Khamis, 12 Februari 2015

ADAKAH PR SEMAKIN KUAT BILA ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN?

Isu anwar ibrahim yang di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara akibat kesalahan meliwat memang penulis tidak langsung updatekan ke dalam blog ini.

Bukan apa penceritaannya akan tetap sama, jadi jelek, ngilu, sedih, drama sinetron dan macam-macam versi dilampirkan (terbaru pegang lilin di luar penjara sg. buloh).

Bibitnya sekarang apakah halatuju pakatan rakyat selepas ini, tidak sampai dua hari, kepala-kepala perang PR bakal berkumpul untuk menerangkan hala tuju mereka, banyak desas desus mengatakan sebilangan besar kelompok pemimpin PR memang menantikan peluang besar sekiranya anwar dipenjarakan.

Siapakah general baru yang akan memegang jawatan ketua pembangkang? Episod ini akan menjadi lebih panas sekiranya tiada kata putus antara mereka, penulis boleh katakan keadaan ini bakal menjadi tekan menekan, tikam menikam antara mereka, kita sedia tahu pas terpaksa berlakon baik dengan dap, dap juga begitu, pkr sentiasa dibelakang dap dan bukan pas, pas juga keseorangan.

Adakah ini bibit-bibit perpecahan PR? Kita nantikan, dalam ilmu perang, general terbunuh kucar kacirlah batallion.

ps: kepada BN inilah masanya kita kuatkan unit-unit kita, rapatkan ukhwah, sememangnya kalau BN tetap seperti dulu, maka PR tidak ada general pun akan bertambah kuat dan kukuh.

1 ulasan:

  1. pasti seronok duduk dekat2 dgn penjara sungai buluh. malam2 boleh tengok pesta lilin. jangan buat sekerat jalan sudah la. alang2 biar buat sampai 5 tahun penuh, tak miss walau semalam.

    BalasPadam