Selasa, 14 April 2015

PRK ROMPIN, PAS TETAP LAWAN, TIADA ISTILAH MAKAN BUDI KEPADA UMNO


PRK Rompin: PAS Tetap Bertanding, Tiada Unsur Makan Budi Di PRK Cempaka

PAS tetap dengan pendirian akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin pada 5 Mei, menolak saranan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menggesa parti Islam itu memberikan laluan agar Umno dan Barisan Nasional (BN) menang di kerusi itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, alasan menteri besar Pahang itu yang mahu parti Islam itu memberi laluan mudah sebagai balasan kerana BN tidak meletakkan calon dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka tidak boleh diterima.

”Memberi laluan percuma kepada PAS di PRK Chempaka bukanlah menandakan Umno sudah mengganggap PAS sebagai sahabat,” kata Tuan Ibrahim yang bakal mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden pada Jun dalam satu kenyataan hari ini. – 14 April, 2015.

4 ulasan:

  1. Salam Bro,jangan mengharap sangat budi orang.Buatlah yang terbaik.Berkhidmatlah kepada rakyat kerana Allah.Tak perlu minta simpati daripada sesiapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang kadang kita perlu kawan...tapi dalam kes ini, dah jelas PAS bukan menghargai pun budi baik kawan sesama islam....jelas sekali perangai PAS...langsung tak ada sikap berbudi bahasa sesama umat islam

      Padam
  2. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, dalam kes ini pas tak kenang jasa.

    BalasPadam
  3. Orang berbudi kita berbahasa.

    BalasPadam