Rabu, 1 Julai 2015

AIR TERAWAT DI SELANGOR MEMANG KURANG DAN KRITIKAL KATA AZMIN

Sudah diberitahu, sudah dikatakan, malah bekas mb Khalid Ibrahim pun faham situasi ini yang memungkinkan krisis yang teruk akan berlaku di Selangor, air mentah di Selangor bukan ceritanya, bukan ceritanya air tu cukup, air terawat tu yang tak cukup, kalau lihat kawasan baru dibuka, rumah mewah, rumah murah berapa kerat je, sumber air terawat sememangnya sangat diperlukan.

Masalah populis yang sentiasa digunakan oleh pemimpin PR, kadang-kadang agak mengusarkan, harap bila sudah mengakui, cuba-cubalah jangan nak main-main lagi, rakyat marhein yang teruk, angkut air sampai kaki tangan bengkak bai.

Harap jangan dengar juga cakap Dap tu, dia tahu kebodohan orang melayulah yang menyebabkan mereka menjadi samseng dalam politik, mereka juga tahu, kawasan mana yang sentiasa tiada air, kawasan desa, hulu, rumah flat, siapa yang ramai tinggal situ, harap Azmin sedar, walau berbeza politik sekalipun, lindungi bangsa serta agamamu.


AZMIN AKUI SELANGOR BERDEPAN KEKURANGAN SUMBER AIR TERAWAT

SHAH ALAM – Menteri Besar, Azmin Ali mengakui bahawa rakyat di negeri ini berhadapan dengan masalah bekalan air bersih ketika ini susulan daripada loji-loji rawatan air yang beroperasi pada had yang maksimum.

Beliau berkata keadaan tersebut telah menyebabkan berapa kawasan di negeri ini mengalami ganguan bekalan air.

“Bekalan air terawat yang mada masalah kerana kapasiti loji-loji rawatan air di Selangor sudah sampai ke tahap maksimum,” katanya kepada para wartawan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azmin dikecam rakyat di beberapa kawasan di negeri ini kerana gagal memastikan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti apabila mereka berhadapan dengan gangguan bekalan sumber itu.

Kegagalan itu termasuklah kelewatan kerajaan negeri memuktamadkan pelaksanaan penyusunan semula industri perkhidmatan air Selangor meskipun perjanjian utama dengan kerajan pusat telah dimeterai pada tahun lalu.

Sementara itu, Azmin turut menyatakan pihaknya telah mengambil langkah proaktif untul mengatasi masalah bekalan air di Selangor seperti melaksanakan projek mitigasi air 2 yang mengaliirkan sumber air dari kawasan utara ke kawasan selatan negeri ini.

Projek yang dijangka siap pada September ini dibuat bagi menampung permintaan pengguna yang dilihat tinggi di kawasan selatan Selangor.

selangor post

7 ulasan:

  1. Dah jadi menteri besar, buat lah kerja elok2. Kalau nak buat atau tak nak buat kerana motif kan politik baik kau semumur hidup jadi pembangkang. Dah jadi kerajaan di negeri Selangor buatlah kerja utk rakyat....puiihhhh

    BalasPadam
  2. Hidup bukan lama bai...sok mati, dikira sebijik sebijik. Mati itu pasti bai..

    BalasPadam
  3. Nak cepat settel isu air sgor ..Tukar mb selangor assmin ali pada azwan ali....chooyyy ....mesti kena maki hamun sapa yg tuduh sgor tak ada air.....kan dah settel....

    BalasPadam
  4. Yang korang ni bodoh sangat letak orang Singapore jadi MB kat Selangor tu pasai paaa?? Apa yg dia tahu pasal hormat pada Raja. Apa yg dia tahu pasal commitment pada rakyat especially pada orang Melayu Malaysia?? Dah perangai orang Singapore camtu.

    BalasPadam
  5. sokong azwan ganti die..sape komplen kene maki...choii

    BalasPadam
  6. alasan baru 9 bulan jadi mb? sangat lawak. lawak ke der...kan ke sebelum khalid ibrahim lepas jawatan tempohari persetujuan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berkaitan penstrukturan air telah dimuktamadkan? awak naik jadi mb, teruskan sahajalah. jangan jadikan isu ini isu politik dan main tarik tali. awak tak kasihan ke kepada rakyat yang bersungguh2 nak menangkan pakatan rakyat di selangor? hari2 usung baldi dan botol air bawak naik rumah flat yang entah berapa tingkat. dah la lift selalu rosak. benci la macam ni! macam jahanam betul. ginilah azmin, kalau tak mampu jalankan tanggungjawab, lantik adik awak si azwan jadi mb. alang2 tak boleh pakai, biar kasi hancur....

    BalasPadam
  7. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    BalasPadam