: Sidang Dewan Rakyat sekali lagi kecoh  apabila dua ahli parlimen veteran iaitu ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dan ahli parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang bertikam lidah isu parti chauvenis dan perkauman.

Kit Siang sedang membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri  apabila Noh mohon mencelah.

noh n kit siangIni ekoran kenyataan pemimpin  DAP itu mendakwa wujud konteks tertentu apabila Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung kenyataannya yang ingin membakar Bible berbahasa Melayu.

“Peguam negara berkata, setelah dikaji, kenyataan Ibrahim Ali tidak dikategori sebagai menghasut.

“Adakah ini bermakna wujud konteks tertentu yang membolehkan seseorang mengugut mahu bakar Bible? Adakah wujud konteks mengugut membakar kitab suci agama lain dibolehkan,” kata Kit Siang.

Menurut Noh,  perkara yang melibatkan agama perlu bercakap berlandaskan undang-undang.

Kemudian, Kit Siang bangun dan bertanya kepada Noh adakah beliau seorang yang sederhana (moderate) atau ekstrimis?

“Adakah YB  seorang yang moderate yang berdiri bersama perdana menteri atau YB seorang ekstrimis?” soal Kit Siang.

Perkara itu menyebabkan suasana dewan gamat apabila wakil rakyat pembangkang  meminta Noh menjawab soalan itu.

“Saya akan jawab. Saya jawab. Saya nak menyatakan, dengar baik-baik.

“Saya nak menyatakan bahawa saya ahli parlimen dan rakyat Malaysia yang mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan berdasarkan lima rukun negara. Kita bukan macam DAP. Chauvenis, Perkauman,” kata Noh.

Kenyataan Noh  itu menyebabkan beberapa wakil rakyat pembangkang mendesaknya menarik balik kenyataan itu.

Bagaimanapun, tegas Noh,  itu merupakan pendiriannya dan menegaskan seseorang itu tidak boleh dituduh sekiranya individu tersebut bercakap untuk mempertahankan hak yang termaktub dalam perlembagaan.

“Maksud saya, tidak boleh menuduh seseorang kalau seseorang itu bercakap untuk mempertahankan hak dalam Perlembagaan. Itu tak betul.

“Barang sesiapa mempersoalkan kedudukan perlembgaaan, orang itulah chauvenis. Janganlah nak salahkan apa yang ada  dalam Perlembagaan,” kata Noh lagi yang menyebabkan Dewan sekali lagi kecoh.

Keadaan ini menyebabkan Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan beberapa ahli parlimen yang bangun supaya duduk.

“Saya terpaksa angkat bakul sendiri. Dalam hal ini, saya yang paling moderate,” katanya dan menangguhkan sidang  pagi hingga 2.30 petang. -BNBBC

krisis air punya pasal, 30 syarikat di selangor gulung tikar

Dalam keseronokan pemimpin PR bercerita tentang simpanan 3billion di Selangor, sampai jadinya idea langkah kajang untuk menjatuhkan Khalid ibrahim.

Krisis air yang berlaku awal tahun ini cukup memberi kesan kepada ekonomi di Selangor, bukan hebat dengan ceritera kartun politik cara PR, tetapi kerana sikap berpolitik 24 jam itulah punca banyak syarikat di Selangor ini terpaksa ditutup.

Azmin selaku mb baru perlulah melakukan solusi untuk meningkatkan tahap ekonomi yang berkesan, bukan harap sumber ekonomi gelap je, almaklumlah kawasan toit-toit terlalu banyak di bumi Selangor ini.

Realiti yang di tutup rapat PR...

Isnin, 10 November 2014

azmin, sampah dan rumah ibunya

Uish... Dah jadi apa ni min? Nak settle masalah sampah camne ni? Ini boleh beri kemaluan kepada dirimu min.. Kihkihkih... Macam-macam hal..

Azmin ada membuat solution baru-baru ini, sekiranya ada masalah sampah, jalan berlobang dipersilakan msg num yang dia bagi.

Katanya aduan sampai beribu-ribu, paling dasatea, sampah tak dikutip di depan rumah mk azmin sendiri.. Kihkih..

Aje sampah tul selangor ni!!

Ahad, 9 November 2014

DOKUMEN 'LANGKAH KAJANG' CIPTAAN RAFIZI YANG MERANAPKAN EKONOMI NEGARA MEMANG BENAR BELAKA!!

patutlah sampai sekarang si rafizi jambu tak langsung membuat laporan polis berkenaan pembongkaran dokumen langkah kajang dua bulan yang lepas, setelah menyerang nfc, fgv dan terbaru 1mdb dengan menceritakan perihal tidak betul kepada rakyat malaysia, mereka hanya bercerita rugi, untung mereka senyapkan, mereka memang berniat meranapkan ekonomi negara dengan cara terancang.

lihat catitan langkah kajang ini, sekiranya anda semua belum baca, benar bukan?

strategi menyerang ekonomi negara,


apakah kita yang mempunyai otak sanggup membiarkan penipuan dan penipuan kerana mereka nakkan kuasa? fikirkan wahai semua, jahat rafizi n the gang ni.

baca catitan facebook dr aznil perihal macai ketum membuat fitnah terhadap 1mdb




perihal macai ketum yang postingnya hanya berkisar rugi, rugi, untung tak nak cerita, musibat perangai penghancur dan perosak negara ni.

ps: jahat pr ni.. bangkai betul!!