Sabtu, 28 Februari 2015

TARGET MALAYSIAKINI MENYERANG ROSMAH MANSUR TANPA HENTI, MASALAHNYA ORANG KITA MUDAH PERCAYA!!


media pr memang memahami, bilamana tuan dajjalnya sudah dimasukkan kedalam penjara, modal-modal penyedap membalun kerajaan dan pm serta rosmah tidak cukup rencah, jadinya mereka menjadikan bola tanggung serangan bertubi-tubi terhadap ds najib dan ds rosmah mansur, dari cerita adik beradik ds najib kritik ds rosmah, dari cerita harta pusaka ayahanda tun abdul razak, semuanya ditujukan khas untuk meranapkan imej pm.

kalau anda percaya kuasa pembalasan, anda akan faham, masihkan anda ingat pada wave fitnah sekitar pru12 iaitu sejak 2005 lagi yang mengatakan ds najib dan rosmah terlibat dalam tragedi pembunuhan altantuya, siang malam ceramah tanpa henti menjaja cerita paling kronik itu, target paling utama masa itu adalah kerana seboleh-boleh anwar ibrahim tidak benarkan ds najib menjadi perdana menteri selepas pak lah meletak jawatan sebagai pm.

pernah terfikir kenapa anwar ibrahim tidak mahu ds najib menjadi pm? yup kita sudah faham, sebabnya kerana anwar tahu, najib bakal menjadi masalah besar untuk dirinya menjadi perdana menteri pada pru13 yang lepas. kuasa Allah tuan-tuan, bertali arus mereka fitnah, keji, hina, balun, malah ada yang sanggup memijak gambar ds najib dan rosmah, bakar, sumbat kangkung ke replika muka najib. hina gila cara politik kepala bana yang dilakukan oleh pembangkang kerana meraka anggap cara itu paling berkesan untuk menjatuhkan umno/bn.

pkr, dap dan pas cukup bernafsu menjaja cerita betapa bobroknya ds rosmah mansur, cerita cincin, cerita shopping dan bermacam-macam lagi serangan peribadi terhadap ds rosmah dan ds najib.

TERBARU PORTAL MALAYSIAKINI MUNGKIN BERJAYA MENYEBARKAN CERITA FITNAH PALING KEJI TERHADAP DS ROSMAH, DENGAN TAJUK AMBOI MAHALNYA DANDANAN RAMBUT RM1200, IBARAT CERITA PALING SEDAP DISEBAR OLEH MORON PAKATAN YANG TIDAK MENDENGAR AYAT SEBENAR DARI MULUT DS ROSMAH ITU SENDIRI.

ORANG KITA BOLEH DIANGGAP TERLALU BODOH PIANG KERANA CUKUP MUDAH TERPEDAYA CERITA FITNAH KEJI CARA PORTAL SYAITAN MALAYSIAKINI.

SELIDIKNYA TIDAK, PERCAYA BULAT-BULAT, ITULAH SEBABNYA ANWAR IBRAHIM FAHAM, INILAH STRATEGI PALING SENANG UNTUK MANUPULASI MINDA ORANG KITA YANG MUDAH DIPERDAYA.

TETAPI TAKTIKAL KEJI ITU TETAP AKAN KENA KEMBALI KEPADA MEREKA, PERCAYALAH, MUDAH, BUAT KEJI DIBALAS KEJI, KITA LIHAT APA JADI DENGAN PKR? MACAM ORANG HILANG TENAGA BATIN BILA TUANNYA DIPENJARA, SILAP HARIBULAN MATI TAK BERNYAWA PKR.

PAS PULA KITA LIHAT, PERBALAHAN PALING KRITIKAL BUAT PARTI ITU, PASMA DAN PRO ULAMA TANPA SEGAN SILU BERGASAK SAMPAI TAK KISAHLAH APA NAK JADI.

DAP PULA TENGAH SEDAP DILAMUN CINTA KERANA MEREKA CUKUP YAKIN ORANG CINA MEMANG SENTIASA MENYOKONG MEREKA WALAU MEREKA BERPERANGAI MACAM MUSIBAT.

CADANGAN PENULIS, HARAP DS ROSMAH MANSUR SAMAN TERHADAP MALAYSIA KINI. MELAMPAUI BATAS.

FITNAH PAKATAN PEMBANGKANG RM 1200.
MALAYSIAKINI KANTOL FITNAH ROSMAH DANDAN RAMBUT RM1200

Kebelakangan ini hangat cerita tentang Datin Seri Rosmah (DSR) kononnya membayar RM1200 semata-mata untuk mewarnakan rambutnya. Bila saya singkap setiap artikel yang ditulis di internet, semuanya merujuk kepada tulisan Portal Maharaja Fitnah, Malaysiakini.

Walaupun saya yakin ianya sememangnya satu fitnah, namun saya gagahi diri saya untuk mendengar rakaman audio kenyataan DSR itu yang turut dimuatnaik di Malaysiakini (Rakaman Suara Dilampirkan Sebagai Bukti http://youtu.be/X53lY8pyiN0 )

Selepas meneliti ucapan DS Rosmah itu, sememangnya terang lagi bersuluh bahawa Malaysiakini memang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan imej DSR.

Datin Seri dalam audio tersebut telah menceritakan bahawa usaha memantau peniaga yang buat perniagaan rumah ke rumah juga adalah penting. Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan bayaran hingga lima kali ganda.

Beliau hanya memberi contoh, misalnya bila beliau bertanya berapa kos untuk mewarna rambut, peniaga terbabit hendak mengenakan bayaran sehingga RM1,200 hanya untuk mewarna rambut.
"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, kita tentulah tak jadi ambil service tersebut. Kalau DSR betul-betul belanjakan RM1200 untuk cat rambut, sudah tentu dia akan sebut "Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service".

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya 30 Billion seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1200 pun dia akan terasa mahal.

3. Saya sangat gembira setiap kali Datin Seri Rosmah dijadikan sasaran pembangkang dan lidah rasmi mereka, Malaysiakini. SEBAB APA? Sebab ini membuktikan kita ada seorang Perdana Menteri yang bersih sehingga mereka gagal mencari isu terhadap diri beliau.

4. Apa yang dialami oleh DSR ini pernah dialami oleh YB Khairy. Beliau menjadi mangsa semata-mata bila pembangkang gagal mencari kelemahan Pak Lah yang dikenali sebagai Mr Clean.
Ingat lagikah kita dengan fitnah Cikgu Bard yang mengatakan anak DSR Rosmah berbelanja sehingga RM200,000 semasa mengikut lawatan kerja PM dan Isteri ke Australia. Bila rakyat baca tweet Cikgu Bard tersebut, hancur hati mereka. Ada yang mengatakan jika anakpun berbelanja hingga RM 200,000, emaknya pula bagaimana?

Namun selepas isu tersebut disiasat, rupa-rupanya tiada seorangpun anak DSR yang menyertai rombongan tersebut. Sehingga kini, pernah kita dengar Cikgu Bard memohon maaf? Jangan harap!

Maka janganlah kita terpengaruh dengan mainan laporan berita pembangkang. Kita harus kaji apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan. "Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna".
Tidakkah ini apa yang kita semua mahu?

ps: kepada penyokong pr, pemimpin pr sudah tidak ada yang boleh diharap untuk membawa perihal rakyat, mereka hanya sedap menyontot perihal remeh, pembangkang malaysia memang cap ayam, jadi anda semua menyokong parti cap ayam? gila memalukan.

9 ulasan:

  1. Fitnah fitnah fitnah!!!!

    Apa nak jadi dgn org melayu dan Islam

    Org bukan Islam tertentu tengah mencurah minyak utk merebakkan api....

    BalasPadam
  2. Sebab yg kena fitnah pun diam saja dan redha apa yg telah difitnah sebab itu ia berterusan difitnah. Jgn salahkan rakyat jika percaya segala berita fitnah. Sepatutya saman mereka semua dan duit saman diberikan kepada rakyat supaya usaha ini rakyat dapat manafaatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy rs mungkin rosmah sdg tunggu ganjaran utk beliau di syurga

      Padam
  3. siapa agaknya antara kita yang reda bila kena fitnah? berkoyan koyan DSR terima fitnah, agaknya kalau kita orang biasa dah jatuh terduduk. Rakyat mana yang percaya dengan fitnah2 ni? cuma segelintir rakyat jenis cap ayam jer yang terus bulat bulat terima segala fitnah ke atas Najib dan DSR.

    BalasPadam
  4. Sebab ka bila doa BN ko tak jalan. Sebab yg mdoa tu dri jenis kumpulan fitnah dn pyebar fitnah dn buat fitnah. Doa org cam ni tk makbul. Ingat la kat dunia ni kafir mmg tk de hal fitnah mfitnah kita islam trikut ikut. Akhir org yg keba fitnah dlindungi kita ni dpt bala free2

    BalasPadam
  5. Rakyat biasa tengok dan perhati dan akan buat rumusan sendiri.
    Adalah menjadi tanggung jawab orang yang kena fitnah mempertahankan diri. Buktikan yang tuduhan itu adalah fitnah dan tidak betul.

    BalasPadam
  6. aku dah pernah masukkan pertanyan dalam FB najib bab sape penasihat penampilan rosmah sebagai isteri PM?

    Kenapa tak ada satu pon orang keliling najib berani beritahu dia bahawa penampilan rosmah yg.tak bertudung dan memiliki rambut paling tak sesuai dan jadi bahan lelucon orang itu adalah liability imej islam yg.nak dibawa umno?

    setiap masa rosmah memberi point kepada fuckatan untuk fitnah dia dengan penampilan mewah dan terbaru kos dandanan rambut..Setiap fitnah pula lambat dibalas atau sekadar berdiam diri...Pls. lah najib !!! do something !!!

    gen2felda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong setiap fitnah harus dijawab. Org keliling najib nk pelingkup dia sebab tu respon lambat. Kalau camni ganti org lain org yg berwibawa bukan kaki ampu yg gunting dlm lipatan. Fitnah mesti dijawab dgn tegas tepat fakta dan seterusnya saman sekejam kejamnya jgn kesian.

      Padam
  7. Kalau hari2 kena fitnah hari2 nak saman. Takde keje la ni. Tgok je bala yg kita dpt

    BalasPadam