Sabtu, 9 Mei 2015

BILA SYARIKAT MELAYU ISLAM DISABOTAJ OLEH BANGSANYA SENDIRI, SAYONARA TABUNG HAJI! SEDIH BILA SYAITAN MENJADI JUARA

Penulis mampu copy paste jer, cuma nak beritahu apabila syaitan sudah berjaya rosakkan Islam melayu, maka hancur leburlah kerana bersungguh nak undurkan ds najib cara rakus, penulis nak lihat, syaitan-syaitan ini gelaknya sampai bila?

TABUNG HAJI MENJADI MANGSA PERSEPSI SYAITAN

Nadzri Hamzah

Assalamualaikum Selamat Pagi. Selepas sebuah blog membuat pendedahan tentang pembelian hartanah di TRX yang dikendalikan oleh 1MDB oleh anak syarikat Tabung Haji iaitu Tabung Haji Properties, maka ramailah yang melompat dan segera menjadikannya sebagai satu persepsi yang Tabung Haji Properties telah bersekongkol dengan penyelewengan dan ketirisan besar.

Hartanah yang dimaksudkan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan rata-rata tahu, hartanah di Kuala Lumpur sangat berharga mahal terutama setelah dibangunkan. Bandaraya Kuala Lumpur bukan lagi seperti pada zaman Raja Abdullah mendarat di pertemuan Sungai Kelang-Sungai Gombak pada tahun 1857 membawa 87 orang pelombong Cina untuk membuka sebuah lombong di Ampang pada harga 30,000 ringgit pada waktu itu.

Pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji tiba-tiba menjadi perhatian besar dek kerana PARANOIA yang keterlaluan apabila melihat kemunculan perkataan '1MDB'.

1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Tabung Haji juga adalah syarikat kerajaan. Anak-anak syarikat Tabung Haji juga secara tidak langsung merupakan syarikat-syarikat kerajaan walaupun kaitannya mungkin sedikit berliku.

Overreaction merupakan perkataan paling tepat untuk situasi yang melibatkan Tabung Haji dan 1MDB sekarang.

Sudah berpuluh-puluh tahun Tabung Haji melabur dalam pebagai instrumen termasuklah hartanah bagi memastikan wang pendeposit berkembang dan bertambah. Dengan nilai wang yang mengalami penyusutan ekoran pertukaran asing, bermakna Tabung Haji perlu melakukan sesuatu bagi memastikan wang dan harapan para penyimpan tidak mengalami penyusutan.

Setakat ini, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam operasi utama mereka melibatkaan jemaah Haji dari Malaysia ke Tanah Suci Makkah dan urusan ibadah Haji.

Hanya kerana Tabung Haji membeli aset, dikatakan telah menjejaskan wang para penyimpan di Tabung Haji? Atau kerana Tabung Haji membeli aset dari 1MDB?

Berdasarkan maklumat, pemaju komersial dari Indonesia, Mulia Group telah dalam perbincangan dengan 1MDB untuk mengambilalih pembangunan Signature Towers 74 tingkat di TRX - pada harga RM500 juta dan perundingan dengan blok kedua yang ditolak oleh Tabung Haji dan didedahkan oleh pihak tertentu dalam sebuah blog. (RUJUK SINI)

Mulia Group dikatakan sudah hampir mencapai hasrat mereka memandangkan Tabung Haji telah menolaknya.

Mulia Group merupakan pemaju hartanah komersial terbesar Indonesia. (RUJUK SINI)

Sekaligus di TRX, dua buah syarikat pemaju hartanah - Lend Lease dari Australia dan Mulia Group - barangkali telah menyelewengkan wang mereka semata-mata untuk bail-out 1MDB sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji?

Perlu diingat, nama asal TRX adalah KLIFD di mana huruf 'I' membawa maksud International (Antarabangsa). TRX diwujudkan dengan hasrat dan sasaran menjadikan ianya sebagai sebuah kawasan antarabangsa dan mampu menarik pelabur-pelabur asing yang akan menempatkan syarikat-syarikat mereka di situ.

Adakah pembelian hartanah bernilai RM185 juta oleh Tabung Haji di TRX, mampu bail-out 1MDB sebagaimana yang didakwa?

