Ahad, 1 Mac 2015

PASMA SEMAKIN KUAT DALAM PAS!

Dulu sebelum pru, pas sudah terlalu yakin dengan kerjasama dengan pkr dan dap, mereka sudah merasakan bibit tawan putrajaya semakin hampir.

Malah keyakinan sokongan golongan muda terhadap pas ketika itu bakal merealisasikan impian tawan putrajaya, ingat lagi penulis ketika pru lalu, ketika kempen pihak pas terutamanya, menggunakan ikon penceramah hebat seperti ustaz azhar idruz untuk menarik sokongan terhadap pas.

Nampak macam BN bakal berkubur kerana taktik yang luar batasan dilakukan pihak lawan untuk menarik undi.

Pada masa itu juga tergamaknya pas membuat himpunan dan doa hancur umno semata-mata kerana dendam politik.

Semuanya berlaku pecah belah didalam pas kerana proksi anwarinas dan dap power. Sudah berkali-kali disebarkan dalam bloq, fb serta twitter berkenaan golongan yang menolak golongan ulama didalam pas. Masalahnya ego dan angkuh menguasai diri kepimpinan pro ulama memakan diri, sekarang golongan perosak pas sudah berani dan wujudlah pasma sebagai menunjukkan golongan ini sudah berkuasa didalam pas.

Setelah nik aziz meninggal dunia, maka semakin beranilah golongan ini menunjukkan taring sebenar. Malah niat untuk ranapkan peranan ulama dalam pas semakin berjaya.

Target utama adalah hadi awang, lupuskan penguasaan hadi awang dalam pas, di kepalai mat sabu, gologan liberal dan gila kuasa yang lain sedang melobi habis untuk misi menaikkan mat sabu sebagai presiden pas yang baru. Pasma bakal berjaya dengan strateginya, pkr dan dap cukup gembira dengan situasi ini. Perpecahan teruk kerana golongan ulama terlalu play safe. Jadi siapa yang rugi?

Penulis ingin bertanya, apa tindakan pro ulama dan penyokongnya?

4 ulasan:

  1. Pas akan hancur akhirnya.

    BalasPadam
  2. Kelihatan kemewahan kalangan pemimpin PAS setelah menerima tawaran semasa bersatu dibawah payung PR. Siapakah golongan hartawan dibelakang PKR dan DAP yang berperanan 'membeli' kepimpinan jati PAS.
    Kini DAP, PKR dan PAS menanggung kesan 'backdraft' iaitu pembalasan hukuman dari rakyat yang mula rimas dengan politik kotor PR.

    BalasPadam
  3. Doa mereka agar Allah memecahbelahkan UMNO sekarang telah terbalik kepada PAS. Tangan yang UMNO hulurkan untuk berbaik telah ditepis kerana hasutan mereka dalam PKR dan DAP serta barua2 kedua-dua parti ini yang telah lama menyelinap dalam PAS.

    PAS - Parti yang terperangkap dengan ketamakan dan kedangkalan berpolitik mereka selama ini.

    Allahuakbar..

    BalasPadam
  4. so...kalau Haji Hadi diturunkan daripada jawatan presiden, hmm...Mat Sabu nak ganti? Like seriously?...daripada nampak lemah terus jadi lembik macam puding....

    BalasPadam