Khamis, 18 Jun 2015

NAJIB JUGA KENA HENTAM BILA DIBERI BONUS RM500 KEPADA PENJAWAT AWAM!!


PUTRAJAYA - Susulan pengumuman pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk penjawat awam, ramai kakitangan sektor swasta meluahkan rasa tidak puas hati hati di laman sosial.

"Kakitangan Awam dengan Kakitangan MAS dua kali lima sama saja. Terlampau banyak tetapi hati tak ada. Lambakan hati itu sebab kerajaan mahukan undi sahaja,"

"Since hati is paying for GST, so government should not use that money for only penjawat awam la kan. Instead, duit itu digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan sebagainya that can benefit the whole rakyat,"

Inilah yang seringkali terjadi apabila penjawat awam diberikan bonus yang tidak seberapa dan boleh dikatakan hampir setiap tahun diberikan jumlah yang sama. Namun masih juga menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan sektor swasta.

Tampil seorang individu yang juga seorang penjawat awam meluahkan rasa kecewanya terhadap tanggapan negatif kakitangan sektor swasta itu.

"Aku anggap Bantuan Khas Kewangan RM500 yang diumumkan Najib semalam, adalah rezeki masing-masing. Soal sikap malas dan sebagainya, itu adalah masalah peribadi seseorang orang. Kerjalah di mana-mana pun, kalau dah malas, malas juga jawabnya. Jadi, tidak adillah kalau nak kata semua penjawat awam seperti itu.

"RM500, nak kata kami minta, kami tak minta. Malah, kadang-kadang kami sebagai penjawat awam pun malu apabila CUEPACS asyik meminta-minta secara melampau. Tindakan mereka itu seperti tidak tahu bahawa negara sedang dilanda masalah, tambahan ekonomi pula merundum walaupun suratkhabar/portal berita mengatakan ekonomi stabil.

"Tetapi, kami dapat RM500 ini pun sudah sangat bersyukur. Lepaslah nak beri sedikit kepada ibu ayah, anak-anak saudara dan anak-anak sendiri atau barangkali untuk orang yang lebih memerlukan.

"Elaun Imbuhan Tetap Perumahan dari RM180 ke RM300, hanya naik RM120 sahaja. Bila tinggal di kuarters kerajaan, elaun itu semua ditolak. Perlaksanaannya pula bermula 1 November 2015.  25% daripada elaun yang diberikan, bermakna sesiapa yang tinggal di kuarters akan dapat RM75 daripada RM300. Selain itu, Elaun COLA (Sara Hidup RM300) akan ditolak separuh apabila tinggal di kuarters kerajaan.

"Kalau kita kira kadar lama, RM180 + RM150 = RM330 dipotong dari elaun jika tinggal di kuarters kerajaan. Kadar terbaru bermula November 2015 pula RM225 + RM150 = RM375 dipotong dari elaun jika duduk di kuarters.

"Bagi mereka yang ada rumah sendiri, akan dapat penuh elaun tersebut. Untuk yang duduk di kuarters, lebih jimat sebab dengan kadar penolakan sebanyak itu, lebih murah jika dibandingkan dengan kadar sewa di luar.

"Tetapi ingat, tidak semua penjawat awam yang layak tinggal di kuarters dan juga tidak semua orang mampu beli/memiliki rumah sendiri. Tahap kemampuan itu kena tengok / ukur kemampuan sendiri. Barangkali boros, barangkali komitment tinggi, ramai anak, duduk di bandar besar dan macam-macam faktor. Semuanya di atas sikap dan keperluan masing-masing. Itu sendiri yang menentukan perancangan kewangan sendiri.

"Mana-mana yang lebih itu, aku anggap sebagai rezeki untuk aku, anak dan barangkali juga sebenarnya ia telah ditentukan untuk orang lain. Jangan ingat bila kita dapat lebih, ia hak kita 100%.

"Suami aku kerja swasta, gaji pun lebih kurang aku. Bonus pun tak tentu, ada, ada, tiada, tiadalah. Semua kami anggap rezeki. Tak pernah meroyan dan juga tidak pernah meminta. Bekerja ikhlas kerana Tuhan, inshaAllah Tuhan akan berikan kita ganjaran.

"Kadang-kadang rezeki itu bukan untuk kita seorang. Kadang-kadang rezeki itu untuk ramai. Kadang-kadang ujian Tuhan bukan dengan kesusahan saja tetapi juga dengan kesenangan.Dia cuma nak tengok seteguh mana keimanan kita dalam hal kerja pun, kerajaan ke, swasta ke. Kalau kita ikhlaskan diri kita bekerja, inshaAllah semuanya dipermudahkan," katanya

10 ulasan:

  1. woii aku pun byr cukai jugak apasal penjawat awam je yg dpt.. dah la penjawat awam keje mcm cibai.. ko ingat ko bg duit tu penjawat awam akan undi ko lah bongok.. cibai najib cibai penjawat awam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 2:06PTG, ko ni dah kenape? meroyan x tentu pasal, ni mesti kes interbiu nak keje gomen x lepas ni... x yah le bising2.. dah rezeki diorang nak buat camane... rezeki ko keje xde pun diorang bising2.. yg mcm cibai tu penjawat awam ke prestasi keje dia? byk dosa ko nak mintak maaf nanti tau... tu la org dah kata jgn ikut dakyah DAP, PKR dan PAS tu.. kan dah biol skrg ni... dah..dah.. pegi makan ubat...

      Padam
    2. puihh la...ko igt ko sorg bayar cukai ke jahnam...Bodoh tu simpan skit bagi kt anak cucu...jangan pakai sume..

      Padam
    3. Manusia 2:06 kat atas tu..kena jawab macam Tun M jawab kepada chegu Bad..TM kata jangan layan meroyan KUCING KURAP.

      Padam
    4. ingat nak BEDAL ko, tapi ingat ni bulan puasa, dh dekat buka puasapun. ko bayar cukai, peniaga bayar cukai, penjawat awam juga bayar cukai. kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam, so apa masalah majikan bagi bantuan kepada pekerjanya. kalau ko nak duit bantuan ke, durian runtuh ke dan sebagainya mintalah kepada majikan ko. kenapa nak salahkan kerajaan pulak? siapa majikan ko sekarang? baru sehari puasa otak dah tak stabil...

      Padam
    5. najib kata, cash is king !

      so dia belanja la duit kerajaan ikut sesukahati dia...mcm mak bapak dia yg punya.

      nilai ringgit dah jatuh merudum, barang kekal mahal, orang kampung, pekerja kilang dan swasta yg lain pun nak bagi cekik anak bini jugak !

      gst semua oang kena bayar tapi yg terima bonus dan bantuan lebih pada penjawat awam...

      buat hutang 1mdb berpuluh billion sampaikan bunga pun tak mampu bayar, ....berapa ramai penjawat awam berbanding rakyat marhain yang hidup makin melarat ni ??

      Padam
  2. Kalau hidup x tahu bersyukur inilah kerjanya salahkan orang lain je. Sendiri yg rugi. Hidup x berkat. Ada harta segunung pun rasa x akan cukup.

    BalasPadam
  3. Tak bagi kecoh, bagi kecoh.
    Dengan bonus ini, mereka akan berbelanja lebih.. yg untung peniaga juga, bukan penjawat awam sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg untung org yg dapat bonus dan peniaga laa...habis org mcm petani, nelayan, peladang , pekebun kecil serta pekerja2 kilang bawahan ni mcmana ?....tahan hati jer ?

      padahal golongan ni la yg banyak undi parti kerajaan !.

      Padam
  4. Tu lah sifat manusia. yang sentiasa tak berpuasti apa yang dimiliki.. kecuali ada sifat bersyukur je..

    BalasPadam