Isnin, 9 Februari 2015

PASMA VS PAS MEMANG TIDAK DAPAT DISOROKKAN LAGI

ketamakan segelintir bobrok-bobrok dalam pas yang dianggotai pemikir-pemikir liberal yang berniat menjatuhkan president pas, hadi awang semakin tidak boleh disorok.

Malah penyokong kuat hadi sudah tidak dapat menahan sabar lagi dengan biadabnya cara komplot ini.

Malah dikaitkan dengan dr hatta yang mengepalai serangan senyap ini. Nama-nama seperti mat sabu, husam musa, phahrolrazi dan yang lain juga dalam radar.

Adakah doa "pecah perut" yang ditujukan terhadap umno berpusing kena terhadap pas?

Pemuda PAS Kuantan desak Dr Hatta Ramli, dan 'konconya' letak jawatan

Dewan Pemuda PAS Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.

Ketuanya Fadhli Ibrahim berkata Dewan Pemuda PAS Kuantan berasakan ahli-ahli PAS perlu sedar tentang kewujudan kerjasama yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

"Apa yang membimbangkan kami, keputusan-keputusan yang dibuat PAS adalah didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya," kata Fadhli kepada media di hadapan Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Fadhli berkata kebimbangan ini berdasarkan bukti yang mereka peroleh yang menyatakan komplot ini menguasai lebih separuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sehingga mensabotaj keputusan Parti dan menjadikan Presiden parti tu seperti boneka.

Fadhli turut memberi lampiran bukti berkenaan di dalam bentuk Akuan Berkanun beserta cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp, kumpulan yang dikatakan menerima arahan Hatta Ramli.

Dalam lampiran akuan berkanun itu menyatakan ada individu yang mempunyai akses kepada Kumpulan WhatApp yang bernama 'LAWAN AMNO Media Baru PGS' yang kemudiannya ditukar 'Hawaii Five-O'.

Kenyataan akuan berkanun itu menyatakan kumpulan WhatsApp itu dipercayai dianggotai Hatta Ramli yang menggunakan nombor 019XXXXXX.

Hatta Ramli dirujuk sebagai 'Dr Hatta' dalam kumpulan WhatsApp itu.

Turut sama menganggotai kumpulan Whatsapp tersebut adalah Aiman Athirah Aljundi, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, seperti yang dinyatakan dalam akuan berkanun yang sama.

Dalam kenyataan akuan berkanun itu juga menyatakan Aiman memburukkan Presiden PAS dan kepimpinan Ulamak dengan bertindak  sebagai perancang di belakang Hatta  dalam kumpulan WhatsApp itu.

ps: dap cukup gembira kerana parti-parti melayu Islam  terbesar dirosakkan dari dalam, mereka sudah hampir untuk menawan Malaysia pru14 nanti. Adakah kita semua izinkan.

2 ulasan:

  1. Yang mengancam kehidupan rakyat adalah puak Dapigs,harga tak mahu turun,untung mahu lebih kuasa mahu tambah.Apa dia buat?.Berkawan baik .Ini ke nak jaga keehidupan rakyat yg terancam konon?.

    BalasPadam
  2. Berani ke para pemimpin PAS yang masih stia dengan presiden memecat pengkhianat dalam PAS ini,? Betulkah mereka itu pengkhiyanat parti atau mereka di khiyanati parti ? Siapa sebenarnya yang memimpin PAS sekarang.? Hj.Hadi ? jawatang nya ya. tapi kuasa nya ? Sebab itu Hj. Hadi kurang barani bertindak. Kuasa terhad nak buat macam mana?
    Silap2 PAS boleh lesap tau ! Ini politik, patah tumbuh hilang berganti..

    By: Cikgu "S"

    BalasPadam