Jumaat, 9 Oktober 2015

1MDB VS YTL, SIAPA AKAN MEMENANGI PERTEMPURAN KORPORAT INI? SATU BERJUANG UNTUK RAKYAT, SATU LAGI BERJUANG UNTUK KRONI!!


Semalam, Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.
Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi.

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

http://www.malaysia-today.net/najib-is-either-brave-or-he-…/

http://theflyingkick.blogspot.my/…/mansuh-ipp-mansuh-ap-man

9 ulasan:

  1. Dua tak guna dan tak bawa faedah utk , rakyat , YTL jelas cina punya 1MDB lagi teruk lanun topeng kerajaan. puiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Padam
  2. Saya sokong 1 MDB sebabnya untungnya boleh buat rumah untuk orang banjir kat Kelantan ..lagi....boleh beri Brim lagi....boleh hantar rami orang pergi haji....lagi..boleh tolong bina jalan Pan Borneo..dan macam 2 lagi...tapi kalau beri YTL...dia kaya anak pinak...dia beli rumah kalah istana..dia sambut birthday tun sampai Rm 1 juta tiap2 tahun....dia beri Dap duit untuk jatuhkan kerajaan.....so ada akal fikir2 kanlah

    BalasPadam
  3. 1MDB adalah syt strategik kerajaan utk mengambil alih projek2 strategik faedah rakyat spt IPP, @ mungkin lebuhraya supaya kadar yg di tanggung rakyat lebih rendah. Keuntungan 1MDB disslur utk CSR kpd rakyat. Tohmahan pembangkang adalah utk menggagalkan dan supaya taiko2 mereka terus menguasai perniagaan monopoli tersebut.

    BalasPadam
  4. Mahadey hasad dengki dengan 1mdb tak sudah2//sbb lubuk kroni2nya buat duit telah di musnahkan. Mahadey tak prnah kesah rakyat makan atau tidak.. yg dia tahu ialah membela kroni2 Cina nya kaya sekaya2nya.. sbb itu bgnya BR1M itu konon membazir tapi litar F1 sepang tu tak membazir? Dasar penswastaan yng memeras ugut rakyat yang kini diwarisi sebagai beban kepada PM2 selepasnya..

    BalasPadam
  5. Dulu kata najib bagus...
    Bila gagal boneka kan najib...najib adalah bangsat..
    Bermakna mamak kutty ingin berkuasa hingga akhir hayat cuma bermain di blkg tabir..
    Hanya manusia pintar akan faham dgn gelagat meracau dan meroyan mamak kutty di dlm dan luar negara dgn menyerang najib tak henti2 berwahyukan 1mdb dan rm2.6b..
    Jika sayangkan parti dan negara, adakah begitu caranya dia bertindak??Tak ada ker cara yg lbh berhemah!??
    Adakah dia bersih sgt spjg 22 tahun????
    Bgmana dgn tuduhan mghabiskan dgn sia2 wang rakyat melebihi rm100b bersamaan rm200b nilai skrg dgn menyelamatkan syarikat2 anak dan kroni dia selama 22 tahun???
    Sbnrnya ramai yg tahu kemungkaran mamak kutty nie cuma malas nak jatuhkan air mukanya dan biarkan shj semuanya.
    Mgkin najib dan vvip umno tahu cuma mrk lbh berhemah dpd membuka pekung di dada kpd lawan.Begitu juga dgn IPP...najib sedar kesannya dan mgkin mewujudkan 1mdb dpt mghalang monopoli syarikat2 kroni mamak kutty dpd bermaharajalela.
    Sblm isu 1mdb dicanang oleh puak mamak kutty...kita mudah memohon bantuan rumah, bantuan kpd pibg dan plbg lagi bantuan spt menunaikan haji ttp tiada yg mgingatinya selain terpengaruh dgn kata2 mamak kutty.

    BalasPadam
  6. berapa banyak 1mdb dah bagi untuk br1m, utk orang pergi haji, utk pan-borneo, utk buat rumah orang banjir...??? tak pernah tunjuk pun....! kalau nak cakap je, mat fit pun boleh cakap macam-macam ..... yang dah tahu shahril dpt 2 juta, mat maslan dpt 1 juta, azlina lisbo 500k....puak-puak umno je yang dapat baru 3 juta ....24 juta lagi rakyat malaysia dapat apa....???????

    BalasPadam
  7. Tak payah tunjuk bukti berapa habis tapi sendiri fahamlah......ini lah orang yang tak tahu bersyukur....cuba kau pergi Singa por tak pun pergi Indonesia je.....kau pergi klinik je...berapa kau kena bayar? Berbanding dengan hospital ok.....bukan klinik.....saya dah melaluinya anak saya jatuh motor sebab orang langgar..panggil ambulans...ambulan datang.....hantar pi hospital....doktor check guna x ray,,,,,,,,anak saya patah tulang bahu beri treatment .....beri ubat beri bius dan macam 2 lagi. Bila nak bayar ...saya kena bayar rm 1 je......so kalau macm ni pun tak nampak lagi...tak tahulah memang otak letak kat lutut.

    BalasPadam
  8. ...tahniah najib/1mdb kerana mengagalkan IPP/mahafiraun menyamun negara lagi duapuluh tahun...kalau muhyudin jadi pm, dia dah sambung kontrek IPP tu...ikut cakap mahafiraun...

    BalasPadam