Ahad, 17 Mei 2015

Parti melayu Islam bakal berpecah, dap senyum lebar

Nampak gayanya, kita terimalah hakikat, parti besar orang melayu iaitu umno dan pas diambang perpecahan kronik, pkr tidak hairan sebab dalam parti mereka yang ramai bukan orang melayu.

Jadi siapakah yang paling beruntung dalam pasca perpecahan ini? Sudah tentu dap, sudah gerakkan jenteranya mencari pengundi baru, malah mereka merekrut anak muda orang melayu untuk memperkukuhkan parti mereka di pru akan datang.

Nampaknya keadaan tidak terkawal bila Tun Mahathir sudah declare war dengan Ds Najib, maka perpecahan ini memang tidak boleh disorok lagi.

Pas pula dengan gerakan menolak hadi awang secara sulit juga semakin terserlah, malah menguburkan pro ulama juga semakin tersusun.

Penulis hanya tertanya, adakah ini berakhirnya politik untuk orang melayu?

Walau sudah pasti ia tetap akan berlaku di pru 14 nanti, apa kesannya selepas itu? Kesat ketiak lalu cubalah bau.

Sekian.
Headbomb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan