Sabtu, 22 November 2014

dalam dikutuk bagai, kerja tetap kerja, bantu tetap bantu


menyokong tidak semestinya penulis menjilat, tatapi ini hakikat, maaf cakap mungkin segelintir melemparkan persepsi begitu begini kerana ada sifat phd yang tinggi, mungkin.

kerja tetap diteruskan bak kata orang, biarlah puaka mana dia nak kata, tapi mereka yang pandai bercakap tidak sikit bantu pun, pok pek pok pek je pandai.

persepsi buruk diberikan sebenarnya membuatkan dia lagi kuat bekerja, orang kata dia sombong tapi pernah berjumpa depan-depan dan bersembang? 

lagi sekali nak kata, turun padang dan bantuan untuk rakyat sememangnya umno dah buat sebanyak mungkin, dakyah pembangkang menganggap umno itu ini, sampai dikalangan haters dalam parti sendiri cukup suka dengar keburukan 24 jam tidak sikit pun mereka tahu apa kerja yang dah dilakukan oleh umno selangor untuk rakyat selangor.

tahniah ds noh sebab meneruskan kerja rakyat, biarlah orang nak kata apa, musuh lagi berbulu sekiranya ds noh turun padang membantu rakyat marhein.



ps: kepimpinan umno selangor kena lebih galak turun padang dalam membantu dan mengenali masalah rakyat dikawasan masing-masing. tak pe biarlah kena taji, kutuk, hina, caci, ludah, herdik dan pelbagai perkara yang tidak elok, kerja dan kebajikan tetap diteruskan, itulah umno.

Khamis, 20 November 2014

MBSJ MENGURANGKAN JAWATAN ATASAN UNTUK ORANG MELAYU, DARI 18 ORANG HANYA 6 ORANG SAHAJA ORANG MELAYU!!


apa azmin tak terbakar hati sekiranya bangsa dia hanya seciput pegang jawatan dalam mbsj? apa pemimpin pas berbangsa melayu tak terfikir penolakan secara halus oleh keparat kiasu dap dalam selangor, mungkin pendapat macai pr penjilat tegar anggap ahh umno bodoh sebab tak faham toleransi cara pr.

jadi macamanalah orang melayu nak percaya dengan pr ni, kebangsatan menolak orang melayu dari memegang jawatan bagus-bagus dalam majlis perbandaran, mungkin tindakan mbsj dianggap mengikut komposisi dap di kawasan jajahan mbsj, mungkin, yang jadi macai pekerja bawahan orang melayu juga.

azmin kau sebagai menteri besar melayu kasi fikirlah, zaman umno dulu tak sikit pun menganak tirikan bangsa sendiri, betullah kata seorang pakcik, malaysia ni kalau diperintah dap, melayu tersembam dalam gaung nak, pemimpin kita terlampau takut dengan kuasa dap, baik pas, umno dan pkr, ini tanah berdaulat, nak jahanamkan sekalipun jangan lacurkan maruah bangsa.

penulis nak kata satu je, kerana kuasa dan dendam, orang melayu kena kitai macam takda maruah walau pemimpinnya orang melayu.

xavier juga manusia hipokrit yang tolak wan azizah menjadi mb - che'gu bard


peranan xavier menjadi duri dalam daging kerana dia juga menarik sokongan dari menyokong wan azizah menjadi menteri besar semasa krisis mb selangor berlaku, pertanyaan mengapa pkr tidak memecat sahaja xavier sebagaimana pkr lakukan terhadap khalid ibrahim. sedangkan surat akuan sumpah itu adalah untuk menaikkan wan azizah menjadi menteri besar yang baru, arahan ini adalah dari kepimpinan parti.

itu yang menjadi tanda tanya, kerana apa pkr tidak lakukan hukuman, adakah kerana pkr mengamalkan satu set undang-undang berbeza terhadap orang tertentu? atau sememangnya kejatuhan khalid ibrahim itu perancangannya untuk menaikkan orang yang tidak sepatutnya.

sebelum itu xavier jayakumar, adun pkr sri andalas, mengeluarkan posting twitter mengatakan che'gu bard patut diam, kerja perlu diteruskan katanya.


nampaknya sistem pkr ni, dari pemilihan parti, tipu sana sini, dari pembohongan pemimpin mereka macam rafizi dan anwar ibrahim serta polimik penukaran menteri besar sampai akar umbi mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

tidak pasti apa jawapan xavier selepas ini sekiranya perihal ini berlanjutan.

Hentam menghentam kembali dalam kem pkr, terpalit lagi krisis mb?

Kata seorang rakan, tak ke pelik bila dia jd yb dulu, jangan kata longkang, sampah pun dia tak ambil kisah, ingat dia peduli?

Tapi atas nasib dia baik sebab sultan tak menerima wan azizah menjadi mb baru dan dia terpilih, dengan jawatan mb dia pegang sekarang secara automatik lakonan ala jokowi pun muncul.

Bukan hanya turun bersihkan longkang, turun ke sawah, sembur racun serangga nak kawal denggi katanya, malah siap menjahit bagai nak tunjuk dia adalah mb berjiwa rakyat kononnya, Kononlah..

Setelah che'gu bard membalun secara terbuka azmin dan kebobrokan pkr menjatuhkan khalid Ibrahim, dalam kem pkr ada panas telinga nampaknya.

Adakah perang kuasa bakal terjadi lagi di selangor? Adakah rakyat selangor sedar?


Rabu, 19 November 2014

sampai begitu sekali mereka buat kepada yb budiman


untuk apa gentar kepada seorang yb low profile macam budiman ini wahai pr? sabotaj last minit pulak tu, mengapa nak gentar-gentar sedangan ini untuk anak-anak kita, pendidikan anak-anak kita.

tanpa tiket politik sebenarnya, yb budiman mendapat jemputan sebagai perasmi majlis disebuah sekolah, tetapi mendapat pembatalan last minit oleh pentadbir sekolah dan dari pihak atasan.


'Dukatcita dimaklumkan bahawa pihak kami terpaksa membatalkan jemputan tuan sebagai perasmi di majlis Hari Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2014 Sekolah Rendah Agama Sungai Haji Dorani disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Sabak Bernam.'

itulah kandungan surat yang dinyatakan kepada yb budiman, siapakah tangan ghaib yang berperanan membuat arahan sebegitu? entahlah selangorku yang eranya hanya minda politik benci, dendam, sampai hal profesional mereka tolak tepi, poyo itu sahaja yang mampu penulis luahkan kepada mereka.

tetapi nik nazmi boleh aja sebabnya dia pegang jawatan exco pendidikan negeri selangor, dah memang selangor ini pr yang punya, nak buat macamana kan.


ps: politik politiklah, pendidikan kita kerja lah sama-sama untuk anak bangsa dan agama serta negara.

azmin tak payah nak tiru jokowilah kalau kau tu munafik - che'gu bard


hari ini bertempat di tingkat atas restoran amjal, jalan pantai bharu jam 11.30 pagi, che'gu bard mengadakan sidang media khas untuk mencanangkan keadaan sebenar tentang kemunafikan azmin ali dalam mengawal kuasa sebagai menteri besar selangor.

"azmin usah berlagak sepertu jokowi sekiranya itu hanya berlakon semata-mata, sekadar menjemput media mereka memberitahu dia konon buat kerja sampai masuk longkang, tapi dia tetap manusia munafik" kata che'gu bard.

rakyat malu kerana azmin ali tetap meneruskan projek kidex dan langat 2 sedangkan sebelum ini mereka ini mengatakan projek itu merugikan rakyat, malah menganggap bekas mb khalid ibrahim sebagai kejam kerana sanggup meneruskan projek itu.


apakah lakonan dan satira yang dilakukan ini semata-mata nak peralihan kuasa secara kotor terhadap bekas mb?

"kita salah kerana mengangkat manusia paling beritorik menjadi menteri besar" katanya lagi.

di mana perginya pendemo dan pembantah projek kidex? kemana mereka bila azmin meneruskan projek tersebut, itu yang menjadi tanda tanya.

che'gu bard juga mengatakan yang banyak cabang pkr di selangor sangat ragu peranan azmin menjadi menteri besar lagi baik dari khalid ibrahim.


selepas sidang media che'gu bard membalun azmin ali, sudah mula hentam menghentam dan membelasah che'gu bard kembali

amacam?


ps: nantikan pendedahan lagi dari kami.

Selasa, 18 November 2014

UNTUK APA SALAHKAN INDIVIDU SEKIRANYA KERJASAMA BERPASUKAN MEREKA LACURKAN!!


inilah hakikat sekiranya perihal pengkiritik dan pembenci tanpa usul periksa yang kerap kali membalun noh dan tidak sedikit pun memberi idea dan perihal positif untuk kebaikan umno selangor, sekiranya benar noh bakal ditukarkan, sememangnya tertanya, siapa yang paling layak menjadi general yang berani, kuat kerja, malah mampu berlawan hujah di sidang dun selangor nanti?

