Isnin, 3 Ogos 2015

TURUNKAN NAJIB BUKAN BOLEH SELESAIKAN MASALAH

SEBENARNYA TARGET UTAMA TURUNKAN NAJIB ADALAH UNTUK MENAIKKAN SESEORANG YANG BAGAIMANA? YUP ITULAH BERDEGAR-DEGAR SAMPAI ORANG BIASA PUN DENGAN TANPA SEGAN SILU MEMAKI HAMUN KEPIMPINAN NEGARA, WALAUPUN YANG DICACI ITU DIA SENDIRI PUN TIDAK FAHAM DAN MENGERTI, HEBAT PERANAN MEDIA FITNAH SEKARANG INI.

MAKSUDNYA PAS JUGA FAHAM SITUASI, SELAGI TUDUHAN ITU BELUM BENAR-BENAR BETUL, PAS MENGAMBIL SIKAP TUNGGU DAN LIHAT, MASALAHNYA DALAM UMNO PULA KADANG-KADANG TERLEBIH MAKAN KETUM SAMPAI SAWAN TERLAMPAU TERUK. MENUDUH LEBIH HEBAT DARI PEMBANGKANG, ITULAH MASALAHNYA.


KUALA LUMPUR - Kemelut yang melanda negara ini susulan penyelewengan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad tidak akan selesai dengan menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan sekarang perlu bertanggungjawab.

"Isu penyelewengan dana negara, apa jalan keluar? Kita tak mahu tumbang satu sistem jahiliah kemudian dibina satu lagi sistem jahiliah yang baharu. Yang akhirnya masuk empat tahun...lima tahun, sepenggal, dua penggal, balik kepada kerosakan...kehancuran.

"Sekarang isu, 1MDB...Ia tidak selesai dengan turunnya timbalan perdana menteri dan tidak selesai dengan turunnya, Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan yang ada mesti bertanggungjawab, sebab itu kita kata mesti buat perubahan secara menyeluruh di mana rakyat mesti diberi keyakinan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Peringkat Pas Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Tegasnya, semua pihak tidak sepatutnya menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini sebagai 'usaha mengekalkan' Najib kerana pemimpin nombor satu negara itu perlu bertanggungjawab dengan kegagalannya bagi mengelakkan rakyat terpaksa menanggung beban pada masa akan datang.

"Sebab itu apabila Tuan Guru Presiden kata Najib perlu bertanggungjawab. Jangan kita anggap bahawa ini usaha untuk mengekalkan Najib...Perdana menteri.

"Sebab bagi kita, tukar perdana menteri, kalau ganti dengan yang sama, polisi yang sama, bebanan rakyat terpaksa dipikul berterusan," katanya.

Mengimbau kembali 'pertukaran' perdana menteri sebelum ini yang didakwanya menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala beban yang ditinggalkan bekas perdana menteri.

"Tuan-tuan, ingat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad diserang semua institusi yang ada, akhirnya beliau letak jawatan, diganti dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang membawa 'Islam hadhari', mari (datang) pilihanraya, rakyat beri kembali mandat

5 ulasan:

  1. ikhlas bukan prepaid3 Ogos 2015 1:27 PTG

    Korang masih tak faham lagikan?Pas tak mahu najib turun tapi dia mahu umno dan bn dijatuhkan terus.Pas tahu kalau najib turun umno akan kembali kukuh dan mendapat kepercayaan orang2 Melayu.

    Sebaliknya sekiranya najib msih disitu,umno hampir pasti kalah sebab orang2 Melayu akan beralih kepada pas sebagai alternatif.Pas kembali dipandang sebagai alternatif kepada orang2 Melayu yg bencikan dap dan pkr.Ini kerana pas sudah berjaya menyingkirkan para parasit yg menghantui pas selama beberapa tahun ini.Pas kembali diterima dikalangan orang2 Melayu sebagai parti yg memperjuangkan Islam setelah dianggap parti barua kafir harbi dan liberal selama mereka di dalam pakatan.

    Pas telah berjaya membersihkan parti mereka secara total,manakala umno semakin terpalit dengan skandal yg dicipta oleh pemimpin no 1 mereka.

    Apakah kamu fikir dengan segala kemarahan dan kebencian rakyat terhadap najib umno akan dapat mengekalkan prestasinya spt pru13?Pengundi2 muda akan menjadi majoriti pada pru14.Kamu tahu trend pengundi2 muda sekarang ini?Kamu tahu apa kata pengundi2 simpatisan umno yg bukan ahli umno?Umno ada 3 juta ahli katanya tapi berapa ramai yg akan undi protes?Berapa ramai yg tidak akan turun mengundi kerana marahkan najib?Dan berapa ramai yg akan undi pas kerana sudah hilang percaya pada umno?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS celakocelakocelako

      Padam
  2. Pembangkang kalau boleh akan mengekalkan mana2 pemimpin BN yg boleh dijadikan liabiliti untuk kredit mereka...tak paham2 lagi...nek tempoyak, komen?

    BalasPadam
  3. lucu... penulis ni dh tersalah faham ni...

    BalasPadam
  4. Mesej PAS jelas bagi peluang kerajaan buat penjelasan dulu. Lagipun BN sedang bekerjasama dgn PAS dlm melaksanakan syariah hudut. Ini patut diangkat perkara yg lebih utama sbg orang islam. Bukannya melayan dakwaan semberono puak yg kecewa dlm UMNO!
    Perenggan terakhir dia ada sebut hal Tun Mahathir. Jelas PAS masih lagi anti Mahathirisme malah merasakan Pak Lah pemimpin yg lebih baik daripada Tun Mahathir. PAS tak akan beri sokongan kelompok kecewa UMNO ini bukan sebab sokong Najib tapi tidak berminat dgn sekelompok yg menentangnya.
    Abg soda.

    BalasPadam