Jumaat, 19 Jun 2015

APAKAH AZMIN BAKAL MENJADI MENTERI BESAR PALING SINGKAT DALAM SEJARAH?

Sebenarnya dalam pakatan, yang membuat keputusan bukan dari pemimpin melayu, bukan dari ketua pembangkang itu sendiri, tetapi dari ketua besar kepala iaitu dap, lim kit siang dan lim guan eng, secara total merekalah paling berkuasa menentukan siapa yang mereka tidak suka dipersilakan berambus.

Azmin juga tidak lari dari permasalahan menjadi pejuang yang kulup telurnya kepada dap, alangkah malangnya didalam pakatan tiada sekor pemimpin melayu pun yang berani nak beri pengajaran kepada mangkuk komunis ini.

Ada Anwar Ibrahim sekalipun belum tentu dapat menyelesaikan perihal keruntuhan dalam pakatan, pas yang dikuasai pro ulama pula bermain tarik tali dengan dap, dap sudah beberapa kali beri amaran, ugut, semualah, tetapi dipihak pas, acara main sorok-sorok tetap dipertontonkan supaya pemimpin dap jadi naik angin taufan untuk halau pas dari pakatan.

SMART GAME JUGA PAS NI, TAPI KITA LIHAT, ADAKAH DAP PULA YANG JADI SEWEL, ATAU PAS YANG JADI KARTUN ATAU PKR YANG KENA PERKOSA?


PAS DAN BN BOLEH BEKERJASAMA, WUJUD KERAJAAN PERPADUAN

Kerajaan per‎paduan PAS-Barisan Nasional (BN) di Selangor boleh dibentuk jika ada salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP atau PKR lompat parti, kata Utusan Malaysia.

Akhbar itu dalam kolum "Khabar Dari Negeri‎" memetik penganalisis politik, Profesor Dr Azizul Halim Yahya, yang berkata kedudukan gabungan 28 kerusi PAS-BN kini tidak cukup untuk menang majoriti mudah kecuali ada seorang daripada DAP atau PKR lompat parti dan menyokong kerajaan perpaduan itu.

"Begitu juga dengan PKR dan DAP jika bergabung pun hanya 28 kerusi dan memerlukan sekurang-kurangnya seorang daripada parti lain seperti PAS untuk lompat parti.

"Namun bersediakah Adun PAS terbabit untuk mencatat sejarah dalam politik sebagai seorang pengkhianat kepada parti sendiri," soalnya.

DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR (13), BN (12), dan Bebas (1).

Utusan berkata, kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah kerana mereka sudah ada perancangan rapi dan strategi merampas kembali Selangor.

Katanya, gabungan itu tidak bermakna PAS masuk BN kerana masing-masing masih belum mempercayai antara satu sama lain, tetapi kejujuran antara mereka boleh berjaya jika masing-masing berpakat dan berjanji.

"Bagi memastikan kerajaan bersama PAS-BN bersifat neutral, mereka boleh melantik Abdul Khalid yang kini adalah wakil rakyat Bebas sebagai menteri besar," katanya merujuk kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR.

Katanya, gabungan sedemikian pernah dibuat Parti Perikatan sebelum ini dan berjaya hingga negara mencapai kemerdekaan seterusnya ditukar nama sebagai BN.

Katanya, ini satu kelebihan buat PAS kerana parti Islam itu tidak mampu menang jika diadakan pilihan raya negeri, dan Umno kuat menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

"PAS pun mungkin melihat inilah satu-satunya pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk merealisasikan apa yang diusulkan dalam muktamar baru-baru ini," katanya.

Namun, katanya, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mungkin akan mengambil langkah membubarkan DUN dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, ia merupakan jalan terbaik memastikan pembangkang terus berkuasa memandangkang BN juga sedang berdepan isu MIC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Berdasarkan pemantauan dan pengamatan saya menerusi media sosial dan pergaulan, PKR masih popular di Selangor terutama di kalangan orang muda," katanya. – 19 Jun, 2015.

malaysian insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan