Sabtu, 27 Jun 2015

KRISIS AIR YANG MENYUSAHKAN RAKYAT BAWAHAN, KESIAN SAMPAI 9 HARI TAK ADA AIR DI BULAN PUASA INI!!

AIR OH AIR, SUDAH BERKALI-KALI DIBERITAHU, SELANGOR BAKAL MENGALAMI KRISIS AIR YANG TERUK, TETAPI PEMIMPIN MEREKA HANYA BERMAIN POLITIK, NIKMAT MENYONYOT JAWATAN SEMATA-MATA POPULAR DIMATA PENJILAT, SEDARLAH RAKYAT SELANGOR. SEDARLAH!! 



AIR TAK ADA, ORANG SUSAH JADI MANGSA – JOHAN

SEMENYIH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz kesal tidak ada pelan tindakan daripada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah air yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah mengeluarkan bajet yang besar untuk melaksanakan projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) tetapi setakat ini tidak menampakkan kesan.

Mengambil contoh Bandar Tasik Kesuma di sini, beliau memberitahu sudah masuk sembilan hari penduduk di kawasan itu tidak menerima bekalan air bersih.

“Ini adalah kawasan rakyat berpendapatan rendah. Bila air tiada, mereka yang menjadi mangsa kerana terpaksa keluarkan duit untuk beli air besih untuk minuman.

“Menteri Besar, Exco jangan pandai cakap sahaja. Turun padang, tengok sendiri kesusahan yang terpaksa dialami oleh penduduk di kawasan ini akibat ketiadaan air,” katanya pada pelancaran Program Prihatin Air Bersih Negeri Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihkan hampir satu ribu botol air bersih sumbangan Barisan Nasional (BN) Selangor kepada penduduk di kawasan itu.

Johan berkata, program itu diadakan atas kesedaran membantu rakyat di Tasik Kesuma yang sengsara hasil mainan politik kerajaan negeri Selangor yang menjadi punca berlaku krisis air.

“Ini bulan Ramadan orang nak masak. Macam di flat Tasik Kesuma sudah hari kesembilan tak ada air. Macam mana anak nak mandi, masak dan sebagainya. Kita boleh bayangkan kesusahan mereka.

“Sepatutnya kerajaan negeri umum jika berlaku catuan air. Sekurang-kurangnya mereka sudah bersedia. Ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Untuk meringan beban rakyat katanya, BN Selangor akan membantu dengan menubuhkan Jawatankuasa Krisis Air yang memantau masalah di setiap kawasan.

“Krisis air ni bukan tahun ni saja, tahun lepas pun berlaku juga tapi tak sehabat kali ni. Exco ni kalau tak ada kerja, baik berhenti. Saya tak nampak action plan daripada kerajaan negeri.

“Mereka memang tak bertanggungjawab. Untuk ringan beban, BN selangor akan bantu. Seperti program hari ini, setiap rumah kita bagi 2 botol air bersih,” katanya.

selangor post


3 ulasan:

  1. Si BETINA si KAPIRDAJAL PORNO-TERKANGKANG-GILA SEKS PKRSODOM ni takkan nak peduli masalah ORG. MISKIN, apalagi bila MAJORITInya BUMIPUTERA Islam/Melayu! inilah partiKEPARAT yg. asyik sibuk nak bela PUAKA HOMO dan BETINA PORNO/GILA SEKS mcm. dia sendiri - BUKAN bela RAKYAT, terutamanya yang MISKIN!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  2. Dia peduli apa. Rumah dia sentiasa ada air. Lg pun dia pakai tisu gulung. Cuba tanya dia, hutan simpan dia dah diteroka atau belum?

    BalasPadam
  3. Mami said,kesiankan bulan puasa tak ada air,marilah kita sama2 berdoa agar Allah menagkan BN pada pru 14 nanti sebab kita tergolong dari orang yang dianiaya oleh pemetintah iaiatu DAP!PKR dan PAS kat Selangor ni,banyak2 doa ketika sujud waktu kita buat solat terawih.amin semog aAllah kabulkan doa kita.

    BalasPadam