Jumaat, 12 Jun 2015

MENGAPA NAJIB DI SERANG BERTALI ARUS OLEH TUN M?

APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR?

Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri?

Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya.

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang". Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. –

Blog Najibrazak.com

17 ulasan:

  1. Ahhh najib kaki penipu dalam parlimen pun dah kantoi berbohong phhuuiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang merosakkan UMNO, ISLAM dan MELAYU bukan Mahatir tetapi NAJIB pahlawan bugis yang pakai seluar dalam perempuan.

      Padam
    2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Padam
  2. Boleh percaya ke Najib ni...

    Mula kata cash kemudian tukar pada unit selepas org dah tahu tipu.

    Mula kata Nothing2Hide... kemudian jadi Everything2Hide.

    Sejak Najib naik, kita sebagai rakyat sangsara
    1) Kenaikan semua harga barang disebabkan GST
    2) Kenaikan harga minyak
    3) Coming soon kenaikan tol
    4) Tipu kata harga kereta turun tapi bila tambah GST... rupanya lagi mahal sbb harga sparepart dan service mahal

    DASAR NAJIB PENIPU PENIPU PENIPU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasar pahlawan Bugis pembohong dan penipu.

      Padam
  3. Ingin nak memerhati berapa ramai kah Jemaah haji akan disponsor oleh 1MDB pada tahun ini. Tahun lepas jumlah 1,000 jemaah. Semasa jemaah pulang ketua rombongan membuat statement akan naikan jumlah kepada 1,500. Agak-agak sponsor mereka-mereka yang sedang menunggu giliran untuk pergi haji tidak terdetik rasa marah dan kecewa kepada 1MDB kerana telah songlap kuota visa haji yang begitu banyak sehingga pemohon terpaksa hilang peluang dan terpaksa tunggu lebih lama? Agak-agak 1MDB ALLAH tidak mengetahui kekecewaan dan doa mereka-mereka ini dalam hati? Dan adakah 1MDB ada ambil pusing kemarahan rakyat islam yang tertunggu ingin tunaikan haji dengan segera? Oleh kerana sponsor haji 1MDB datang dari pejabat PM DSN maka perasaan rakyat yang memohon tidak bernilai? Nah, ada kah ini petunjuk dari ALLAH? Kalau 1MDB/pejabat PM DSN teruskan lagi dengan depriving rakyat yang bersusah payah menabung......tunggu lah balasan ALLAH yang lebih dahsyat.....

    BalasPadam
  4. Aku lebih percaya cakap Tun M daripada cakap-cakap Najib.

    Sudah-sudahlah Najib, PRU 14 makin dekat, tanda-tanda UMNO akan bungkus makin nyata.

    BalasPadam
  5. Dalam entri terbaru Mahathir, beliau dgn terang menjelaskan isu 1MDB, nampaknya Mahathir lebih faham & teliti dari pahlawan bugis yg nampak gaya hanya mendengar penasihat2 nya. Duit dari Caymen yg dibawa balik & disimpan diSpura, mula2 cash & akhir nya unit. Nampak jelas ada yg tak kena. Ahjib gor jawaplah siapa Jhlow, Mat Said pun sudah bersuara, minyak Terengganu nak dicagarkan, semua ini dicadangkan oleh Jhlow pada kjaan...Najib kenapa diam, jawaplah. Betul kata Mahathir isteri-isteri PM Msia sebelum ini, kita tak pernah dengar isu cara hidup mewah.

    BalasPadam
  6. Kalu sekali pemimpin di tangkap menipu sampai bila2 rakyat takkan percaya. Tengoklah PERMATA, setakat TADIKA...tapi bajet beratus ratus juta. Apa cerita ni....Najib ingat rakyat ni bodoh kot? Aku rasa eloklah Najib letak jawatan sbb PRU 14 kami tak mau undi BN sbb BN dan UMNO adalah penyangak di siang hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, mari kita pakat undi DAP angkat Father Joseph Lim Guan Eng jadi PM Malaysia ke-7. Atau pun kaki peliwat pun boleh??

      Padam
    2. Kita tidak boleh angkat si kafir harbi dan si peliwat jadi PM Malaysia.Rosak Negara.Najib pun sejenis haprak juga.

      Padam
  7. Tengok dulu Laporan audit dan PAC baru buat komen. Komen lain hanya andaian bermotifkan sakit hati dan politik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa jual tanah pada tabung haji secara rahsia pun nak tunggu audit baru boleh jawab jugak ke ?

      kenapa banyak keputusan tak dirujuk ke kabinet pun nak tunggu audit baru boleh dijawab ke ?

      Padam
    2. Berapa lama mau audit daa.. macam ada problem jaa..

      Padam
  8. Sendiri punya otak ada, tapi buang duit rakyat berjuta upah PEMANDU tolol tolong pikir masalah negara. GST idea si peliwat direcycle bawa bencana pada rakyat. Timing salah, penguatkuasaan lembik.

    Layak digelar "Pondan Bugis" je. Elok benor berkawan dgn sepupu cium keris minta maap tu. Kekal Najib, PRU14 UMNO lingkup.

    BalasPadam
  9. ayoyo, tol mahu naik 30% oooo...
    sakit kepala sebab gst pun belum hilang , lagi tol mau naik!

    duit sudah habis buat tutup hutang 1mdb ?

    BalasPadam
  10. tol naik, harga barang lagi naik,..

    seksa hidup zaman najib ni !

    BalasPadam