Selasa, 30 Jun 2015

DAP DENGAN BUNGA-BUNGA PALSUNYA, MAKA AKAN TERSUNGKURLAH KUASA ISLAM MELAYU PRU14 NANTI, TAHNIAH!!


GERAKAN DAP makin melampau dan mereka sedang hebat mengambil kesempatan di atas kemelut yang sedang melanda bangsa Melayu dan partai-parti yang bertunjangkan kekuatan orang-orang Melayu malah mereka sudah terlalu jauh dengan mempunyai keberanian luar biasa menyerang kedudukan orang-orang Melayu serta agama Islam di negara ini.

Mereka bagaikan sedar Melayu sudah hilang kekuatan,sudah mundur semangat sahsiah serta jati diri sebagai orang Melayu yang dikatakan tuan kepada negara ini dan kerana itu mereka mula mencorakkan politik mereka apatah lagi bila ada sebahagian kelompok Melayu yang turut serta mempersetujui segala gerakan yang sedang mereka lakukan ketika ini.

DAP sudah tidak segan silu atau malu alah bila mereka menyerang institusi Beraja,kedudukan istimewa orang-orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan DAP berselindung disebalik dua tiga kerat Melayu yang semakin lupa diri serta asal usul mereka menubuhkan Sekolah Demokrasi DAP yang ditunjang oleh orang-orang Melyu sendiri.Mereka ini sanggup jadi alat,jadi barua,jadi perkakas dan tali barut DAP demi memungkinkan cita-cita DAP untuk berkuasa di Malaysia terlaksana.


Corak serangan DAP ini bagaikan mahu mengundang secara sukarela penentangan orang-orang Melayu terhadap gerakan mereka dan mereka bagaikan bersedia untuk menerima apa sahaja balasan dari apa yang sedang mereka usahakan ini termasuklah mengulangi kembali Tragedi Berdarah 13 Mei.

Orang-orang Melayu tidak boleh lagi bersandar kepada penentangan ala 13 Mei kerana sekiranya berulang kembali, kita pasti kemelut ini akan diturutcampur oleh kuasa-kuasa besar lain yang akan datang ke negara ini untuk menjarah kembali dan pasti kepimpinan negara akan bertukar tangan apabila negara-negara luar campurtangan dengan kemelut yang sengaja dicetuskan oleh parti chauvinis Cina DAP ini.

Kita percaya gerakan yang sedang mereka lakukan ini bukan kerana mereka DAP semata-mata tetapi amat yakin gerakan yang sedang dirangsangghairah oleh DAP ini bersumberkan daripada negara luar yang tidak senang dengan pemerintahan yang ada sekarang ini.

Mereka melihat DAP adalah satu-satunya parti yang mereka boleh perkudakan demi memecahbelahkan Melayu dan memberi jaminan sekiranya timbul penentangan terhadap gerakan ini hingga terjadi peristiwa berdah,mereka bersedia pada bila-bila masa untuk membantu DAP mencapai cita-cita menubuhkan kerajaan sebagaimana di Singapura. Ketika itu Melayu sudah hilang bisanya dan melayu akhirnya menjadi seperti Pak Kadok yang menang sorak tapi kampungnya tergadai.


Gerakan DAP ini lebih kurang sama dengan gerakan Yahudi yang mahu menawan Palestine dan atas sifat bangsa pendatang, DAP akan cuba mencari serta mencuti tanah orang lain yang akhirnya akan mereka akui bahawa itu tanah mereka walaupun hasilnya datang dari bentuk pencurian yang begitu terancang.

Nama-nama Melayu yang ada dalam DAP adalah melayu yang terlalu kecil jiwanya,yang mudah disogok dengan wang ringgit dan jawatan sedangkan tugasmereka hanyalah memecahbelahkan melayu untuk memudahkan mereka bertapak dan bila terlaksana cita-cita jahat DAP ini, anak-anak melayu yang bangga bertuankan DAP hanya akan kekal sebagai kain basahan semata-mata.