boleh bagi nama-nama yang paling mustajab untuk mengembalikan roh umno selangor? tetapi sekiranya ada calon pilihan pm sendiri nanti, saya selaku penulis, amat berendah hati menyokong penuh, tetapi, perihal umno selangor ini bukan dilihat hanya kesalahan individu, malah pasukan yang tidak mengikut arahan, yang berlagak hebat tidak langsung menghormati general, inilah realiti di selangor, masing-masing ada agenda, tikam menikam, simbah-menyimbah sampai kuyup organisasi.

inilah permasalahan umno selangor yang sepatutnya bersama-sama berganding bahu menaikkan semangat akar umbi, pru14 tak lama lagi. buat haters-haters noh omar, kritikan dan kebencian tu kalau dizahirkan dengan bukti rasanya ok lagi, ini setakat persepsi, semua nak bagi orang percaya, tapi tidak sikit pun memberi idea bernas dan pembaik pulih dekat umno selangor itu sendiri.

jadi apa kesimpulannya? gerakan dark side mereka tidak menjadi 100%, itu lah fakta.!!!


ps: tukar boleh, tapi perlu berhemah, tapi realiti dekat selangor ini siapa yang layak? tidak baik tikam belakang kerana itu bukan cara untuk menang dalam pertempuran.

TELEKUNG FROZEN? PULAK DAH

apa kejadahnya, memanglah filem animasi diminati kanak-kanak tu boleh membawa untung sekiranya dijadikan baju, beg, patung dan sebagainya, tetapi sampai tahap begini cara nak cari untung agak melampau.

nanti kanak-kanak yang guna telekung ini time sujud udah fikirannya nyanyi lagu 'let it go, let it go". uish, ni mesti idea bisnesman super kiasu ni, arhh biarlah, memang pun mereka tau, orang melayu adalah pembeli terbesar produk-produk dari filem animasi ini.


ps: mat salleh buat filem, orang cina buat produk dari animasi tu, yang tukang jual orang kita, yang tukang beli orang kita... ya kita perolehi kemenangan yang kelapanratus.

Isnin, 17 November 2014

Tahniah Ketua Pemuda Shah Alam Saudara Ahmad Mua'adzam Shah Merealisasikan Impian Adik Rayyan b Azhar

tahniah lagi sekali diucapkan kepada saudara adzam shah, ketua pemuda umno bahagian shah alam yang meluangkan masa membawa adik rayyan azhar pengidap kanser yang teringin nak naik kereta bmw, setelah posting dari ayahnya menjadi viral, ramai terharu dan simpati dengan penyakit kanser yang dialami oleh adik rayyan, hari ini impian dia dah tercapai.

syukur alhamdulillah






ps: kemanusiaan wujud bagi insan yang berfikir, kematangan wujud bagi insan yang faham erti kebahagiaan.

[jurassic park] penemuan fosil dinasour Iguanodintid dan Sauropod di hulu terengganu


KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti menemui fosil dinosaur termasuk tapak kaki, tulang dan gigi di Gunung Gagau, Hulu Terengganu dalam satu ekspedisi bulan lalu.


Ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.

Fosil Tulang & Gigi serta Tapak Dinosaur yang ditemui di Gunung Gagau, Tasek Kenyir,  Hulu Terengganu.


Ekspedisi itu membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.

Selain itu, turut ditemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.


Fosil jejak kaki Therapod

"Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambahan ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

fosil yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur di negeri ini satu masa dulu.

"Dua fosil gigi yang ditemui dianggarkan bersaiz 1.5 sentimeter (sm), manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sm dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu," katanya.

Beliau berkata, dinosaur spesies Iguanodintid dan Sauropod memakan tumbuhan, manakala Therapod adalah dinosaur pemangsa yang memakan daging.

Ahad, 16 November 2014

gerakan dark side mereka semakin terbongkar, jeng jeng

adakah gerakan mereka akan berjaya?

adakah perancangan mereka akan dilondehkan?

adakah bait-bait gila kuasa mereka akan terkulop sikit masa lagi?

permainan ini tidak sepatutnya dirancangkan kerana organisasi semakin senak dan lemah, tidak patut menjadi tamak kerana kelemahan umno selangor, tidak sepatutnya ambil kesempatan dalam merosakkan entiti parti.

busuk tidak boleh ditutup, zahirnya pembongkaran demi pembongkaran strategi dark side mereka akan disebarkan...

buat pembaca, satu ayat nak bagi ni..

menyokong bukan bermaksud menjilat, tetapi cara gelap itu tidak boleh diterima penggunaannya kerana teserlah gila kuasa diantara pelobi perancangan ini.


ps: sikit je lagi, sikit je lagi... siap lah.. pembersihan virus kotor untuk umno selangor akan direncanakan oleh ds najib.. gasak la wahai virus kotor..