Khamis, 30 Julai 2015

OPERASI TIKAM BELAKANG NAJIB YANG CUKUP RAPI DAN HALUS OLEH BEKAS TPM?

Tidak dipastikan, mungkin motif penyebar video untuk mendapatkan peluru ampuh yang mampu membunuh habis imej Najib, video tak habis rakam menunjukkan perbualan muhyiddin dan tetamu di kediamannya mengatakan duit RM2.6 billion masuk ke akaun Najib. Ayat masuk ke akaun tu tamat disitu.

Malah masih menjadi tanda tanya, adakah Muhyiddin sekadar berseloroh menggatakan duit tu memang masuk ke dalam akaun Najib tetapi dia sendiri pun tidak tahu kebenarannya. Video itu habis disitu, pertanyaan itu telah menjadi modal pihak media anti Najib untuk rosakkan imej beliau secara total.

Ingat lagi video ah moi menampar tangan seseorang yang berbaju melayu yang ingin bersalam dengannya? Video sekerat tu menjadi viral serta kemarahan orang melayu kononnya ah moi tu bertindak biadab, hakikat video penuh membuktikan ah moi itu memang bergurau, dia kenal orang yang hulur salam kepadanya.

Nampak bukan peranan media untuk "spin" sesuatu berita. Kebetulan media-media sosial dikuasai oleh pro pakatan dan dibantu pula page-page pro tun dan team nagas (geng cari makan).

#KekalNajib
#FightFight

Peranan songsang media musuh untuk sebaran persepsi sudah berjaya.

#VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi

1. Dalam video perbualan TS Muhyiddin dengan tamunya, jelas disebut:

“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”

“lepas tu saya tanya berapa banyak... Susah nak kiralah, dia cakap (Najib) a lot, a lot'”

Kemudian Muhyiddin menyebut, "Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”

2. Persoalannya dari mana datangnya nilai RM2.6 bilion? Jelasnya, itu adalah andaian dan dakwaan Muhyiddin sendiri. Dakwaan ini tiada perbezaan dengan andaian dan dakwaan yang dibuat oleh WSJ.

3. Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai. Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita.

4. Lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah.  Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan.

5. Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut. Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya. Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau.

6. Lainlah jika bantuan dana tersebut dimasukkan dalam akaun parti, persatuan, yayasan atau syarikat, barulah dikatakan bahawa dana tersebut untuk parti, persatuan, yayasan atau syarikat. Sekiranya ini berlaku, maka parti, persatuan, yayasan dan syarikat tersebut hanya boleh membelanjakan wang tersebut mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.

6. Misalnya, jika ada seorang individu hendak membantu seorang Ketua UMNO Bahagian, dan jika dia masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi Ketua UMNO Bahagian tersebut, maka itu adalah dana untuk kegunaan politik peribadi Ketua UMNO Bahagian itu. Ketua UMNO Bahagian tersebut tidak perlu mengisytiharkan kepada umum, daripada siapa wang itu diperolehi dan berapa jumlah yang diberi.

7. Hanya jika wang tersebut masuk akaun  persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki oleh Ketua UMNO Bahagian tersebut, barulah perinciannya perlu dinyatakan dalam penyata kewangan persatuan, yayasan atau syarikat yang dimiliki tadi dan dibelanjakan mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. Itupun, bagi dana untuk parti politik, tidak ada peraturan yang memerlukan nama penyumbang dinyatakan bagi menjaga kepentingan penyumbang tersebut.

8. Bagaimanapun jika ada dakwaan bahawa wang yang masuk ke dalam akaun seseorang individu adalah dari sumber yang salah, maka barulah timbul soal ada pembuktian, daripada siapa duit itu diterima dan kenapa ia diberikan. Jika ia didakwa datang dari sumber rasuah, maka perlulah dibuktikan siapa pemberi dan ia diberi sebagai rasuah untuk tugas atau projek apa.

9. Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi. Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak. Setakat ini penyata kewangan beraudit 1MDB dan Petrosaudi tidak menunjukkan duit itu datang daripada mereka. Biarlah Pasukan Petugas Khas Empat Agensi menyiasat dokumen-dokumen ini.

10. Jika duit itu digunakan untuk tujuan salah, maka Pasukan Petugas Khas juga boleh menyiasat sama ada duit itu adalah duit hasil penggubahan wang (money laudering) atau digunakan utk tujuan-tujuan jenayah dan yang menyalahi undang-undang. Jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang dari segi penggunaan wang, maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Bagaimanapun jika tujuannya baik, misalnya untuk membantu rakyat, kita tertanya-tanya juga pihak berkuasa hendak mengambil tindakan di bawah peruntukan apa?

11. Semasa berlaku transaksi, bank terbabit perlulah memaklumkan kepada Bank Negara berkenaan transaksi tersebut. Itu soal peraturan perbankan dan akta-akta berkaitan yang perlu dipatuhi oleh bank tersebut. Tanggung jawab pendeposit cuma perlu memaklumkan dari mana sumber wang dan tujuannya apabila ditanya oleh Bank Negara.

12. Sesiapa sahaja boleh menyumbang wang untuk membantu Najib dan parti. Jika mereka mahu ia digunakan untuk membantu parti, mereka akan dimasukkan ke dalam akaun parti atau organisasi yang berkaitan parti. Tetapi jika mereka mahu membantu individu yang bernama Najib Razak, itu hak mereka yang membuat pilihan tersebut.

13. Biarlah Pasukan Petugas Khas menjalankan tugas mereka menyiasat dakwaan yang ada. Muhyiddin sepatutnya menyerahkan tugas tersebut kepada Pasukan Petugas Khas dan bukan menimbulkan spekulasi kerana kecewa selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

tun faisal dot com: #VideoMuhyiddin: Wang dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/videomuhyiddin-wang-dalam-akaun.html?m=1

43 ulasan:

  1. Perbualan tertutup, penyebar video yg tak amanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sumber vid tiada mula dan akhiran...
      Motif mudah...nak ganti najib sbg pm...
      Kenapa tak tggu dan sabar...sabar separuh dpd iman...
      Jika dah tak sehaluan dan khianat pada pemimpin...perlu keluar
      Sedih dgn perangai org2 melayu...taksub dgn jwtn dan kuasa...sanggup hilang kejujuran dan amanah..

      Semua org tahu...tun m dulu pun ada akaun amanah yg hingga kini dgr cerita gagal ditagih oleh mjlis tertinggi umno.Siapa yg mulakan akaun amanah tersebut???Zaman tun m membenarkan wang masuk ke akaun presiden utk diamanahkan kpd parti...
      Klu najib nak sapu wang tersebut...buat apa dia nak khabarkan kpd sesiapa.Atas dasar parti dan presiden dgn timb presiden umno...dia khabarkan kpd org no2 parti.Mgkin najib beranggapan atas kewarakan dan amanah...tsmy akan menyimpan amanah itu sehingga diumum pada mjlis tertinggi.Sayang sekali..ia jadi senjata utk menikam najib dari belakang atas percaturan maha bangsat golongan rakus dan gelojoh dlm umno dipimpin oleh tun m.Konon sayangkan umno tapi perwatakan bagai org tidak beragama.Tiada kejujuran dan amanah kpd pemimpin.
      Wlbgmanapun...harapan dan doa agar kemelut ini selesai.Tidak perlu melaung2kan apa2 lagi sekrg...amanah kita adalah perbaiki segala kerosakan yg telah dilakukan demi bangsa, agama dan negara.

      Padam
    2. Aku dulu pernah terkejut beruk akaun dlm bank tiba2 6angka.Harap nak makan besar, rupa2nya pihak bank tersalah masuk wang ke dlm akaun.

      Padam
  2. Tetapi kenyataan Tan Sri Muyiddin ada kreadibiliti kerana beliau seorang berjawatan TPM yang boleh berada disamping PM lebih dari mana2 menteri termasuk Ahmad Maslan..

    BalasPadam
  3. Kalau macam nie perangai muhyiddin, memang patut dan wajar, jawatan TPM ditarik drp beliau.

    Mungkin Muhyiddin pon ada cerita macam mana dia main dgn bini dia kat orang kot, lagak org beragama, beriman, tapi palsu...

    Padan muka kau muhyiddin kena gugur....sangat wajar.

    BalasPadam
  4. BUANG PEGUAM NEGARA,TUKAR KETUA PEGAWAI SIASATAN,TUKAT PEG SIASATAN SPRM!! APA JADAH SEMUA NI??

    #pecatJibby
    #selamatkanUmno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu korang jugak yg beria2 suruh peguam negara letak jwtn...

      Padam
  5. BUANG PEGUAM NEGARA,TUKAR KETUA PEGAWAI SIASATAN,TUKAT PEG SIASATAN SPRM!! APA JADAH SEMUA NI??

    #pecatJibby
    #selamatkanUmno

    BalasPadam
  6. BUANG PEGUAM NEGARA,TUKAR KETUA PEGAWAI SIASATAN,TUKAT PEG SIASATAN SPRM!! APA JADAH SEMUA NI??

    #pecatJibby
    #selamatkanUmno

    BalasPadam
  7. Zahid proksi PM jika najib tumbang

    BalasPadam
  8. tikam belakang tak untung apa2 pun, 2.6bilion + 2 juta, senang2 je masyuk..sapa hebat? thx

    BalasPadam
  9. Najib dah goyang bro...Gatai pi buat 1mdb sape suruh.Anak tiri pun kaya smpai ada rm300m.Despacth pun kena tangkap sbb 1mdb.Yg kecik anak kena tangkap.Bapa penyamun dok lepas.Jh low nak dtg malaysia??!! BODOH KE DIA!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 mahdir pon kaya bro...keta bugatti lbh rm3juta.Klu buat rmh utk mangsa banjir duit tu kan besar pahalanya..

      Padam
    2. Cerita sekerat2... Siapa nak percaya dan telan... Terpulang..... Sebaik2nya tunggu kebenaran... Sesilap nanti keluar video penuh...nengiok2 lain plak ceritanya.

      Padam
  10. Mahyuddin cakap benda yg betul dan boleh dipercayai....klu anwar ibrahim yg cakap mme x percaya sebab anwar ibrahim bapa pembohong Malaysia. ...sekian tima kasih

    BalasPadam
  11. Bagaimana kalau yang diperkatakan oleh TSMY itu benar??

    BalasPadam
  12. Klau masuk duit tu tpi bukan dri 1mdb? Duit peribadi. ....mmg ade duit but sumbernye lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asas video disunting tanpa merujuk keseluruhan...
      Lainlah video besi mmg muka sebijik mcm pelakunya...

      Padam
  13. Ha ha dalam dunia ini ..tiada bantuan diberi secara percuma ..walaupun dari timur tengah....Kenapa liat sangat mendedahkan perkara sebenar... TIADA ISTILAH MATLAMAT MENGHALAL CARA... Seseorang pemimpin itu bukan sahaja BERSIH tetapi juga perlu ternampak bersih....

    BalasPadam
  14. parti2 dalam dunia ni(terutama pemerintah) mempunyai sumbangan dr mana2 syt terutama bila nak pru, us pun sama, jepun pun sama, negara2 maju lg banyak sumbangan dia dlm menghadapi pru.

    Cokia pas kt kelantan pun tetap ada yg menyumbang pd parti bila nak pru. Perkara biasa.... parti terima sumbangan dana.

    Pru memerlukan bajet, paling tidak wang deposit setiap calon, lg poster, dll. Ada kos nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yg kata..rm1juta utk 1 parlimen blm tentu ckp utk berkempen....
      PgayR yg setahun jagung mampu berkempen besar2an...mana dtg duit??
      Yahudi israel...tu yg diperkatakan..

      Padam
  15. Bodo nk jugak pertahan Najib.. klau org kanan bersuara tak puas hati, ada bende la tu. Lepas tu PM tak jawab secara detail plak tu. Rakyat nk tahu cerita sebenar!!. Itu semua duit sapa tu.. duit rakyatt... Rakyatt punya la bahlull.

    BalasPadam
  16. mana duit rakyat, tok sah perasan la, duit penyumbang utk dana piliharaya. Perasan rakyat msia

    BalasPadam
  17. Najib mesti jawab....

    Atau dia sengaja nak suruh rakyat buat asumption masing2.
    Najib la punca segala2nya. Soalan senang pon tak boleh nak jawab.

    My assumption... Najib tengah pikir cari helah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu tun m benar2 sayangkan umno...ada cara berhemah utk bertanya dan bukan buat fitnah.
      Tun M layak dikutuk atas kerosakan yg berlaku skrg!!!!
      Golongan tamak kuasa yg tak sedar kerosakan lalu

      Padam
  18. duit sampai juta juta masuk akaun peribadi tak mengapa?..hangguk kau. waima seringgit pun kalau masuk tah dari mana kena declare, barulah ada ketelusan. duit dah dapat lepas tu tutup akaun...woii banyak cantik...siasat sampai ke lubang cacing, mana pegi duit tu..mana datang duit tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eleh...dgn najib yg naif tu berani ler..
      Tanyalah dgn tun m mana wang amanah dlm akaun peribadi dia..
      Tanya bagaimana anak2 dia boleh sekaya skrg sedangkan datuk nenek mrk org biasa2 jer...

      Padam
  19. You give punch you get back punch. Depa ni orang politik, kena faham. Tapi isu 1MDB mesti cepat kalau terhegeh-hegeh ........ lapi panjangle cerita rakyat!!!!!

    BalasPadam
  20. Ini bukan salah Najib, pihak masuk duit ke akaun persendirian Najib yang salah kerana berani masuk akaun Najib sesuka hati tanpa Najib bagi kebenaran. Wang pun Najib dah pulangkan secara tunai ke pihak yang masuk duit ke akaun Najib secara tunai. Kes tutup kerana Najib dah pulangkan duit yang dimasuk ke akaun Najib. Banyak kes rasuah di Malaysia berlaku sedemikian. Bukan perkara yang luar biasa. Banyak kes rasuah dibuang olih mahkamah kerana penyogok yang masukkan duit tanpa kebenaran yang dituduh dan duit itu pun dah dipulangkan.

    BalasPadam
  21. mungkin ada org masuk duit kutu kot?

    BalasPadam
  22. Tak payah nak spain mengarut nak samakan perbualan amoi tampar tangan di low yat dengan perbualan TSMY..Tak ada orang yang kata duit 2.6b itu dari 1MDB.. Malah WSJ pun tak cakap 2.6B dari sumber 1MDB. cuma ceritanya ada kemasukan duit dalam akaun, Persoalannya tuan punya badan sendiri kena jawab ada atau tidak kemasukan duit tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun m pon tak pernah umum jumlah wang amanah yg masuk dlm akaun dia...
      Hihihi...ada sapa2 tulur dia cukup besar utk bertanya mana wang itu????

      Padam
  23. Kalau org yg kita tak kenali masuk wang dlm akaun yg hari2 kita duk cucuk kt ATM.. masuk 1 juta.. pastu salah siapa?

    selang 3 hari ada org buat report Polis tuduh kita salah guna wang bla2..

    senang nyer nk framed kalau pakai justifikasi mcm tu. Muhyiddin tu wali Tuhan ke ckp dia xde bukti kita boleh jdkan dia 'nas' sahih?

    bodoh krn benci pd Najib fitnah jd halal.. ckp2 tepi longkang pun blh jd hujah? org dh kena kena singkir mesi kecewa dn cuba cari salah org yg menyingkirnya

    Najib xperlu jawab dn jgn layak lg suara2 fitnah.. arahkan POLIS tangkap shj pemfitnah2. lg layan lg jahanam puak2 ni!

    termasuklah cai2 dlm blog ni... Najib masih PM lg.. ko kutuk lh mcm mana pun..

    BalasPadam
  24. Declare? Sorang ahli parlimen pas terima wang dr seorg doktor pakar 100 ribu lebih utk blanja pru yg lpas, beri atas sokongan utk kalah watak besar bekas tim. gabenor bank dlm umno, beri secara sukarela, tk da pun declare wang trsebut, skrg org muda tu dh jd ahli parlimen pun, bekas yim gabnor tu skrh tah kemana, jd duta kot. Ada salahke terima duit tu dr org lain utk blanja pru? Jwb la, anwar dpt duit mana utk pru lpas, dia cetak sndiri ke, ramai bodo rkyat msia.

    BalasPadam
  25. Gila punya teori...ada org tak dikenali masuk duit rm2.6 b tanpa pengetahuan najib?Cerita kartun apa korang bikin ni?2.6bllion tu bukan sikit2..

    Kalau wang sumbangan pilihanraya pun akan masuk akaun parti.Kalau melebihi had sekurang2nya akan masuk akaun proksi.Sebab kalau masuk akaun peribadi akan terdedah kepada penyelewengan.

    Kalau tak salah,muhyiddin tak akan tanya dan pertikaikan.Tak ada kompeni nak sumbang sampai billion.Kompeni mana ada duit banyak tu?Kalau ada pun takkan nak main sedekah buta2 gitu.Sebab itu ada undang2 anti penggubahan wang haram supaya tak ada aktiviti yg menyalahi undang2 dan kerja2 haram dilakukan sesuka hati.

    BalasPadam
  26. Yg. akan diKUBURkan dan diTERAJANG adalah DAPBANGKAI BABI-amat-SIAL!

    OI si PENDATANG TERORIS-TERORIS amat-KEPARAT-ANTI Islam/Melayu (punya PENAKUT jadi PENYAMAQ pula tu) memang puak KEPARAT GILABABI! lu punyak otak PENGGANAS aaahh...., itu mcm-si ANJING KURAP-manyak-NANAH si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

    Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhh??! !Lu manyak LAHAP itu JUBOQ BABI aaahhhh?!!

    Yg. lu si puak TERORIS-TERORIS nak paksa YAB PM BUMIPUTERA ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal dan TUMBANGkan KERAJAAN kat NEGARA ISLAM kami ni - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM dan KERAJAAN kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

    PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO RASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1!

    BalasPadam
  27. ARTIKEL yg. sungguh BERNAS HB!

    Itulah si puak DALANG-DUA-MUKA PENGKHIANAT dan GENGnya takkan boleh dipercayai! Bukan main berlagak BERUNDUR secara terhormat; tetapi tak habis-habis nak SERANG YAB PM kita!
    Aku syak ramai pemimipin Islam/Melayu yg. jadi PENGKHIANAT telah di"BLACKMAIL" - samada ke atas dirinya atau keluarganya olehsi PENDATANG KAPIRDAJAL PENGGANAS-PENGGANAS DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

    Baru kita sedaq PERANCANGAN amat LICIK keturunan PENGKHIANAT tu disyaki nak MENGUASAI UMNO dan K'jaan melalui Kedah! Mcm. Kedah tu bapak dia punya! Bukan main lagi di majlis harijadi bapa dia baru-baru ini, dia dikelilingi si puak-omputih-KEPARAT berkostum termasuk dgn. pakaian-ala-puak SYAITAN, serta TAUKEH-TAUKEH PENJILAT dia!

    Org. KEDAH pilih UMNO utamanya, bukan pilih anak beranak PENGKHIANAT- yg. pandai BERPURA-PURA selama ni – maka ambil balik KEDAH dari keturunan PENGKHIANAT ni!

    Dan ingat tak PEMBUNUHAN KEJAM dlm peristiwa Memali tu - BUKA balik kes ni! Mungkin agaknya anak beranak PENGKHIANAT ni akan nak TUTUP mulut MEDIA! Dah tiba masanya MANGSA-MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM ni dapat PEMBELAAN akhirnya!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  28. Sila dengar video tu baik2 dan jangan terus membuat tuduhan melulu. Betulke duit 1MDB masuk? Betulke PM guna untuk tujuan peribadi? Betulke PM bagi kebenaran? Saya percaya ada pihak yang mungkin sengaja membuat tuduhan ini dan membuat provokasi supaya kebencian kepada kepimpinan sedia ada bertambah.
    PM dan pihak yang terlibat telah pun memberi penjelasan tentang perkara ini dan saya nampak tiada apa apa yang buruk berlaku.
    Saya harap kata kata nista yang melampau harus diberhentikan serta merta.
    Dahulu semasa Anwar Ibrahim dipecat, DrM tidak pun memberi sebab sebab pemecatan tersebut secara terperinci tetapi Anwar Ibrahim terus membuat demo demi demo mengutuk kepimpinan secara provaksi sehingga rakyat percaya.
    Oleh itu dalam hal ini, kita harus belajar dari peristiwa yang lepas dan perlu bersikap lebih matang serta tidak menonjolkan perkara perkara yang menyebabkan suasana yang lebih keruh.

    BalasPadam
  29. Melayu kampung/orang bawahan sebenarnya tak kesah pun pasal kes 1MDB tu, Duit masuk akaun Najib ke, kemana pun siapa peduli. Setakat ambik tau sikit2 cukuplah.

    Orang ramai tau tentang duit dan...it memang ramai yang tak mampu jujur!! Kalaupun betul masuk akaun Najib, tapi Najib gunakan duit untuk PRU 13. Biasalah tu. Takkan Najib dan istana atau nak beli jet persendirian dengan duit tu.

    Semua orang tau pilihan raya perlukan belanja besar. Dari mana Najib dapat duit yang diperlukan. Orang lain yang berkuasa pun macam tu jgk. Dibulan Ramadzan Najib selalu sedekah lembu untuk masjid2,,, Untuk hariraya korban pula dia hantar beratus2 ekor binatang untuk korban. Berapa harganya tu? Darimana dana datang??

    Lantaklah Najib...1MDB ni cuma puak2 tu saja yang sibuk...padahal bukan duit dorang pun. Nak kata dorang bayar cukai pun??!! Alahai... Berapalah sangat!! Itupun sebab Lapiji yang heboh...Dia buat heboh sebab dia nak sangat memerintah Malaysia ni. Kalau piji tak heboh pun macai2 tu pun tak tau hal juga pasal !MDB ni.

    Jadi, Najib buatlah apa yang patut, perentahlah Malaysia ni. Janji apa yang dijanjikan misti ditunaikan. Rakyat ada makan, pakai kira ok lah.

    Kalau boleh gaji/pencen kakitangan kerajaan dinaikkan. Kami tetap akan sokong UMNO/BN..!!!

    BalasPadam
  30. Apahal video terbaru tu yg. dia SERANG reputasi YAB PM kita boleh dibiaqkan BERLELUASA tanpa sebarang BANTAHAN dari dia - seolah tak habis-habis MENIKAM pula YAB PM dari BELAKANG?! Sedangkan lihat KEBENARAN ini – di http://panggungopera.blogspot.com/2015/07/perkara-272-tsmy-jangan-buat-buat-tak.html Perkara 27.2 ! TSMY jangan buat-buat tak tau dan lupa!

    Tengok cara dia cuba mengaitkan penggugurannya dgn. kritikan dia pd. IMDB kononnya - LICIK betul! Dan PENIPUANnya berterusan mengenai isu IMDB tu – lihat di http://riziqin.blogspot.com/2015/07/rahman-dahlan-dakwa-muhyiddin-yassin.html , Rahman Dahlan Dakwa Muhyiddin Yassin Berbohong Mengenai Buku Factsheet #FactCheck @mpkotabelud, Thursday, July 30, 2015!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  31. PEMBETULAN:

    Apahal video terbaru tu yg. dia SERANG reputasi YAB PM kita boleh dibiaqkan BERLELUASA tanpa sebarang BANTAHAN dari dia - seolah tak habis-habis MENIKAM pula YAB PM dari BELAKANG?! Sedangkan lihat KEBENARAN ini – di http://panggungopera.blogspot.com/2015/07/perkara-272-tsmy-jangan-buat-buat-tak.html, Perkara 27.2 ! TSMY jangan buat-buat tak tau dan lupa!

    Tengok cara dia cuba mengaitkan penggugurannya dgn. kritikan dia pd. IMDB kononnya - LICIK betul! Dan PENIPUANnya berterusan mengenai isu IMDB tu – lihat di http://riziqin.blogspot.com/2015/07/rahman-dahlan-dakwa-muhyiddin-yassin.html , Rahman Dahlan Dakwa Muhyiddin Yassin Berbohong Mengenai Buku Factsheet #FactCheck @mpkotabelud, Thursday, July 30, 2015!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. GANJILnya "link" ini tak bleh buka di Google mahupun Yahoo - tapi pergi ke blog Anak Seberang di http://panggungopera.blogspot.com/ - dan lihat bawah tajuk Perkara 27.2 ! TSMY jangan buat-buat tak tau dan lupa!

      Nek Tempoyak.

      Padam
  32. Itu video pengakuan Najib ke sembang kosong Muhyiddin? Apa kredibiliti video ini utk tuduh Najib berdasarkan sembang kosong Muhyiddin? Apa yang jelas Muhyiddin sudah berseteru dgn Najib jadi kebarangkalian perasaan dendam dan niat nak jatuhkan Najib memang ada walaupun terpaksa guna cara kasar. Jadi kita tak perlu melatah dlm hal ini lagipun kita tahu Muhyiddin dari kumpulan mana.

    BalasPadam