Jumaat, 8 Mei 2015

taktik berperang bukan semata-mata kita ada senjata yang hebat!

Penulis bukan seorang penganalis politik, tetapi penulis hanya orang biasa, rakyat biasa serta mengakui realiti tidak boleh ditutup dengan persepsi jahat hanya dengan berlawan fakta.

Umno dihimpit pelbagai kontroversi dan cabaran, selepas pru13, harapan untuk mengembalikan kegemilangan nampaknya agak sukar, liabiliti serta persepsi dimain pembangkang memang sangat berkesan sehinggakan sesuatu isu dibangkitkan pembangkang, orang biasa atau rakyat marhein turut serta mengikuti wave persepsi itu.

Maklumat duhujung jari, senjata pembangkang cukup licik menggunakan teknologi dalam meluaskan pengaruh mereka.

Tetapi dipihak BN, agak menyedihkan sehingga kini tiada satupun ikon atau leader cyberwar yang digerakkan untuk meneutralkan persepsi pembangkang.

Anda bayangkan, orang muda sudah melekat dalam minda mereka dengan jenama serangan mereka terhadap BN, ayat seperti rosmah boros, kerajaan zalim, menipu rakyat, rosmah shopping, jet najib, umno parti rasuah.

Ayat serta tagline ini sudah menjadi sangat viral di media cyber, melihat situasi ini, pengneutralan wave fitnah dibalas dengan counter fitnah untuk memberi fakta nampaknya sangat gagal.

Zaman pru13 dulu, unit maya seperti umb, nadi rakyat, blogger-blogger hebat seperti papagomo, parpukari, rbf, dr mim, team blogger Kedah, Selangor, Perak, Penang dan banyak lagi team hebat-hebat yang ada bergerak dalam satu unit dalam membalas kembali asakan fitnah pembangkang, malah disebut-sebut nama setengah blogger oleh media PR sebagai pengacau, ternganggu pemimpin mereka, sampai ada yang terpaksa buat sidang media untuk menafikan isu-isu berbangkit yang dimainkan media kita ketika itu.

Jadi kenapa pada ketika ini keadaannya sangat mendukacitakan? Penulis tak mampu nak cerita lebih lanjut lagi, cuma saranan penulis, bila berperang kita hanya suka bertahan-bertahan serta bertahan, percayalah bibit kekalahan muncul juga nanti.

BERKATA BENAR WALAU PAHIT

5 ulasan:

  1. Mokhzani Mahadey8 Mei 2015 11:15 PG

    Salam,

    Juga ucapan TAHNIAH kepada Ayahnda Tun Mahathir Mohamed kerana turut sama-sama membantu berkempen untuk memenangkan PKR-Wan Azizah dan menjatuhkan undi PRK Rompin.. begitu bersungguh pra-kempen untuk jatuhkan Najib..seterusnya UMNO BN...

    TAHNIAH Tun.. jasamu amat2 dikenang.. teruskan usahamu Tun.. sikit je lagi nak berjaya jatuhkan Najib.. jangan putus asa Tun... PRU14 boleh lancarkan serangan dari sekarang..

    Best Trojan Horse EVERR... by old man of UMNO..

    By :

    Madaey Kutty Fan Club..

    May 8, 2015 at 1:20 AM
    Azizan said...
    Permatang Pauh membuktikan UMNO kekal lembik dan bodoh, GAGAL dalam strategi menangkis propaganda dan perang saraf PR.

    Berjayanya PR khususnya PASngok dan PGayR hanyalah bertalian hayatkan isu-isu nasional yang gagal di terangkan dengan bijak oleh UMNO BN

    Isu Felda, GST, 1MDB.. terlalu susahkah UMNO.. khususnya Najib nak jelaskan dengan ayat2 mudah seperti ceramah... ayat2 org kampung mudah faham.. untuk tangkis fitnah dan propaganda PKR dan PAS?

    cuba fokus serangan pada PKR dan PAS dulu... fahami strategi mereka.. gaya dan black ops mereka.. then baru serang balas.. usah fikir DAP lagi..

    Bagaimana mereka hidupkan isu nasional dlm jiwa pentotok mereka sehingga rumah sendiri senget pun takpa..Anwar tak jenguk pun takpa.. janji UMNO mesti tumbang.. apakah resepi mereka??



    Berkali-kali PRK dan PRU tapi pemikir dan pelaksana dalam UMNO BN tetap lemah membaca dan memahami keadaan otak pentotok PR.. khususnya PKR dan PAS.

    Mereka telah ditanam dengan amat SUBUR doktrin -ASAL BUKAN UMNO BN- tanpa PR perlukan apa2 modal besar untuk taburkan kepada penyokong mereka..

    sebaliknya hanya dengan stratgei menjawab dan mengisi minda penyokong mereka secara berterusan. Melalui media mereka.. cara mereka mengeksploitasi satu2 isu nasional amat bijak..

    MALANG.. org2 UMNO atas2 ni PEKAK BADAK.. tak reti2 nak jawab secara perang saraf..

    Contoh : bila kalah BN hari ini.. Statement pemimpin UMNO.. stereotaip.. defensive.. lemah lembik..

    cuba lihat ayat2 pemimpin pembangkang bila mereka kalah? mereka tidak menjatuhkan moral penyokong dengan menyalahkan diri mereka..

    sebaliknya mereka akan terus mengapi dan menanam saraf yang lebih kuat.. menyalahkan lawan mereka seperti pengundi hantu.. SPR.. Polis.. Rasuah BR1M... betul atau tak isu soal kedua.. tapi strategi moral dan perang saraf mereka cukup kuat berterusan..

    UMNO BN?? lembik.. Media tak digunakan.. ayat2 yang menjawab tuduhan dan fitnah seperti skrip budak tadika.. tidak tajam.. tidak ada kreativiti melawan gaya serangan PR..

    Contoh, bila BN kalah hari ini.. setidak2nya Najib atau Muhyiddin kena 'kering' lidah sikit sebut..." PR memenangi PRK Permatang Pauh dengan propaganda fitnah yang penuh jahat kepada UMNO BN dan ketaksuban yang ditanam membabi buta.."

    bukan dengan ayat... begini.. " Kita Terima Kekalahan dengan hati terbuka..Kita kaji kelemahan.. Jentera kita tidak cukup kuat berkerja.. kita kurang..itu.. kita kurang ini..." UWEEEKKKKK... pondan nk lawan jantan...

    gaya UMNO mcm PONDAN.. itu pasal kalah hanya dengan mainan propaganda fitnah.. PR tak perlu buat apa2 untuk majukan rakyat.. hanya cukup dgn modal air liur busuk memutar alam ... jadi apasalahnya BN guna semula modal tersebut disamping buat jasa pada rakyat.. baru buku temu ruas...


    Najib.. Muhyiddin.. dan pemimpin2 UMNO sudah expired... takde taring lagi... sikit je kena cucuk.. kena fitnah.. kena saraf habis gelabah tak tau nak serang balik... lumpuh semuanya.. simpanan tetap pun boleh mula hangus..


    itulah UMNO.... buat baik beribu pun tapi tak bijak melawan fitnah..akhirnya makanlah dengan fitnah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 100% Setuju dengan pendapat diatas. Najib kena tegas dan jadi panglima petang. Bukan lembut dan lembik.

      Padam
  2. Saya setuju dengan pendapat tuan

    BalasPadam
  3. Najib n penasihat2 boleh blahhh.ayuh mahathir teruskan 'serangan' yg pedas....

    BalasPadam
  4. dah lama dah....agaknya bila bn jadi pembangkang nanti baru nak buat.....

    BalasPadam