Selasa, 5 Mei 2015

PRK ROMPIN, CITA-CITA PAS MERAMPAS PARLIMEN ROMPIN MUNGKIN HANYA CERITERA KLASIK SAHAJA!!


hari ini hari mengundi di prk rompin, corat coret di hari mula penamaan calon sehingga hari ini berkemungkinan jawapan yang di anggap sudah ditentukan, bn mungkin akan menang, pas juga sedar parlimen rompin bukan mudah untuk dirampas kerusinya.

mungkin kurangkan majoriti membolehkan pas gembira tidak terkira, tetapi hakikat di prk yang telah berlangsung baru-baru ini pun banyak undi merosot kerana prk pengundi luar jarang nak turun, kiranya mungkin juga cuti di hari biasa agak sukar untuk majikan swasta.

tetapi melihat cara kempen parti yang bertanding, nampaknya bn sememangnya kita tahu agenda membantu rakyat itu sesuatu yang wajib, rumah mampu milik FELDA generasi ke-2 pada mulanya harga yang nampak macam mahal, rm120,000 diturunkan dengan harga rm90,000.

bertuah orang FELDA, itupun agenda pas katanya nak selamatkan FELDA, selama ini apakah yang telah pas selamatkan untuk kebaikan FELDA?

realiti ladang rakyat tidak boleh disorok, alasan paling hebat, kerajaan umno telah sabotaj, itu sahaja modalnya, umno sini umno sana.

jadi hari ini penentu adakah BN akan menang dengan majoriti besar atau majoriti kurang sedikit, untuk kalah rasanya tidak logik kot.

1 ulasan:

  1. UBN perlu selidik dan ambil perhatian di pusat2 undi UBN kalah atau majority yang sedikit. Cari silap dan ambil tindakan segera untuk kembalikan sokongan kepada UBN. Jangan biarkan virus islamphobia kiblat pas berterusan tanpa disekat. Modus operandi yang pasti mereka guna ceramah dan tazkirah di masjid dan surau untuk sebar fitnah dan dongeng politik. Tak kan orang UMNO nak biarkan? Ini pesanan kepada MP Rompin dan juga MB Pahang. Rasa-rasa Nye sudah cukup matang tukar MB Pahang lah. Terlalu ranum dah jadi membusuk.

    BalasPadam