Rabu, 5 Ogos 2015

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP

Takkan tak pelik dap mempunyai aset, latihan, gaji, penceramah, bangunan, promosi media cetak, rekabentuk, sekolah demokrasi untuk melayu muda, buka cawangan baru untuk melayu yang nak ikut dap, ngo-ngo mereka termasuk dana untuk pasma dan gerakan harapan baru. Hebat bukan kewangan mereka?

Tetapi mangkuk ayun melayu sekor taknak komen lebih-lebih sebab Dap sangat mulia.

DAP DAN KUASA KEWANGAN MEREKA DARI SIAPA?

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?

Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.

2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.

4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.

5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.

3. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”

4. Pada 1998 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.

5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.

6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.

7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.

8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.

9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.

10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.

11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.

12. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun.

Amin Yatim
Petaling Jaya
5 Ogos 2015.

10 ulasan:

  1. Ha ha ha ...Sumber dan fakta pencacai dari Malaysia kini..... ya laah tuuuu sesungguhnya aku percaya kpd pencacai...

    BalasPadam
  2. PRU 13 dulu PM Najib sepatutnya biarkan saja Umno/BN kalah,supaya Anwar jadi PM.Bila Anwar jadi PM langkah pertama beliau ialah memenjarakan Mahathir,bebudak PKR memang mahukan Mahathir di adili dan di hukum,saya adalah seorang di antaranya.Kemarahan kami pada Mahahtir memang tak akan padam sampai bila-bila.

    BalasPadam
  3. Sayangkan umno!!!
    Sayangkan negara!!!!
    Munafik nak mampuihhh!!!!

    Gitu ker cara sayangkan umno dan negara!!!
    Klu lah nuar di tempat najib...mampuih hang dibogelnya depan rakyat!!!!Mujur najib sayangkan umno n negara dan berhemah menjawab tuduhan serta fitnah hang tu!!!
    Bodoh nak mampuihhh....Skrg umno pecah 2...puak najib n puak tun m.Baguih la!!!Dua2 jadi melayu umno bangang angkara mulut puaka hang tu!!!
    Gila!!!Cuba tengok...sungapork sblh kita tu...pernah keluarga mrk gaduh2 sampai jadi bodoh dan bangang mcm umno???!!!Tun M...hang jawablah!!!
    Bodoh melayu umno dah azali gamaknyer!!!

    Hoi org umno...pedulikan mrk nie!!!!
    Klu tak suka najib...kita undi biar dia kalah!!!
    Kemudian...kita seru tun m spy jangan lupa!!!Mgkin dia lupa...2015 umno cacamarba angkara dia!!!!

    BalasPadam
  4. Mgkin kroni2 tdm tak dpt cari mkn dlm kerajaan skrg lalu najib disabotaj habis2an.
    Tdm dulu pun bnyk skandal cuma bernasib baik bukan zaman smartphone...klu tak...lama dh bungkus.Mgkin tak sampai 22 tahun.

    BalasPadam
  5. Hahahaha...apalah punya komen ni.

    BalasPadam
  6. Anon 7.23 ptg,sembang kencang bukti tiada.Hehehe...otak mati.

    BalasPadam
  7. Anon 7.23 ptg, lu kentut kuat la bro...ha.ha..

    BalasPadam
  8. 2.6 billlion masuk personal akaun, itu saja issue dia, kalau rasa ok, diam je lah, kerja lah mcm biasa....

    BalasPadam
  9. Itulah HB, baik SPRM buka juga balik kes Pulau TIOMAN cthnya di mana disyaki tanah kampung BUMIPUTERA Islam/Melayu diPAKSA jual dgn. amat MURAH kat SingaPORK dan si Pendatang KAPIRDAJAL ni termasuk PENJILAT si PENGKHIANAT Kedah ni (yg. bukan main lagi begitu galak dok raikan majlis harijadi si PENGKHIANAT ni dgn. BETINA-BETINA omputih berkostum termasuk yg. berbaju-ala-puak-SYAITAN)!

    Sudah tiba masanya, para KETURUNAN penduduk kpg. Islam/Melayu kita termasuk di TIOMAN ini berhak dpt. KEADILAN dan PAMPASAN yg. sewajarnya!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  10. PEMBETULAN:

    Itulah HB, baik SPRM buka juga balik kes Pulau TIOMAN cthnya di mana disyaki tanah kampung BUMIPUTERA Islam/Melayu diPAKSA jual dgn. amat MURAH kat si Pendatang KAPIRDAJAL termasuk SingaPORK dan si PENJILAT si PENGKHIANAT Kedah ni (yg. bukan main lagi begitu galak dok raikan majlis harijadi si PENGKHIANAT ni dgn. BETINA-BETINA omputih berkostum termasuk yg. berbaju-ala-puak-SYAITAN)!

    Sudah tiba masanya, para KETURUNAN penduduk kpg. Islam/Melayu kita termasuk di TIOMAN ini berhak dpt. KEADILAN dan PAMPASAN yg. sewajarnya!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam