Selasa, 24 Februari 2015

EPISOD PAS BERTINJU DENGAN PASMA MENGINGATKAN SEJARAH 1978 DAHULU?


nampak gayanya perpecahan dalam pas memang tidak dapat disorokkan lagi, mungkin ada hikmahnya anwar ibrahim masuk dalam (penjara), segala pekung busuk yang menular sebelum ini didalam pas semakin membusuk sehingga pro ulama sudah memulakan wave menendang pasma dalam pas.


pasma tersentak, kerana mereka menganggap pas tidak sedia faham politik era baru, pasma mengatakan yang didalam pas hampir 50% penyokong berpihak kepada pasma, episod tegang ini memang semakin panas apabila pemimpin pasma menyerang pro ulama dengan nada sinis akan menumbangkan hadi awang pada pemilihan jun nanti, menaikkan mat sabu bakal menjadi admiral kepada pas.


PERBALAHAN DIDALAM PAS YANG AMAT KRITIKAL TELAH BERLAKU PADA 1978 DAHULU, SEHINGGA KELANTAN DIISTIHARKAN DARURAT, CERITA SEBENAR DISOROK OLEH PEMIMPIN ATASAN SUPAYA KEBENARAN PADA KETIKA ITU TIDAK DISEBARKAN DENGAN SENANG LENANG.

PAS DITENDANG KELUAR DARI BN
Jawapan TDM kenapa Pas keluar BN

Kenyataan Tun Dr Mahathir

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertaungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Tun Dr. Mahathir Mohamad.

ps: kali ini perpecahan pas bukan dari pasma, dap dan pkr pun mereka digasak, apakah pas boleh bertahan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan