Khamis, 9 April 2015

[SEBAR] BEKAS PEKERJA DEDAH COURT MAMMOTH BETAPA TERUKNYA PENIPUAN DILAKUKAN KEPADA PENGGUNA, TOLONG ALERT


Saya sebagai bekas kakitangan Courts Mammoth berasa begitu kasihan dengan pelanggan yang terperdaya dengan marketing dan janji-janji manis kakitangan Courts Mammoth.

Sememangnya Courts Mammoth mempunyai banyak option interest rate. Tetapi ramai pelanggan yang tidak tahu kerana tidak dijelaskan oleh kakitangannya.

Interest ratenya mengikut bulan, bukan tahunan. Contohnya 1%, 1.39%, 1.69%, 1.99%, 2%, dan yang paling tinggi adalah 2.369% sebulan. Memang tinggi, gila babi tinggi. Siapa-siapa yang buat 60 bulan, memang habislah.

Nasihat saya sebelum beli, baik survey dulu option interest rate. Memang ada option, sama juga bila beli motor daripada AEON. Kita ada banyak option rate, tetapi banyak pelanggan tak faham mengenai rate tsb dan langsung tak mahu ambil tahu pun. Yang penting, janji bulan-bulan bayar setakat mampu.

Bila dah tiga tahun bayar, barulah dia terasa lama. Bila check 60 bulan, AMEKKAW!!

Kadang-kadang pelanggan ghairah nak dapat barang, sampai sanggup tandatangan jer perjanjian itu ini. Kebanyakannya macam itulah.

Satu lagi kalau dapat kakitangan Courts Mammoth yang bangsat. Jenis yang memang tak kasihan pada pelanggan. Memang dia akan masukkan benda-benda mengarut dalam invoice.

Bayangkan kalau barang berharga RM200 masuk buat 60 bulan. Just tambah RM10 je sebulan. Pada pelanggan, RM10 itu tak nampak besar. Tetapi kalau kira balik dari RM200 jadi RM600, NONSENSE!!

Lepas itu, barang pula dia kata package sekali dengan barang utama. Memang kena kelentonglah. Kakitangan Courts Mammoth pula dapat imbuhan lagi dalam RM5.00 Kakitangan Courts Mammoth ini pun satu hal, dikejar sangat RM5 sampai teraniaya pada pelanggan.

Itulah sebab kenapa saya berhenti kerja dari Courts Mammoth. - JACKER

sumber

17 ulasan:

  1. Dah Kena dah pun. Nak buat camno, keperluan asas zaman modem ni. Tapi yang ni last lah, lepas ni tak nak buat dgn courts lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Padam
  2. Benda2 yg tak baik amalan sebegini sudah sepatutnya Kementerian Pengguna menguatkan lagi usaha mencegah penipuan. Ini termasuklah penggunaan GST 6%. Raayat sudah diperbodohkan dan dikencingkan oleh peniaga dengan tidak memansuhkan SST 10% dan terus mengenakan 6% GST. Inikah tujuan kerajaan mengadakan GST? Menambahkan untung lgi kepada peniaga dan rakyat telah menanggung harga termasuk GST. Minta lah kerajaan berbuat sesuatu. Mintalah resit yg dikeluarkan itu bertulis potongan SST 10% sekurang2nya selama setahun ini apabila harga telah ditetapkan stabil mengikut sistem GST. Lihatlah klu makan nasi beriani direstoran mamak diBangsar harganya RM13.50 dan air teh ais serta air suam RM2.50. Jadi harga makan adalah RM16.00. Ditambah GST 95sen. Jadi kena bayar RM16.95 sen. Sama ada SST sudah dipotong, tidak tahu sbb tak ada maklumat. Apa yg diketahui harga nasi beriani sama mcm sebelum GST. Tolonglah Tuan2 dari KPNKK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Report laa bodoo.... bleh kene saman satu barang 200k tuu...

      Jd pengguna bijak ... bukan penguna lembu...

      Padam
    2. Kerajaan kan dah kata apabila GST dilaksanakan maka SST automatik dimansuhkan laa.... mana boleh ada 2 cukai dlm satu barang atau perkhidmatan...jadi boleh la repot laa... maka jadi lah pengguna yg bijakkkk....

      Padam
  3. kita jgn mudah terpedaya dan seronok dengan bayaran bulanan yg rendah bagi tawaran bayar balik tempòh yg panjang terutama bila membeli kereta dan rumah.

    Sebelum buat pinjaman, kita perlu ambil tahu harga yg sebenar kita akan bayar bagi tempoh byr balik berbeza. Biasakan bertanya berapa bayaran bulanan untuk tempoh 5 th, 6thn dan 7 cthnya utk pinjaman beli kereta.

    Mudah saja...

    kita kira harga sebenar kita akan bayar utk jangkamasa yg berbeza. .

    Harga sebenar kita bayar = bayaran bulanan x jumlah bulan yg kita bayar(cth 72bln) + deposit. Jumlah itulah sebenarnya harga barang yg kita beli. Dan buat perbandingan dgn pinjaman 5thn dan 6thn.

    Jadilah pembeli yg bijak.



    BalasPadam
  4. dp memula ada dh mmg courts ni mnipu..dp tahn 80an lg.tu sbb jgn berhutang kalau x mampu..!

    BalasPadam
  5. Ni la bahana bila riba dianggap halal. Memang bagus berenti pun. Yg jerja bank riba pun bagus berenti juga. Lagi 1 jabatan2 yang cekik duit rakyat dengan cukai pelbagai. Berenti la woii.. ingat, duit tu x berkat...

    BalasPadam
  6. 6:52 beralas skit klu nk hentam org

    BalasPadam
  7. Nk beralas pe lg? Dh tentu rezeki tu syubhat. Ko nk ckp orang yg keja makan riba tu halal ker?? Byk lg keja halal. Yg cai syubhat wat per??..

    BalasPadam
  8. rocky the great brown unused dick says: kepada bekas pekerja Court mammoth, kalu awok berenti atas dasar keinsafan & tidak bersama riba; alhamdulillaah & syabas inspector sahab! Mere nam he.. jangan risau, anda berhijrah dari zalim kepada lebey baek, doa dan mintak pada Allah swt agar lu dapat kerja lebey baek; wa doa lu Insya Allah akan dapat kerja baek tapi bukan kerja dengan Aznil Nawawi ek

    BalasPadam
  9. Korang puak2 umno miskin padan dah keno gst dgn kerajaan. Keluar poket ko masuk poket menteri. Menti kata tq bro gua nk pegi melancong nl nk beli kereta baru. Lalu tepi ko naik moto tgh kemarau skrg...hoi bg laluan skit pd menteri! Dan ko mkn asap byk2. Mlm ni menteri mkn kat hotel, ada sponsor ko mkn megi dn roti gardenia yg dh kena gst lg tu. Xpe..br1m kan adoooo. Kak Mah tanyo apo kaborrrr..

    BalasPadam
  10. Ni apa cerita politik pulak ni....

    Courts ni kalau tgk bulan bulan bayar..mingguan memang la sikit...

    Ramai yg setuju nak sign sebab nak kan barang yg diperlukan. Contoh pindah umah baru.. set katil pengantin. Xnak kira guna kalkulator pun. Kalau dia kira guna kalkulator kat situ pun nampak banyak giler kena caj nyer.

    Pernah mntak nak beli cash. Kena brp percent tah kalau nak beli cash. Dia cakap prosedur.. lepas daripada tu i n my hubby say
    PANGKAH TERUS COURTS.

    Kesian kat org yg x mampu tapi namoak apa yg deme bayar sikit je bulanan padahal not worth it. Haiii... hopefully lepasni ada tindakan la pada lintah darat macam ni.

    BalasPadam
  11. Lain beli cash. Simpan duit sikit2 dah cukup baru beli x yah berhutang.

    BalasPadam
  12. Ya encik ada apa nak tanya. Itulah pertanyaan mesra yg akan anda terima sekiranya ke sana. Apapun carilah jurujual yg bertanggungjwb sehingga ker akhir kita dpt brg. Ni tidak suh dtg amik brg jumpa org len. Bila ditanya product knowlwedge cam ne nak guna. Duk suh org len terangkan. Interest tinggi ke biasa ke. Bila dh sign tanda setuju tak usah nak ngomel2. Kita byr baik2 mmg tak ada masalah. Klu bayar tunggak2. Kita jwb sendirilah. Cuba klu kita sendiri ada kedai buat ansuran byr. Mesti kita nak pelanggan duk byr canteek. Klu tak canteek kita pun hati tarak suka mau marah la.

    BalasPadam
  13. Saya pun salah seorang bekas pekerja Courts..sebenarnya ada banyak Package kredit yang ada..kita sebagai seorang pengguna, pergilah tanya memang 60 bulan tu lama tetapi bulanannya murah dan anda boleh buat ansuran dari 6 bulan hingga 60 bulan..sama jugak dgn syarikat credit yg lain cuma kena ingat..diaorang ni ada cover insurance pada barang termasuk kematian, kebakaran dan kecurian yg lain interest memang murah sikit tapi kemudahannya berbeza..yang pentingnya..apa yg kita bayar tu berbaloi ke dgn apa yang kita dapat..belilah dengan bijak....wassalam

    BalasPadam
  14. Kes Tribunal Penguna
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/kes-tribunal-penguna.html

    BalasPadam