Rabu, 11 Mac 2015

AZMIN BERSEDIA UNTUK BERUNDING ISU LANGAT 2 KATA UTUSAN MALAYSIA

disebalik isu berat ini, berkias-kias sehingga menjadi perkara sensasi, ini adalah perihal rakyat, rakyat dan negeri yang kaya, malah malaysia, bayangkan impak berlaku sekiranya pelabur tidak mahu melabur di negeri selangor kerana masalah air, tempiasnya kena juga kepada kerajaan pusat.

jadi seharusnya perkara ini dibincangkan demi rakyat, bukan populariti, rakyat tidak melihat isu ini sebagai politik semata-mata, tetapi kebajikan, bercerita free sana free sini, tetapi hakikat kualiti dan keadaan teknologi air di selangor jauh ketinggalan, siapa rugi?


KUALA LUMPUR 10 Mac – Sehari selepas menyatakan tidak akan me­­­neruskan run­dingan perjanji­an penstrukturan perkhidmatan in­dus­tri bekalan air di Selangor de­ngan Kerajaan Pusat, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini me­ngu­bah pendiriannya apabila bersedia membuka pintu rundingan berhubung perkara tersebut.

Mohamed Azmin mengesahkan pihaknya terbuka untuk berbincang berhubung pajakan tanah yang terlibat dalam rancangan penstrukturan air Selangor.

Pendirian tersebut dibuat oleh be­liau selepas Menteri Tenaga, Tek­­nologi Hijau dan Air, Datuk Se­ri Dr. Maximus Ongkili memberi penjelas­an bahawa aset tanah yang akan terlibat dalam perjanjian tersebut hanya akan diambil alih selama 45 tahun oleh Kerajaan Persekutuan sebelum diserahkan semula kepada kerajaan Selangor sebaik tempoh perjanjian itu tamat.

“Untuk pajakan kita boleh bincangkan,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Semalam, Mohamed Azmin ber­­kata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air di negeri itu dengan Kerajaan Pusat.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, berdasarkan perjanjian yang dimeterai, tidak dinyatakan secara spe­sifik berkenaan tanah, sebaliknya hanya dinyatakan sebagai aset.

“Peruntukan itu samar-samar, ha­nya menyatakan aset yang boleh dipindahkan dan kekal, tidak sebut tanah secara spesifik. Sedangkan kami dalam perjanjian itu nyatakan secara spesifik aset-aset kami,” katanya.
Mohamed Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sekiranya berlaku pertambahan amaun daripada ke­seluruhan RM14.9 bilion perjanjian berkenaan sekiranya perbincangan berkenaan pajakan itu dilaksanakan.

“Kalau ada cadangan baharu hendak bincang, mungkin kita perlu nilaikan tanah,” katanya.

Pada sidang akhbar pada sebelah pagi, Mohamed Azmin berkata, perjanjian penstrukturan air Sela­ngor ditamatkan kerana Kerajaan Pusat mahu menuntut tanah kerajaan negeri itu yang akan dilalui paip saluran air terbabit.

Katanya, jika Kerajaan Pusat bersetuju mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik Selangor dan tidak membuat tuntutan bercanggah dengan semangat perjanjian yang termeterai, maka kerajaan negeri bersedia untuk berbincang ke arah mencapai persetujuan bagi manfaat seluruh pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2 ulasan:

  1. Banyak lagi Azmin ni kena belajar berkaitan dgn undang-undang,istilah dan terma nya beliau tidak begitu faham nampaknya.Dia tahu pasal demo jalanan saja,main hentam semua tak nak ikut peraturan.Lungkup lah Selangor nanti di buatnya.

    BalasPadam
  2. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    BalasPadam