Selasa, 16 Jun 2015

RAFIZI TAK NAK BUAT SIDANG MEDIA BILA ANAK SYARIKAT PKNS RUGI TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT, TONY PUA MANA?

ANAK SYARIKAT PKNS RUGI, INGAT YE PERKATAAN INI RUUUUUUGIIIIIIIIIIII..

Kalau tak faham lagi, rujuk kamus, sekiranya anda mengerti rugi jangan diumpil hanya kerajaan BN semata-mata, kerajaan negeri pimpinan azmin yang hebat pun tidak lepas dari kerugian bila anak syarikat kepunyaan kerajaan negeri PKNS, rugi tiga tahun berturut-turut.

Apa Rafizi jambu dan Tony Pua tidak mampu nak komen serta kritik kerana bilamana kepimpinan kerajaan PR, rugi, ohh itu biasalah, bisnes, tidak mengapa sebab mana-mana pun ada kerugian, tetapi bila ada syarikat kepunyaan kerajaan perseketuan, kau siap, ini semua kerana korupsi, rasuah, projek tidak telus, duit hilang, semua segala benak kepala bana tuduhan mereka keluarkan, segala atas bawah tonasi fitnah yang agak melampau mereka jaja.

Kepala bapak kau hijaulah Rafizi, kepala mak kau hijau lah Tony Pua. Double Standard!! 

Azmin mesti akan kata, ini semua legasi Khalid Ibrahim yang punya angkara, sebab dia baru sahaja jadi Menteri Besar, kah kah kah.. 


ANAK SYARIKAT PKNS TANGGUNG RUGI TIGA TAHUN BERTURUT

SHAH ALAM – Tiada usaha untuk meningkatkan keuntungan syarikat dengan pihak luar menyebabkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), PKNS Engineering & Construction Sdn. Bhd. (PECB) menanggung kerugian untuk tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2012.

Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2 yag dikeluarkan hari ini menyebut, pengauditan yang dijalankan antara bulan Februari hingga April tahun ini mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan PECB bagi  2012 hingga 2014 adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai sepanjang tempoh berkenaan iaitu masing-masing berjumlah RM860,000, RM1.3 juta dan RM4.09 juta.

Prospek perniagaan PECB dilihat terhad kepada PKNS dan syarikat yang berkaitan dengannya sahaja tanpa  mencari peluang perniagaan  dengan  pihak lain seperti jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta swasta.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya itu berkata, PECB juga mencatatkan kerugian terkumpul  berjumlah  RM3.4  juta pada akhir  tahun lalu.

“Untuk menjadi kontraktor yang berdaya saing, syarikat perlu berusaha untuk mencari prospek perniagaan yang banyak dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada satu pihak.

“Projek yang diperoleh hendaklah dilaksanakan secara sendiri berbanding  oleh pihak luar supaya dapat menjana
pulangan pendapatan yang lebih baik,” jelasnya.

Semakan audit setakat Februari 2015 mendapati PECB hanya mendapat projek daripada PKNS dan syarikat berkaitan dengannya.

Selain itu, PECB juga tidak melaksanakan semua projek yang diperoleh secara sendiri sebaliknya telah melantik kontraktor
luar untuk menjalankan projek-projek tersebut bagi pihaknya.

Selain itu, kadar margin pulangan bagi lima daripada 10 projek yang dilaksanakan adalah kurang  memberangsangkan berbanding sasaran pulangan  yang  ditetapkan  iaitu pada kadar 3.5 sehingga lapan peratus.

Sehubungan itu, laporan terbabit mengesyorkan supaya  PECB  mengambil  langkah  proaktif untuk  meningkatkan
tadbir  urus  korporat  bagi  memastikan  kecemerlangan  operasi syarikat  agar  dapat  menambah  baik prestasi  kewangan  dan  memberi  pulangan yang  berterusan  kepada  PKNS dan kerajaan negeri.

PECB disyorkan supaya berkerjasama dengan PKNS  dalam memastikan Pelan Strategi Lima Tahun (2015-2019) yang disediakan dapat membantu syarikat berdaya saing dalam industri pembinaan dan pembangunan hartanah.

Langkah tersebut bertujuan meningkatkan prestasi kewangan syarikat dan mengkaji semula objektif kualiti sedia ada supaya lebih relevan dan realistik untuk dicapai serta bersesuaian dengan Pelan Strategi Lima Tahun yang baru diluluskan syarikat milik kerajaan negeri itu.

selangor post

1 ulasan:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam