Selasa, 4 Ogos 2015

JAWAPAN YANG SUNGGUH PEDIH UNTUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Lebih baik diam.. Sebab banyak berbicara boleh memalukan diri sendiri.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN JANGANLAH MALUKAN HADI AWANG.

Kepada Yang Di Hormati Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS). Ini adalah beberapa penjelasan kepada persoalan Tuan.

1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

#Jawapan1 :

DS Najib menerima sejumlah RM 2.6 billion. Selang beberapa bulan akaun itu ditutup. Kalau tuan duduk dah berfikir dengan baik, sebenarnya membiarkan akaun itu di buka adalah tidak amanah. Akaun akan di tutup apabila tiada lagi wang di dalamnya. Maknanya, ianya telah di keluarkan dan diagihkan secara amanah. Jika DS Najib tidak amanah, dia akan biarkan sahaja wang itu di dalam akaun berkenaan. Banyangkan RM 2.6 billion dengan fix interest rate 3%, buta2 sahaja DS Najib dapat RM 78 juta. DS Najib boleh buat begitu tapi beliau tak mahu.

---

2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?

#Jawapan2:

Bukankah TSMY telah memberitahu ianya datang dari Timur Tengah? Anda tidak alert dengan perkembangan semasa.
---

3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?

#Jawapan3:

Tuan sangat lucu. Tuan ambil kenyataan SPRM kemudian Tuan tanya tentang rasuah. "Core bisness" SPRM adalah rasuah. Jika benar ada rasuah, sudah pasti SPRM nyatakan.

----

4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.

#Jawapan4:

Sudah pasti bersyarat. Penderma mahu menderma pada akaun yg beliau kenali. Beliau juga tidak mahu dikenali. Atas sebab itu DS Najib wujud akaun peribadi atas nama beliau. Dermawan ini tidak suka menunjuk. Tidak seperti tuan yg suka mempamerkan kebodohan diri.

---

5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

#Jawapan5:

Apa yang SPRM umumkan adalah bagi pihak SPRM. Dalam perakaunan adalah bidang BNM dan ianya masih dalam siasatan. Mohon saudara lebih celik dgn perkembangan sesama. Soalan begini tak menampakkan anda cerdik.

----

6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?

#Jawapan6:

Sekali lagi anda menggunakan kenyataan SPRM. Dan SPRM menyatakan dengan jelas bahawa ianya bukan dari 1MDB. Saman bukan pembersih dosa. Kenyataan WSJ juga agak kabur tentang pertuduhan mereka. DS Najib bukan seorang yg suka membuang masa seperti anda.

----

7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

#Jawapan7:

Sudah pasti dimaklumkan. Ianya melibatkan transaksi sejumlah wang yang besar. Ini pengetahuan am.

----

8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

#Jawapan8:

LHDN hanya menyiasat wang yg tidak ketahuan punca. Tetapi dari siasatan SPRM jelas ianya adalah sumbangan luar. Apakejadah pula melibatkan LHDN?

----

9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?

#Jawapan9:

Sebab ianya dalam siasatan. Tunggu habis siasat dan dimaklumkan baru bercakap. Bercakap benda yg tak pasti adalah kerja pemimpin2 PAS.

----

10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

#Jawapan10:

Apa relevan soalan ini? Anda tanya peranan Nik Faisal. Pada masa yang sama anda nyatakan beliau adalah pengarah urusan. Anda sudah makan ubat kencing manis ka belum?

🔥🔥🔥🔥🔥

Saya cuma ada satu ja soalan pada Tuan.

Bila nak jelaskan akaun tabung mamali pada umum??

🔥🔥🔥🔥🔥

Nasihat kepada Tuan Ibrahim:

Ada akaun peribadi tak berdosa. Bersangka2 itu berdosa. Ada dalil dalam Al Quran. Atau anda dah delete ayat tersebut?

Dr Aznil Hisham
4 Ogos 2015

7 ulasan:

  1. Tun Brahim kena ingat balik sejarah Islam dimana Saidina Uthman Affan derma 950 ekor unta dan 50 ekor kuda utk peperangan Tabuk.Itu jihad zaman Rasulullah.Zaman sekarang Jihad dalam piliharaya menentang gabungan Dapigs dan Parti Nuar Berahim ,juga Pas yg telah di perbodohkan(sekarang baru sedar).Jadi yg menderma tu,tentu pihak yg ada susur galur dgn Saidina Uthman dan niatnya sama macam sahabat Rasullullah tersebut.Alhamdulillah lah,derma beliau berbaloi dan dapat menyelamatkan Negara dari jatuh ketangan puak liberal musuh Islam.Madir pun patut berterima kasih kepada penderma tersebut,kerana kalau tidak beliau lah yg berada si Sg Buluh sekarang bukan Nuar Brahim.Buda-budak parti Nuar memang tunggu masih nak sumbat Madir ke dalam.Saya pun bekas ahli pati Nuar Berahim,jadi tahu sangat sentimen mereka tu terhadap Madir.

    BalasPadam
  2. gelak aku baca komen atas ni..betul2 matlamat menghalalkan cara..aik,..UMNO pun dah ikut mcm PAS jugak...tu la, lain kali jgn mengata org lain...

    BalasPadam
  3. Semua parti sama je. Parti politik katakan bukan parti tupperware

    BalasPadam
  4. PAS lagi celaka sebab perah wang 'derma' dengan eksploitasi air mata dan darah mangsa Memali, sedangkan ke DS Najib tak mempergunakan sesiapa untuk memerah wang seperti yang PAS rutin lakukan dalam ceramah2.

    membakar semangat penyokong dengan fitnah lepas tu kutip wang entah berapa billion sudah 40 tahun tanpa sebarang AUDIT dan LAPORAN KEWANGAN..

    PAS bapak Haramjadah bg segala penyelewengan.. usah persoal org lain.. cermin dulu la wahai pemimpin PASngookk

    BalasPadam
  5. Undang2 PAS mudah je. ...Orang lain buat salah/haram/asa biah. Bila PAS buat itu semua Jihad....ke jln Allah.

    BalasPadam
  6. Politik kan kotor bro..mana2 parti pun sama..cuma Umno je bodoh pi londeh semua sbb 1mdb. Apa nak jd la dgn parti2 melayu ni.

    BalasPadam
  7. PAS memperalatkan agama menghalalkan duit haram tabong memali, tabong lebuhraya rakyat. Semua dilakukan oleh orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ulamak.

    BalasPadam