Isnin, 22 Jun 2015

Azmin makin tertekan, Dap bakal bunuh karier politik Azmin

Translation artikel How DAP is going to Kill Azmin
http://www.malaysia-today.net/how-dap-is-going-to-kill-azmin/
TAKTIK DAP BAGI MENYINGKIRKAN AZMIN Ali

Setakat yang kita semua lhat kini, DAP memang jauh lebih bijak daripada apa yang disangka Yang sebenarnya Azmin adalah target utama mereka, tapi DAP tidak boleh mengaku lagi. Jadi sebagai helah taktikal, mereka main kan pula isu Hudud dan mula menyalahkan Hadi dengan mengatakan Presiden PAS itu sebagai punca perpecahan di dalam Pakatan Rakyat – Dan Azmin yang menerima padahnya apabila disingkirkan dan diganti dengan Wan Azizah.

DAP di dalam media sosial sejak beberapa minggu kebelakangan ini, berkali-kali mengatakan bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang lah yang ‘membunuh’ Pakatan Rakyat. Tetapi yang peliknya di sini, DAP lah yang beriya-riya memutuskan ‘nyawa’ Pakatan Rakyat sementara PAS dan PKR masih lagi menafikan dan masih cuba menyambung ‘nyawa’ pakatan pembangkang itu yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

Nampak tak permainan dia?

DAP sakit hati dengan Hadi disebabkan Presiden PAS itu tidak menyokong ‘Kajang Move’ dan penyingkiran Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Hadi juga kemudiannya tidak menyokong perlantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.untuk menggantikan Khalid.

DAP dan PKR menginginkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid, namun Hadi memilih Azmin pula. Sementara DAP dan PKR menyerahkan hanya satu nama untuk mengganti Khalid sebagai Menteri Besar, Hadi pula mengusulkan dua nama, Azmin dan Wan Azizah.

Yang sebenarnya, Sultan Selangor, HRH ada calon ketiga, Iskandar Samad. Jika Hadi mengusulkan tiga nama seperti diingini Sultan Selangor, sudah pastilah Selangor kini mempunyai Menteri Besar dari ‘orang’ PAS. Akan tetapi, Hadi tidak melakukannya, beliau hanya mengusulkan dua nama, kedua-duanya dari PKR, tiada satu pun dari PAS, jadi keputusannya, Azmin lah yang dipilih menjadi Menteri Besar.

Pastilah, PAS, DAP dan PKR semua mengetahui tentang perkara ini. Semua juga tertanya-tanya mengapa Hadi tidak mencalonkan nama ketiga, Iskandar seperti yang Sultan Selangor mahukan. Kalau Hadi menurut titah Sultan masa ini, sudah tentulah Iskandar yang akan dipilih sebagai Menteri Besar, bukan Azmin.

Jawapannya mudah saja, Walaupun PAS boleh ‘merampas’ kerusi Menteri Besar Selangor dari PKR, tapi Hadi tak mahu lakukan itu. Jika diimbas kembali, lebih kurang sewaktu Hari Raya tahun lepas lagi, Hadi ada bersemuka secara peribadi dengan Sultan dan tindakan itu mencetuskan buah mulut di kalangan orang ramai. Tambahan pula Wan Azizah juga ada menghantar surat kepada Sultan untuk meminta diadakan pertemuan, namun permintaan Wan Azizah itu ditolak Sultan Selangor. Dalam masa yang sama, Sultan Selangor menitahkan Hadi ke istana untuk perjumpaan secara tertutup.

Pada asasnya, perjumpaan secara tertutup Hadi dengan Sultan Selangor ini diadakan untuk membincangkan soal PAS yang bakal mengambil alih kerusi Menteri Besar Selangor. Posisi Menteri Besar itu sebenarnya sudah ditangan PAS, namun Hadi memberikannya kepada Azmin pula. Isu Hadi memilih Azmin sebagai Menteri Besar Selangor ini tidak pernah dibangkitkan. Sebaliknya mereka mengatakan Hadi berkhianat kepada Pakatan Rakyat. Jikalau benar Hadi ingin mengkhianai Pakatan Rakyat, sudah pastilah beliau akan mengusulkan nama ketiga, Iskandar Samad kepada Sultan.

Tapi Hadi tidak melakukan itu, beliau hanya menyerahkan dua nama, kedua-duanya daripada PKR. Bercerita tentang Isu Hudud, isu ini hanyalah helah DAP sahaja, isu Hudud isu lama. Sasaran utama mereka adalah Azmin Ali. DAP mahu Azmin disingkirkan kerana keengganan Azmin untuk tunduk kepada kemahuan DAP dan geng Wan Azizah di dalam PKR.

Walaubagaimanapun, DAP tidak boleh menyingkirkan Azmin seperti yang mereka lakukan kepada Khalid. DAP pasti risau jika helah mereka terbongkar apabila terlalu menampakkan kebencian dan menuduh Azmin secara terus. Jadi sebagai taktik permainan mereka, DAP terlebih dahulu ‘membunuh’ Pakatan Rakyat dengan harapan ia akan menimbulkan krisis di Selangor.
Di Selangor, PKR hanya mempunyai 13 daripada 56 kerusi. Ini meletakkan PKR dalam kumpulan minoritI, bukan seperti kekuasaan PAS di Kelantan atau DAP-PKR di Penang.Jadi, tanpa 15 kerusi DAP, dan dua kerusi PAS, Azmin pasti akan terpaksa melepaskan jawatannya.itu.

DAP ada 15 kerusi, dan PAS dua kerusi, ditambah pula dengan 13 kerusi daripada PKR memberikan mereka 30 kerusi. Azmin pula memerlukan 29 kerusi untuk mendapat kuasa majoriti. Akan tetapi untuk mendapatkan 15 kerusi dari DAP dan dua kerusi dari PAS, Azmin terpaksa memilih untuk meletakkan jawatan dan memberikannya kuasa penuh kepada Wan Azizah.

Sehubungan dengan itu, Azmin akan melakukan perjumpaan dengan Sultan Selangor untuk menerangkan situasi ini. Jikalau Sultan Selangor tidak bersetuju dengan Wan Azizah sebagai ganti Azmin,ianyai pasti akan menimbulkan krisis Menteri Besar kedua di Selangor dalam masa singkat - hanya setahun dari krisis yang pertama.

Azmin tidak boleh memerintah Selangor sebagai Menteri Besar dengan hanya 13 kerusi. Azmin memerlukan  sekurang-kurangnya 16 kerusi. Sudah pasti lah, Hadi boleh sahaja meminta tolong PAS, namun beliau tidak akan dapat 15 kerusi. Paling banyak pun hanya boleh dapat 12 atau 13 kerusi. Itu belum lagi jika penyokong Khalid Ibrahim bertindak, pasti makin kurang kerusi yang akan Azmin perolehi. Apabila ini terjadi, sudah pastilah Azmin memerlukan bantuan daripada UMNO pula.

Masalahnya di sini Azmin tidak boleh mendapatkan 13 kerusi dari PKR jika beliau mendapatkan bantuan dari UMNO, paling banyak pun mungkin enam atau tujuh kerusi. Realiti disini, walaupun dengan bantuan UMNO pun Azmin masih kekurangan kerusi untuk memerintah.

Azmin kini semakin tersepit, bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak. Parti mana yang akan beliau pilih? Jika Azmin mahu terus berhubngan baik dengan PKR dan DAP, beliau memang perlu bersara. Jika Azmin mahu kekal sebagai Menteri Besar pula,beliau mesti meminta bantuan dari PAS dan Umno untuk lagi 29 kerusi.

Jadi, beginilah taktik DAP untuk ‘menyingkirkan’ Azmin dalam masa hanya setahun.
Baru-baru ini Perkasa Selangor ada memberi amaran kepada Pakatan Rakyat untuk tidak mengheret Sultan dalam krisis ini. Hal ini kerana Perkasa tahu yang akhirnya Azmin perlukan bantuan Sultan Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Oleh itu, jelaslah disini bahawa DAP memang lebih bijak dari sangkaan kita semua. Target utama mereka adalah untuk menyingkirkan Azmin. Kini lihatlah Azmin digantikan dengan Wan Azizah.
Akhir kata, Lim Kit Siang memang bijak, malah tak salah jika dikatakan dia sebijak Tun Dr Mahathir Mohammad, taktik beliau ini berjaya memperkotak-katikkan kedua-dua pemimpin parti pembangkang, Hadi dan Azmin.

http://www.malaysia-today.net/how-dap-is-going-to-kill-azmin/

2 ulasan:

  1. Orang Pas memang bodo..haha

    BalasPadam
  2. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    BalasPadam