Khamis, 12 Mac 2015

UNTUK APA PETISYEN INI? RAKYAT MALAYSIA MAJORITI BERSETUJU ATAU TIDAK?


Petisyen Anwar ada agenda tersirat

KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omat menyifatkan tindakan Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan petisyen pengampunan diraja mempunyai agenda tersebut.

Beliau berkata, sekiranya rayuan pengampunan itu ditolak, tidak mustahil pembangkang akan memainkan isu tersebut dan seterusnya memburuk-burukkan Institusi Raja-raja yang kononnya tidak memihak kepada mereka.

“Seterusnya mereka akan menghasut rakyat dengan membenci Instutusi Raja-Raja ini khususnya Yang di-Pertuan Agong kerana menolak rayuan tersebut. Inilah taktik yang selalu digunakan oleh pakatan pembangkang iaitu dengan menyemai kebencian,” katanya ketika Membahaskan Titah Ucapan yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat.

Isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama anak-anaknya iaitu Nurul Nuha dan Nurul Izzah memfailkan petisyen permohonan pengampunan diraja di Istana Negara dan menghantar satu salinan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rak­yat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Jika pengampunan diberikan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan kekal walaupun didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata, sama ada petisyen pengampunan diraja itu memenuhi cirri-ciri dan syarat-syarat  seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan, terpulanglah kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.

“Kita sedia maklum, taktik yang sama pernah digunakan oleh pembangkang dengan menyerang kreadibiliti dan integriti institusi kerajaan seperti polis, tentera, SPR  dan SPRM dan yang terbaru institusi kehakiman,” katanya

4 ulasan:

  1. Ya untuk apa petisyen ini dirumah putih?

    BalasPadam
  2. Bila us msuk campur semua hancur...

    BalasPadam
  3. Dajjal mata lebam!

    BalasPadam
  4. kalau sekadar 100K ..patut anwar dok dalam jail 10 tahun.. baru adil..

    BalasPadam