Sabtu, 18 April 2015

PASARAYA BESAR PERLU ADAKAN KIOS DI KAWASAN KAMPUNG

GST, ramai pening dan terasa hati dengan kerajaan, kata Ahmad Maslan, barang akan turun bila GST dilaksanakan.

Pada minggu pertama perlaksanaan GST, cukup tragis kerana rakyat keseluruhannya tidak berapa faham dengan cukai baru ini, jadi kebetulan untuk melepaskan geram, Ahmad Maslan menjadi mangsa, malah orang ramai meluahkan macam-macam di media sosial.

Puncanya mudah, harga barang naik agak melampaui batas, tertanya, tiada apa tindakan ke?
Jadi minggu ini minggu ke-3, penulis memang tidak nafikan ada barang yang masih mahal, tetapi pihak kpdnkk dan kastam juga sudah melakukan terjahan serta mengajar peniaga yang rakus yang keterlaluan menaikkan harga.

Kesimpulannya harga barang memang boleh turun, ramai mengakuinya, pasaraya besar sudah mula turunkan harga, kita sebagai pelanggan perlu rujuk harga yang mana berpatutan, ada juga harga yang turun mendadak.

Penulis hanya gusar akan orang yang tinggal di kampung, sebab bukan semua kedai atau peniaga yang jujur, mereka fikir inilah masanya mencari untung berganda, ada aduan beras pun sesuka hati dinaikkan, gula pasir naik sampai rm3.50 se kg, itu gila namanya, kelapa santan yang harga dulu baru rm2, sekarang rm2.50, gila bukan?

Jadi perlulah kerajaan adakan satu kios kedai ekonomi di kawasan kampung pedalaman yang hargNya macam pasaraya besar murah dan berbaloi, bukan apa ada dikalangan penduduk sukar hendak ke pekan atau bandar, jadi kios ini pilihan mereka untik berjimat. (kedai runcit 1Malaysia adalah contoh).

Kepada penguatkuasa, jangan goyang kaki, turun ke lokasi yang peniaga atau pemborong menjadi dracula menghirup keuntungan dengan rakus. Rakyat melihat!!
Antara contoh harga selepas GST di bawah ini.

1 ulasan: