Selasa, 30 Jun 2015

PROJEK SWASTA BERNILAI RM10 BILLION LAGI PENTING DARI SELESAIKAN ISU AIR UNTUK RAKYAT!!

Mencari kekayaan, poket kena penuh, projek kena masyuk, tunjukkan kepada rakyat mereka memang menjaga rakyat, walaupun macam-macam masalah berat berlaku di Selangor, isu air yang tiada penyudah, adakah Azmin sedar di rumah flat yang tiada air, betapa susah rakyat marhein nak mengangkut air ke tingkat 5, ada yang tingkat 20 tingginya.

Isu sampah, denggi yang semakin parah, tidak sekor pemimpin pr pun peduli, yang mereka tahu, masalah tu nanti umno lah yang settlekan, kita cari sumber kekayaan jelah, pedulikan rakyat, nanti bila nak mengundi, kita kencing je mereka, kita sedia tahu, pengundi bodoh yang megundi kita cukup ramai.. padan muka umno.. mungkin ini ayat-ayat yang mungkin terlintas oleh pemimpin rakus pakatan rakyat.

Allah sudah menunjukkan kepada kita, tetapi kita tetap terperangkap dengan permainan jahat pr ni, apa nak buat rakyat Selangor yang suka, hadapkan jelah!!


SIBUK PROJEK SWASTA, RAKYAT DIBIAR TIADA AIR

SHAH ALAM – Rakyat Selangor akan terus berhadapan dengan masalah air yang tidak berkesudahan apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang telah diberi mandat oleh rakyat lebih memberi fokus kepada projek swasta bernilai RM10 bilion berbanding menyelesaikan keperluan asas rakyat.

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin secara sinis berkata, tindakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak ‘bersenjatakan’ gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini menunjukkan kegagalan demi kegagalan Azmin untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih.

Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini juga merasa kesal usaha beliau untuk menjayakan penyusunan semula industri air bagi menyelesaikan segala permasalahan berkaitan air dengan kerjasama kerajaan Persekutuan terbantut.

“Datuk Menteri Besar sekarang nampaknya terlalu fokus dengan DEIG yang baru sahaja ditubuhkan hasil pengubahsuaian Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

“Setelah berulang kali saya menegaskan tiada kompromi dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka bakal mengalami masalah bekalan air kritikal sekiranya Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) gagal disiapkan menjelang 2017.

“Saya yakin kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu,” ujarnya.

selangor post

4 ulasan:

  1. Projek Khinzir lagi penting pada Si Azmin...

    BalasPadam
  2. Nak kata apa..orang selangor yg pilih..angkat air tingkat 20..rasakan dan padan muka engkau orang.

    BalasPadam
  3. Tuailah hasil dari tanaman sendiri. Fikir sebelum buat lebih baik dari menangis air mata darah. Kipidap!!!

    BalasPadam
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    BalasPadam