Selasa, 14 April 2015

KERAJAAN THAI BERI AMARAN SUPAYA JANGAN SELFIE GAMBAR PANGKAL PAYUDARA


BANGKOK - Wanita di negara itu diberikan amaran agar tidak memuat naik gambar 'underb0obs selfie' yang menjadi trend terbaru di media sosial negara itu.

Amaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan tentera Thai mendakwa, perbuatan itu menyalahi undang-undang jenayah komputer Thailand.

Akta Jenayah Komputer 2007 Thailand melarang sebarang bentuk bahan yang dianggap boleh menjejaskan keselamatan negara atau mendatangkan panik dalam kalangan penduduk atau sebarang data komputer lu-cah yang boleh diakses oleh orang ramai.

Menurut jurucakap Kementerian Kebudayaan Thailand, mana-mana rakyat di negara itu didapati bersalah akan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. Bagaimanapun tidak menyebut cara mereka akan mengenal pasti pelaku.

Ini kerana, apabila individu merakam gambar selfie pangkal payudara mereka, tiada siapa yang dapat melihat wajah mereka. - AGENSI

1 ulasan: