Jumaat, 26 Jun 2015

HARAP SAMAN SEHINGGA PUTUS URAT EREKSI SI PEREKA FITNAH 1MDB


Bukti Sarawak Report berniat burukkan kerajaan

KUALA LUMPUR – Portal kontroversi, Sarawak Report dan pengasasnya, Clare Rewcastle Brown, berniat mahu memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila sengaja melaporkan perkara yang tidak benar mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rancangan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri itu didedahkan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berdasarkan e-mel dan draf dokumen yang didakwa Sarawak Report kononnya bukti perjanjian antara 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi).

Menurut beliau, sekiranya Sarawak Report dan Rewcastle Brown tidak mempunyai sebarang niat jahat, portal tersebut sudah pasti akan memastikan kesahihan e-mel disalurkan bekas kakitangan PetroSaudi, Xavier Andre Justro, terlebih dahulu melainkan mereka sudah merancang perkara itu.

Katanya, pengesahan tersebut tidak sukar untuk dibuat kerana pada e-mel yang disalurkan itu jelas terpapar alamat internet protokol (IP) daripada pengirim tetapi Sarawak Report memilih untuk mengguna serta ‘mempercayai’ maklumat berkenaan bagi memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri.

“Sebagai pihak yang melapor­kan dan menuduh, beban pembuktian untuk mengesahkan sama ada maklumat diperoleh itu benar atau palsu terletak di bahu Sarawak Report. Saya tidak pasti sama ada Sarawak Report ada berhubung atau tidak dengan pengirim tetapi ia tidak sukar dilakukan.

“Pada e-mel tersebut jelas terdapat alamat IP tetapi cuba di­sembunyikan oleh Sarawak Report yang pada saya, ini membuktikan sebenarnya portal itu mempunyai niat untuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri,” dedah Cheng Guan di blognya http://datukhuan.blogspot.com hari ini.

Pembohongan mengenai isu 1MDB yang berulang kali dilapor­kan Sarawak Report dan kemudiannya dijadikan rujukan oleh pembangkang terbongkar selepas polis Thailand menahan Xavier Justro, atas tuduhan cuba me­meras ugut syarikat PetroSaudi sebanyak AS$2.66 juta (RM10 juta).

Hasil siasatan ke atas warga Switzerland itu seterusnya mendapati sebahagian e-mel dan dokumen yang ‘bocor’ dan disiarkan Sarawak Report sebenarnya maklumat palsu yang telah dipinda terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Cheng Guan berkata, dengan segala tuduhan berat yang dilemparkan terhadap 1MDB, adalah pelik untuk Sarawak Report mendakwa mereka tidak melakukan semakan terlebih dahulu, sedangkan maklumat berkait akaun bank serta nama individu tertentu terdapat pada draf.

“Kegagalan di pihak Sarawak Report untuk mengambil langkah-langkah proaktif tersebut dengan jelas mengesahkan portal itu tidak pasti kebenaran maklumat dalam dokumen dan tidak peduli sama sekali mengenainya asalkan boleh mencemarkan nama baik Najib, 1MDB dan kerajaan,” katanya.

2 ulasan:

  1. hahhaa..lawak2..kerajaan yg ada skang mana berani!!kes saman ngan pembangkang pn boleh settle luar mahkamah!!siap ambil gambar bersalam..haahaha...ni ak nk bgtau kerajaan skang ni KUAT SGT MELALAK TAPI HABUK!! ni ak bg contoh kau tolong jawab..SIAPA 3 DALANG RAKYAT MALAYSIA DLM KEA LAHAD DATU??MANA PENDAKWAAN PADA MAT SABU YG KECOH KATA SYIAH??...lain kali klu xcukup bukti jgn sibuk melalak..dah serupa anjing melalak..

    #telor
    #bacul

    BalasPadam
  2. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    BalasPadam