Rabu, 18 Mac 2015

BAS PERTAMA DI DUNIA YANG MENGGUNAKAN NAJIS MANUSIA SEBAGAI TENAGA


London: Bas pertama yang menggunakan tenaga najis manusia dan sisa buangan isi rumah akan memulakan perkhidmatannya hujung bulan ini.

Bagaimanapun, ia dijamin tidak akan berbau busuk atau kotor.

Dengan menggunakan kuasa gas biomethane, bas itu yang dikenali ‘Bio-Bus’ akan menggunakan sisa buangan daripada 32,000 rumah di sepanjang laluannya sejauh 24 kilometer.

Dikendalikan oleh syarikat bas First West of England, bas itu akan mengisi bahan tenaganya di Avonmouth, Bristol, tempat najis dan sisa makanan ditukar menjadi gas biomethane.

Bas yang boleh membawa 40 penumpang itu mula diperkenalkan di Bristol untuk khidmat cubaan tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, bas itu bagaimanapun akan digunakan selama empat hari seminggu bermula 25 Mac.

Jika berjaya, syarikat berkenaan akan menimbang untuk memperkenalkan lebih banyak bas seumpamanya.

Pengarah Urusan First West of England James Freeman berkata: “Sejak diperkenalkan tahun lalu, Bio Bus mendapat tumpuan dunia. Kami akan memastikan ia beroperasi dengan baik.”

Menurutnya, kejayaan penggunaan bas itu akan membantu memulakan perbahasan mengenai cara penggunaan bahan tenaga bagi kenderaan dalam usaha untuk meningkatkan mutu alam sekitar. - AFP

6 ulasan:

  1. Kalau di Malaysia, pakai taik pembangkang, gerenti bas ini laju semacam. Aku nak impot bawa masuk..he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
      KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

      Padam
  2. Balasan
    1. headbomb ..kalau negara maju kerana rakyat mereka maju..
      kita di malaysia berpolitik sepanjang hayat ...camna nak maju??

      Padam
  3. Maae
    Idea terbaik klu london guna 32,000 taik penghuni london utk bas berjalan....di mesia klu guna taik keluarga anwar ibrahim sekeluarga sahaja boleh membekalkan tenaga untuk 32,000 bas taik...tenaga taik penipu anwar ibrahim terlalu kuat penipunya...kah kah ahakssss

    BalasPadam
  4. Kunyit power..!!

    BalasPadam