Kebelakangan ini orang-orang Melayu seakan dibuai persona oleh gerakan DAP bila mereka begitu terbuka memberi peluang kepada pemimpin DAP yang disanjung bila bersongkok,berkopiah malah memberikan ruang kepada pemimpin-pemimpin Cina untuk turut serta memasuki masjid hingga ke ruang mimbar bagi memberikan tazkirah.Kebodohan orang-orang Melayu sedang diperalatkan oleh Cina-Cina DAP ini.

Orang-orang Melayu menyanjungi DAP yang kononnya mereka lihat semakin dekat dengan Islam namun tanpa mereka sedar DAP sedang membutakan segala mata hati orang-orang Melayu kononnya untuk mereka dilihat lebih baik dari UMNO ataupun PAS sedangkan pada hakikatnya pada setiap masa dan ketika DAP secara perlahan-lahan sedang merobohkan benteng iman orang-orang Melayu.

Kita tidak menduga semudah itu orang-orang Melayu lupa sejarah DAP, lupa konsep Malaysia Malaysian yang DAP perjuangkan dari dulu,kini dan selamanya dan kita tidak menduga sama sekali betapa begitu mudahnya orang-orang Melayu ditipu dan diperdaya oleh DAP hanya kerana membaca sejarah Khalifah-Khalifah Islam yang dididoikan oleh DAP kononnya itu teras pentadbiran mereka.Tak sangka masih ramai lagi Melayu yang bodoh rupanya!

sanggah tok janggut

4 ulasan:

  1. Tengoklah cara-cara untuk MENJATUHkan IMDB, disyaki oleh DALANG dalaman-ejen-PENGGANAS KAPIRDAJAL-DAPBANGKAI/POKRSODOM (serta Tuan Barat/Zionis depa) - disyaki antara motif utama, adalah utk. memastikan HARTANAH IMDB di P. Pinang/Selangor diJUAL (tak tahu tanah mana, pd. siapa dan nak lantik pula perunding hartanah 'bebas' utk. jual - ya siapa agaknya tu)?! Lihat di -

    http://www.ismaweb.net/2015/06/ada-pihak-minat-beli-tanah-1mdb-di-pulau-pinang-selangor/ , Ada pihak minat beli tanah 1MDB di Pulau Pinang, Selangor, 1MDB akui kenyataan Tun M beri kesan kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi:

    KUALA LUMPUR, Selasa – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima beberapa cadangan untuk membeli tanahnya di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda.

    Katanya, cadangan itu susulan pengumuman syarikat pada 18 Februari lalu untuk menjana wang daripada dua bidang tanah itu melalui usaha sama atau jualan terus.

    Hasrat itu kemudiannya disahkan dalam pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, katanya dalam satu kenyataan di sini.

    “Oleh itu, 1MDB bercadang untuk melantik perunding hartanah bebas untuk membantu dalam mengkaji pelbagai cadangan tersebut. Pengumuman lanjut mengenai perkembangan terkini akan dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya........

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  2. Dahlah tu, mcmmanalah si PENGGANAS KAPIRDAJAL Anti-ISLAM/Melayu Pua-DAPBANGKAI-EJEN ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 tu boleh terlibat dlm. PACBANGANG ni - yg. patut diBUBARkan segera!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  3. Satu kunci kepada kekuatan orang Islam ialah perpaduan.

    Sekiranya semua orang Islam bersatu dan kuat, tiada kuasayang boleh mengalahkannya..

    Percayalah, kita kena mewar warkan semangat perpaduan..

    Parti UMNO dan PAS perlu bersatu, semua NGO Islam perlu bersatu..

    Parti PKR perlu dibubar, semua orang Islam dalm PKR perlu masuk semula UMNO atau PAS.

    DAP akan hancur secara perlahan lahan....mereka tak akan dapat tadbir negara ini..

    Kepada ahli politik, jangan ingat anda bangustapi sebenarnya bodoh melihat kehadapan terutamanya PKR pakrti yang banyak memecahbelahkan orang melayu...PAS sekarang dah mula insaf...syukur alhamdulillah...

    Semoga satu hari nanti kita melihat orang melayu dan Islam bersatu. Kuncnya ialah perpaduan. Permulaannya ialah penyatuan antara UMNO dan PAS. Allahu Akbar...Ameen.

    BalasPadam
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    BalasPadam