Ada yang mempertikaikan, mengapa Tabung Haji membeli tanah TRX pada harga yang lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB dari Kerajaan. Mungkin sedikit sifir, boleh membuka otak masing-masing.

Andaikan seperti berikut:

Harga belian: RM320 juta

Kos untuk penempatan semula, pampasan, perancangan, pembangunan, pengezonan semula dan pemasaran, infrastruktur (jalan raya, jalan bawah, elektrik, air dan sebagainya) : RM2 bilion (kosnya besar kemungkinan jauh lebih besar)

Sekaligus kos tanah TRX kepada 1MDB : RM2.32 bilion.

Saiz tanah: 70 ekar.

Tanah yang digunakan: 70% atau 49 ekar (kerana sebahagian daripada tanah perlu digunakan untuk jalanraya, kawasan terbuka, fasiliti air dan rawatan air, substesyen elektrik dan sebagainya)

Tanah yang diperuntukkan untuk taman awam: 20 ekar
Tanah yang digunakan selain taman awam: 29 ekar.

Oleh kerana itu, harga bagi setiap kali persegi tanah TRX yang digunakan: RM2.32 bilion dibahagikan dengan 29 ekar = RM1,837 kaki persegi.

1MDB hanya didanai sebanyak RM1 juta secara tunai dan terpaksa meminjam dari bank. RM1 juta tidak mungkin dapat membayar yuran guaman bagi sesetengah projek hartanah.

Oleh kerana itu, seandainya kerajaan tidak membenarkan 1MDB buat duit daripada aset tanah, bagaimana mereka boleh mencari wang untuk membayar faedah dan pinjaman?

Agak malang kerana pihak asing melihat potensi besar TRX yang dirancang oleh 1MDB dan sanggup meletakkan wang mereka yang jauh lebih besar berbanding Tabung Haji pada harga tinggi yang telah ditetapkan oleh 1MDB sedangkan masyarakat Malaysia yang menganggap mereka lebih bijak pula, bertindak dan berfikiran sebaliknya malahan melihat ianya adalah satu usaha bail-out.

TH melabur dalam SATU hartanah menara kediaman di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta.

Syarikat asing beli tanah 1MDB = Salah/. Kata jual Malaysia.

Syarikat swasta beli tanah 1MDB = Salah! Kata kroni

Syarikat GLC beli tanah 1MDB = Salah! Kata bail-out.

Lebih baik tanah TRX itu dikhaskan untuk tanam jagung dan padi je.

TRX land tanam jagung dan padi = Salah! Kata govt stupid and waste prime land.

Eh people... When 1MDB set up TRX and Bandar Malaysia, the main idea was to plan, develop and sell the land to strategic investors to recover the interest costs and repay the loans. How else are you supposed to do that if you are only given RM1 million capital?

1MDB Real Estate Bhd is doing EXACTLY what they are supposed to do.

29 ulasan:

  1. Ko ni tak habis2 bangang....Yg org pertikaikan !MDB adalah hutang sampai 42 billion...kemana duit hutang itu dibelanjakan....memng le modal 1 juta jer.....Bila hutang 42biliion tetapi pembelian semua asset termasuk tanah cuma lebih kurang 17 billion jer....so baki cash hutang mana...buat joli ker ..takkan kos operasi sampai puluhan billion......Buka minda skit.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ko pulak, bangang jugak. dalam post kali ini, cerita pasal anak syarikat tabung haji beli tanah TRX dari 1MDB, bukan cerita pasal 1MDB. baik ko buka minda jugak, tahu tajuk yang orang dok bincang. (orang cerita pasal berak, ko datang sampuk cerita kentut...)

      Padam
    2. rakyat prihatin9 Mei 2015 11:42 PG

      Tanpa Nama 10:00pg

      Tanpa nama nama di atas menyoal perkara pokok yang menjadikan 1MDB digeruni apabila melibatkan Tabung Haji. Pengurusan duit diragui, faedah yang melampau tinggi, pembelian IPP yg aneh dll. Jika persoalan yg Tanpa Nama di atas dpt dijawab, maka kuranglah skeptikal rakyat pd 1MDB.

      Utk menyelesaikan masalah, kenalpasti perkara pokok yg menjadi permasalahan berkenaan.

      Perlu diingat, yg bising2 ni bukan semuanya pencacai pembangkang. Tapi kami sayang, Agama, Bangsa, Negara dan UMNO juga.

      Padam
    3. Pemberi pinjaman pada 1MDB kira lagi bangang ,sebab sanggup beri pinjaman sampai 42 billion tapi asset yg ada hanya 17 billion.Rasanya elok kau ni pi minta kerja sebagai penguru dana luar negara atau dalam negara yg bagi pinjaman tu,kerana lebih cerdik dari mereka. kau faham ke maksud aku ni?.Kalau kau tak faham ,maknanya kau adalah sangat bangang.Pinjam beli proton pun 10,20 ribu setakat full loan saja mereka beri,itu pun kena kerja gomen,Ada si bahalol macam kamu yg percaya pinjam 42 billion utk assets bernialai 17 bellion saja.Bodoh sungguh, di perbodohkan oleh Mamak Kutty.

      Padam
    4. Memang hang nie kepala screwed!!! Bagang of the highest degree. Ini pencerahan yang baik dan intellectual. Tapi orang yang bangang sudah nak faham dan terima kerana hawa nafsu dia serupa setan.

      Padam
  2. Pecacai Najib terus memberikan hujah tahap longkang di mana-mana artikel mengenai 1MDB, hujah bodoh tahap longkang mereka itu hanya menyerlahkan kedunguan mereka sahajalah, rakyat akan makin jelas, kerana makin dungu mereka beri komen, makin terdedah penyelewengan dalam 1MDB yang makin hari makin terbongkar.

    Isunya adalah kerugian kepada negara, kerugian kepada rakyat yang mana berpuluh wang yang diselewengkan itu patutnya digunakan untuk pembangunan negara dan pembangunan untuk rakyat, tetapi hancur lebur begitu sahaja.

    Kalau wang Najib, wang Ahmad Maslan, wang Rosmah, wang Shahrir Samad, wang pengampu dan pembodek Najib, wang tukang jawab dungu belaan Najib nak melingkup pun, lantaklah itu wang mereka, tapi ini wang untuk pembangunan bagi rakyat, berpuluh bilion ringgit hancur lebur begitu sahaja, ini sudah keterlaluan, ini sudah melampau, ini sudah sangat teruk dan begitu dahsyat dan tidak boleh diterima.

    Kepada tukang jawab dungu belaan Najib, sudah-sudahlah menipu diri sendiri, hanya manusia yang rendah moral dan tak ada maruah sahaja yang sanggup menyokong kepalsuan yang hakikatnnya dia dah tahu pun pasal kepalsuan tersebut. Sedarlah diri.

    BalasPadam
  3. Bagi fakta persepsi, seronoklah, yg diserang tabung haji, bodoh namanya, 1mdb siasat pun blm hbs lg, jd bodoh mcm syaitan me bodoh mcm iblis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rakyat prihatin9 Mei 2015 11:46 PG

      masalahnya rakyat tak tahu bila tarikh siasatan akan selesai. jika kerajaan dapat beri anggaran tarikh penyelesaian siasatan, kurang la sikit kekusutan dan kebimbangan kami ni.

      bagaimana dgn "TUDUHAN" Tun Mahathir berkenaan pengadu yg dimufliskan dna rumah diselongkar?..bukankah itu menambahkan persepsi negatif pada pihak kerajaan?. mengapa tidak dijawab oleh pihak kerajaan terhadap "tuduhan" Tun Mahathir secara pantas?

      Padam
    2. rakyat prihatin9 Mei 2015 11:51 PG

      bagaimana pula dgn 2 org UMNO yg berkuasa di TH juga mempunyai jawatan dlm 1MDB. Bukankah ini menambahkan lagi rasa sangsi rakyat?

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Admin nii dah dapat imbuhan kot...

    BalasPadam
  6. Pm kasi resign shudah..sbb bodoh..pembangkang lemah pun x blh menang.Kalo ada sindrom takut bini habis lah!!

    BalasPadam
  7. Tu lah masaalahnya jika penasihat Pm semuanya terlalu terror.blogger yg ampu Pm pun dungu.Dah tau isu 1mdb x selesai..gst pun kelam kabut.Dok gatai nk beli tanah time isu tgh pns apahal lah!

    BalasPadam
  8. Tu lah masaalahnya jika penasihat Pm semuanya terlalu terror.blogger yg ampu Pm pun dungu.Dah tau isu 1mdb x selesai..gst pun kelam kabut.Dok gatai nk beli tanah time isu tgh pns apahal lah!

    BalasPadam
  9. Shamsul Annuar....saya sangat bersetuju dgn komen anda.

    Najib apa kau dah buat sampai maczm nie sekali?

    Kenapa report Ketua Audit Negara lambat sangat?????

    Ada masalah besar ke nie?

    BalasPadam
  10. Beginilah jadinya apabila memuja punggur. Syaitan pun ambil kesempatan menunggu punggur menghasut pemujanya. Jadilah punggur itu berpuaka. Ranting & dahannya yg rapuh menimpa pohon dibawahnya yg sedang berputik. Punggur berpuaka bimbang putik itu jika masak akan lebih manis & harum dari buahnya dulu.

    BalasPadam
  11. Isu 1MDB mmg cukup top sekarang. Tindakan TH melabur x salah. Tapi kalau membeli aset dengan harga yg tinggi dari pasaran....apa kejadahnya.? Mau x mau anda terpaksa menerima hakikat. Pelaburan telah dilakukan dan ianya pasti berkait dengan isu pembayaran 1MDB kepada pihak bank. 1MDB adalah pesalah utama dalam isu ini dan arahan siapa yg memungkinkan TH terpaksa melakukan pembelian ini????

    BalasPadam
  12. rakyat prihatin9 Mei 2015 11:58 PG

    Lagi satu mcm mana rakyat nak percaya dgn kenyataan kerajaan sedangkan sudah jelas ditipu dlm isu GST. Jgn lupa kerajaan kata byk barang akan turun harga atau kekal harganya selepas GST dijalankan. hanya sstgh harga brg yg akan meningkat. tapi yg berlaku sebaliknya. Ini juga mempengaruhi persepsi rakyat dlm melihat bagaimana 1MDB beroperasi.

    Manusia ni kita kena ingat, bila buat baik byk kalipun, kalau terbuat kesilapan sekali yg silap itu yg akan dihighlightkan. Ini pula kesilapan besar yg melibatkan kantung rakyat. fikir-fikirkanlah Tuan Blogger.

    BalasPadam
  13. Kau orang bacalah dengan fikiran terbuka. Aku sokong admin. Antara 1MDB ngan THP x de bail out apa2 pun. THP ambil peluang untuk buat pelaburan bangunan di kawasan stretegik. Ia dijangka menguntungkan THP dan keuntungan tu untuk peneposit juga nanti.

    BalasPadam
  14. Saya sokong thp. Hanya urusan sebegini mcetuskan isu yg tidak baik utk thp. Seharusnye thp menjauhi dri tjebak dgn urusan yg bsankut paut 1MDB. Walaupun ia boleh mdatankan long term profit. Anytin to do wt 1MDB secara automatik akan diragui oleh rakyat. Cam mane bagus sekali pun idea PM dgn segala crita2 negatif sjak akhir ini it wont help. So PM you hve speak out jelaskan segala nye otherwise.......you should know wat your own ppl want....leave d ofc.

    BalasPadam
  15. Nak hidup... terpaksa sokong di mulut, di hati...emmmmmm. Bilangan Ketua Bahagian,Tim Ketua Bahagian dan AJK2nya berapa kerat sangat. Tak payah tunggu PRU 14......PRK Permatang Puah dan Rompin dah menunjukkan kuasa rakyat bukannya KUASA UMNO. Walau pun media perdana dan internet digunakan, ahli PAKATAN tidak khianati perjuangan mereka.Isu hudud gagal memecahbelahkan mereka. Slogan ABU (asal bukan umno) menampakkan kejayaan mereka. Slogan Rakyat didahulukan ,Pencapaian diutamakan sudah basi.......... Apatah lagi ayat berbentuk arahan ~ rasai denyut nadi rakyat ~ sudah dikesan oleh rakyat sebagai mainan lidah .Kepala rakyat berdenyut-denyut terbeban dengan GST,isu 1MDB,T Haji.......Jika mau negara berpendapatan tinggi,pendapatan rakyat juga harus tinggi.Gaji minima mendapat pujian tapi sekarang GST meragut sebahagian gaji minima yang diterima.Tak mustahil slogan pakatan INI KALILAH akan menjadi realiti pada PRU14. LAIN KALILAH akan berkubur. Jangan fikir rakyat bodoh macam dulu....apa yang pemimpin kata mesti ikut... Musabahlah......

    BalasPadam
  16. Ternyata penulis diatas tidak tahu mengenai corporate governance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer citer sikit apa corporat gorvenace tu?.kat mana salahnya dari segi corporate governance dalam deal TH dan 1MDB ni.tak ada study paper ke,tak bawak ke BOD ke,tak dapat kelulusan ke,,tak ikut peraturan ke,atau tak boleh untung ke projek tu nanti atau ada rasuah dsb.Buktikan lah dimana-man poin yg tak kena dgn corporate governance yg kau maksudkan.

      Padam
  17. Aku ni dulu penyokong Nuar,sekarang ni tak masuk pihak mana,cuma bila tiba pasal TH dan 1MDB ni,aku nak buat kenyataan sikit.Bagi aku penyokong Mahahtir memang tak ada otak ,main ikut je cakap Mahahtir,ides sikit habuk tak dak,terus ulang pertanyaan Mahahtir,walau pun dah di beri jawapan berulang kali oleh penyokong Najib,pertanya yg sama terus belegar,ertinya merka ni bodoh,tak mahu belajr ,tak mahu baca fakta orang.Tidur nyeyk bersam mamak tua ,yg rumah dah kata pergi ,kubur dah kata mari.Otak sendiri tak dak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyokong najib mmg berotak, cgpa 3.85 mad maslan, hasan malek, hishamudin kah kah kah..org tua tu saje ker ke kubur?!..ngko da mampos sok.krmane pulak..lubang batu caves?!..kah kah kah pemimpin dah ler bangang..macai level.kangkung!!

      Padam
  18. Tak sungguh tqk kata..
    Tahun2 sebelum ni TH boleh bagi dividen kpd
    penyimpan dan juga pelabur..semua dah merasai nikmat keuntungan dari kerja keras TH. Dari pemberian subsidi hinggalah ke dividen semuanya adalah hasil dr pelaburan TH. Jika TH tidak ada pengembangan perniagaan mustahil kita semua akan dapat hasilnya. Bg pendeposit yg ingin keluarkan wang mereka dr akaun TH..anda sbenarnya mbuang masa..TH yidak akan ditutup jika semua deposit simpanan dikeluarkan..spt yg kita maklum,TH mpyai pengasingan akaun yg sistemetik..mereka tidak akan rugi.sebaliknya rakyat yg akan rugi..semua perbelajaan akan ditanggung sendiri.pengurusan haji para haji di urus sendiri..kos tunai haji akan lebih bertambah dan pelbagai lagi..keadaan ini akan blaku sekiranya TH tidak ada keuntungan dlm pelaburan.
    Jadi..fikirkan lah mana yg lebih baik.
    TH di bawah kerajaan.
    1mdb di bawah kerajaan.
    Jd apa salah TH dengan membeli tanah yg akan mebawa pulangan yg baik..itu semua rakyat/pendeposit juga yg akan dapat.

    BalasPadam
  19. yang sokong sangat 1mdb yg hutang berbilion tu kenapa?? yg sokong sangat beli rm188 juta dan jual balik untung 5juta je tu kenapa?? ...pening pening

    BalasPadam
  20. Aku sokong najib.... aku sokong najb.... ha..ha.. ha..

    Sape nak kaya ikut najib... ha.. ha.. ha..

    Sape nak ikut Madet kering le bersama anak2nya yang semakin kureng duit..

    BalasPadam
  21. Tak perlu pening2 ,tak perlu bising2 ,semua nya sudah ditentukan oleh Allah,isu 1 MDB ni tak akan ada kesudahan kalau semuanya tidak reti nak bersabar.kalau Kes Anwar tu berapa tahun tertangguh boleh pulak?Sabarlah...nak tahu keputusan samada fitnah si pembangkang tu betul ke tak? Atau apa yang diluahkan Tun tu ada fakta ke tak ,sabarlah.

    BalasPadam