Rabu, 15 April 2015

PAPAN IKLAN DIGITAL DIGODAM KERANA GST DI SHAH ALAM


kelakar ni, papan iklan di seksyen 13 shah alam digodam oleh pihak yang mungkin sudah panas hati dengan perlaksanaan gst, suara marhein sudah berbunyi, suara akar umbi sudah berbunyi, apakah sebenar pemerintah akan lakukan?

walau dikhabarkan gst amat baik, tetapi kenapalah kelam kalibut jadinya, yang nampak peniaga sangat kritikal mengambil kesempatan dengan sesuka hati menaikkan harga barang, malah harga makanan juga terlampau teruk kenaikannya.

SIAPA NAK JAWAB KALAU KATA BAHAN MAKANAN TIADA DIKENAKAN GST, TETAPI KENAIKAN MELAMPAUI BATAS! NASI GORENG BIASA RM5.50 YANG DULU BARU RM4.00

JADI KEMANA PENGUATKUASA? JADI APA PERLU LAKUKAN KEPADA SPISIS PENIAGA PELAHAP NI?

yang dikasihankan ialah pelajar, bukan semua orang bawahan adalah senang, kali ini aku akan pelangkung cukup-cukup pegawai-pewagai kerajaan, lhdn, kastam serta kpdnkk, persatuan peniaga jangan nak selesa membiarkan perihal ini, sedangkan ada yang tidak daftar untuk gst, sedangkan yang berdaftar boleh claim kembali, jadi mudah, ni nak bantu rakyat ke nak menjahanamkan kepercayaan rakyat?

3 ulasan:

  1. Ketinggalan zaman....

    BalasPadam
  2. Di neagara maju GST berjaya kerana rakyat sayang dan mahu majukan negara mereka!!! Di Malaysia, kebanyakan rakyat yang otak mereka memang tak maju dan tiada patriotisma, masing-masing hanya fikir poket dan periuk sendiri!!!. Rakyat rata-rata mengalami bahana dari GST yang tidak keruan ini. Apa yang Kementerian buat sekarang??? Kenapa sistem ini tidak di pilotkan dahulu??? Rakyat terus terusan menderita dari penipuan peniaga lintahdarat!! Lagi sekali soalan aku bagaimana Kementerian pantau?????

    BalasPadam
  3. Orang dah buat ok je.kite buatlah untuk kemajuan negara.orang buat macamana.pegawai kementerian berkaitan kena kerja kuat kalau tidak gst atau apa juga penambahbaikan jd platform peniaga untuk menipu.

    BalasPadam