Khamis, 4 Jun 2015

WALAU PAS ANTI DENGAN DAP, PAS TIDAK SAMA SEKALI KELUAR DARI PAKATAN KATA HADI

Amacam? Adakah game hadi ini akan menyesakkan dap, konco-konco dap tak senang duduk dengan keadaan pemimpin pasma dah kena langgar dengan golongan pro ulama, jadinya sahlah dap cukup pening sebabnya dana sudah turun, harapkan mat sabu, hancus jadinya, maka keadaan ini akan mengakibatkan pas berpecah dua.

Jadi kita layankan sahaja gameplan hadi untuk menyesakkan dap dalam pakatan, perang terbuka bakal berlaku lagi, pakatan yang tiada sepakat.

Anwar Ibrahim semakin tidak keruan, perancangannya untuk hijack pas dari dalam dengan bantuan dap tidak berjaya, sayonara wahai jebon, broker dan pasma.


PAS TETAP BERSAMA PAKATAN KATA HADI AWANG

KUALA SELANGOR – PAS akan terus melaksanakan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat, walaupun parti itu diserang siang dan malam oleh rakan sekutunya dalam pakatan itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun parti lain dalam pakatan memperjuangkan perlembagaan sekular, yang bercanggah dengan perjuangan PAS, namun PAS tetap meneruskan tahaluf siyasi selagi mana ia tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.

“Sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, bahawa PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat adalah dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama…agenda ini kita rangkakan sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam polisi Pakatan Rakyat.

“Perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam polisi bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 di sini hari ini.

Katanya, walaupun parti rakan Pakatan Rakyat memperjuangkan perlembagaan sekular, PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan.

Sambil tidak menamakan parti tersebut, Abdul Hadi berkata PAS juga tidak pernah mencampuri urusan kepimpinan dalam parti lain yang berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, aspek tahaluf siyasi merupakan dasar yang telah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh parti itu sejak berpuluh tahun lalu dan telah melakukan beberapa bentuk kerjasama politik.

PAS sebelum ini dikritik hebat sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP yang tidak senang dengan cadangan parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan kerana dikatakan bertentangan dengan polisi Pakatan Rakyat.

Krisis kedua-dua parti itu bertambah getir apabila DAP sebelum ini mengumum memutuskan hubungan kerjasama dengan Abdul Hadi tetapi tidak dengan PAS dan tidak mahu terlibat dalam Muktamar PAS kali ini.

Tiada wakil DAP hadir pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, sementara sebuah lagi parti dalam Pakatan Rakyat, PKR diwakili Timbalan Presidennya Mohamad Azmin Ali.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyentuh mengenai pelaksanaan undang-undang hudud dan menafikan parti itu bersikap gopoh dalam melaksanakan undang-undang tersebut kerana ia merangka undang-undang itu sekian lama.

Maka, katanya parti itu menolak mereka yang tidak mahu memberikan jalan kepada pelaksanaan hukum Islam itu.

“Jangan siapa yang menyekat perjuangan kami atau memesongkan perjalanan kami secara berterangan atau menipu helah dengan cara mengikat PAS supaya tidak bergerak ke hadapan dalam membawa agenda Islam,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan kerajaan Kelantan pimpinan PAS wajib mengusahakan pelaksanaan hudud kerana ia desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam.

Lebih seribu perwakilan menghadiri muktamar itu dan tengah hari ini mereka akan menentukan barisan kepimpinan PAS bagi sesi 2015-2017 dalam sesi pemilihan.

BERNAMA

2 ulasan:

  1. MANA ADA ORANG PAS YG CAKAP PENUH DENGAN ROH ISLAM. HARI INI PAS SAMA DENGAN DAP DAN PKR SYAITAN BERTOPENGKAN ISLAM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Padam