Rabu, 11 Mac 2015

gangguan bekalan air di klang, shah alam dan kuala lumpur tiada kaitan pembatalan langat 2


bila berlaku perihal gangguan air ini, agak-agak golongan mana paling terkesan? rasanya azmin ali selaku menteri besar akan peduli tak turun padang sekiranya rakyat yang nak mengangkut air ke rumah, terutama rumah flat, rasanya orang seperti azmin pernah selami tak betapa peritnya mengangkut air, adakah dia sedar yang air keperluan yang cukup penting, bayangkan sekiranya ada ramai anak kecil, tak ada belas kasihankah mereka bila krisis air berlaku?

jangan pertikaikan apa saya buat-azmin

inilah terjadi di selangor dan di lembah klang, bila politik mengatasi segalanya, maka menjadi mangsa adalah rakyat pertengahan dan bawahan, apakah politkus faham dan mengerti, kadang-kadang isu politik yang sengaja dibangkitkan untuk keperluan populariti, menyahut persepsi supaya talian hayat modal politik berpanjangan sehingga pru14.


walaupun gangguan air berlaku tidak kritikal, bayangkan krisis yang sama berlaku pada tahun lepas di selangor, perit getir rakyat bawahan ni kena fikir, kalau tinggal di flat ppr terutamanya, berapa tinggi nak angkut? orang atasan tak mengapa mereka ada duit, masalah mudah diselesaikan dengan duit.

WAHAI MB SELANGOR, DAULAT DISELANGOR MEMANG PERLU DIJAGA, TETAPI BAGAIMANA KEBAJIKAN RAKYAT WAHAI MB?

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam