Jumaat, 13 Mac 2015

kerajaan negeri jangan bebankan rakyat kata khalid ibrahim

KENYATAAN MEDIA
13 MAC 2015
PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR PERLU DITERUSKAN TETAPI TIDAK MELEBIHI RM9.65 BILION

Bagi pihak rakyat Selangor, saya meyeru Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan sebarang pertikaian untuk stikan Perjanjian Utama (HOA) penyusunan semula industri air Negeri Selangor yang telah ditandatangani pada tahun lalu dapat diteruskan.

Saya percaya bahawa isu pemilikan tanah-yang kononnya dinyatakan sebagai alasan untuk Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian air – boleh diselesaikan jika semua pertikaian itu dibawa ke meja rundingan.

Saya telah berjumpa dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau dan beliau memberi jaminan bahawa Kementeriannya akan berusaha untuk melaksanakan perjanjian itu bagi memberi laluan kepada penyelesaian isu air secara holistik seperti yang dihasratkan melalui Akta Perkidmatan Industri Air 2006.

Kegagalan meneruskan perjanjian itu akan membawa banyak kesan antaranya risiko kehilangan peluang Kerajaan Selangor untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah di atas kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung tarif air yang tinggi akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah dan gagal mengutamakan kepentingan rakyat.

Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, Kerajaan Selangor kemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu air setiap bulan yang telah dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana.

Selain itu, peluang ini juga akan membolehkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52% pada 2015 seperti yang dibenarkan mengikut Perjanjian Penswastaan. Malah lebih buruk lagi, Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.

Ini jelas menunjukkan Kerajaan Selangor akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan dan saya amat berharap kepimpinan kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan dilakukan selepas ini.

Saya juga hairan apabila dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hari ini telah mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi SPLASH. Perkara ini nampaknya bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di Selangor apabila penstrukturan air dimuktamadkan.

Saya khuatir tindakan kerajaan negeri ini akan mengakibatkan rakyat Selangor membayar lebih dari jumlah yang dipersetujui sebelum ini iaitu RM9.65 bilion.

Walaupun penting untuk penyusunan semula industri air berjaya tetapi rakyat juga perlu dingatkan bahawa harga pengambilalihan ekuiti daripada empat syarikat konsesi air mesti tidak melebihi RM9.65 bilion seperti yang telah dipersetujui. Jika harga yang ditawarkan melebihi jumlah itu ia seolah-olah merompak hasil kekayaan rakyat untuk mengkayakan konsesi yang tamak. -- TS Khalid Ibrahim

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

    BalasPadam