Khamis, 19 Mac 2015

[GEMPAR] KOMPONEN BN BERPECAH


habislah bn, habislah, gembiralah mereka bila mendengar berita ini, dikatakan ada dikalangan penyokong tegar pr menjerit kegembiraan tidak terhingga, ada yang melompat riang, dikatakan juga mereka melompat-lompat histeria bila mendengar berita ini.

sebagai penulis yang pro kerajaan, amatlah sedih, tapi apakan daya, apakan daya.

baca perihal sebenar isu ini, panas panas..

Sidang Media Tergempar Komponen BN

Satu sidang media tergempar melibatkan semua Presiden ahli komponen BN telah diadakan dalam jam 5 petang hari ini di Parlimen. Sidang media tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden MCA, Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah mengumumkan sokongan penuh semua Presiden Komponen BN terhadap kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Presiden Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, kenyataan sokongan ini adalah untuk menutup segala gosip dan berita palsu yang menyatakan perpecahan sedang berlaku di dalam Barisan Nasional. Kenyataan ini menimbulkan pelbagai soalan tentang mengapa kenyataan sokongan ini dilakukan secara tiba-tiba.

Apabila ditanyakan tentang adakah kenyataan sokongan ini berkaitan dengan pindaan Enakmen Undang-undang Syariah (II) yang berjaya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini, Dato’ Sri Liow enggan memberi komen, tetapi berkata Perdana Menteri akan melakukan satu kenyataan pada esok hari. Namun begitu, desas-desus menyatakan bahawa kesemua Parti Komponen Barisan Nasional telah sebulat suara menyokong usul tersebut.

sumber klxpress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan