Selasa, 24 November 2015

PENJUALAN ASET 1MDB, MENGAPA PERLU MELATAH?

Serangan keatas 1MDB tidak berhenti lagi hendaknya, tuduhan mengatakan penjualan aset besilah, rugilah, melucukan Malaysia lah dan bermacam-macam tuduhan.

Jadi apakah penjualan ini boleh mengakibatkan Malaysia akan dijual kati?

"PENJUALAN ASET PENJANAAN TENAGA 1MDB, JANGAN MENGELABAH TAK TENTU PASAL!

Coretan Ringkas Lokman Adam

Akibat dari serangan bertubi-tubi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga imej 1MDB rosak, 1MDB tidak dapat menerbitkan IPO mereka pada November 2014 dan Mac 2015. Ini membawa kepada masalah aliran tunai.  Bagi mengurangkan hutang, 1MDB terpaksa menjual semula aset penjanaan tenaga mereka yang sebenarnya menyumbang kepada kewujudan hutang tersebut. Semalam, perjanjian telah dimetrai bersama China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan bayaran tunai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion (pada 31 Mac 2015).  Ini bermakna Aset tersebut telah dijual dengan harga RM17.26 bilion. Ini adalah hampir sama dengan harga pembelian oleh 1MDB terlebih dahulu iaitu sebanyak RM 18 billion. Tambahan pula, harga RM17.26 billion ini adalah lebih tinggi daripada harga bidaan TNB yang dikhabarkan sebanyak RM15 bilion.

Adalah fakta bahawa harga tariff IPP Edra terendah dikalangan semua IPP termasuk TNB sendiri. Sebagai contoh, pada tahap pembidaan tariff IPP, Edra Energy membekal tenaga kepada TNB dibawah kontrak Power Purchase Agreement (PPA) dengan harga RM 0.34 iaitu 1 sen di bawah harga TNB sendiri dan jauh lebih murah berbanding IPP lain. Pengurangan 1 sen ini, selama tempoh 20 tahun kontrak PPA, mengurangkan kos TNB sebanyak RM 2.9 billion. Itu sebab bila Edra mula bekal dulu, dalam tempoh 3 bulan sahaja TNB berjaya raih keuntungan hingga 2.3b. Bila TNB untung, bukan ke pekerja TNB juga yang dapat manfaat dan rakyat buat kali pertama merasai penurunan kadar eletrik tahun ini.

Cerita yang mengatakan nasib pekerja TNB akan terjejas seperti MAS sangat tidak munasabah.  Yang dijual ialah ekuiti Edra, bukan kita jual TNB. Aset Edra hanya menjana 14% dari keperluan tenaga negara.  50% dijana oleh TNB sendiri, 24% oleh Malakof dan selebihnya oleh pihak lain.  Bila aset Edra dijual, ianya dijual sekali dengan kontrak membekalkan tenaga kepada TNB, yang mempunyai tempoh berlainan, tetapi secara purata, selama 10 tahun.  Ini bererti kadar RM 0.34 itu akan kekal sehingga akhir tempoh kontrak PPA.

Selepas tamat kontrak PPA ini, jika CGN Group perlu memenangi tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga.  Sudah tentu Suruhanjaya Tenaga akan memilih tariff IPP yang terendah dikalangan mereka yang menyertai tender tersebut. Dengan itu, kontrak PPA TNB sudah pasti akan berada pada tahap yang murah.  Maka tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi jika aset tenaga 1MDB jatuh ketangan asing.  Jika CGN Group berdegil menaikkan harga dalam tender, mereka tetap akan menerima nasib yang sama seperti syarikat penjanaan tenaga milik YTL yang ditamatkan kontrak PPA 30 September 2015 lalu.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar janganlah gelabah tidak tentu pasal.  Kalaupun anda prihatin, pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul terlebih dahulu.  Plan rasionalisasi 1MDB sudah hampir sempurna.  Penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia akan selesai tidak lama lagi.  In sya Allah jika penjualan ekuiti tersebut berjaya, masalah hutang 1MDB akan selesai dan 1MDB dijangka akan memperolehi lebihan asset sekitar RM10-12 billion.  Dengan modal RM 1 juta yang diberikan oleh kerajaan, 1MDB berjaya raih keuntungan lebih 10 ribu kali ganda dari modal awal mereka.  Cuba bayangkan jika perniagaan mereka tidak diganggu oleh Tony Pua, Rafizi dan Tun Mahathir."

#KekalNajib
#1MDB

9 ulasan:

  1. Isu sekarang ini apalah gunanya 1MDB ini wujud jika hanya sekadar menjadi alat untuk aset negara tergadai kepada pihak asing?

    Sekarang ni stesen janakuasa elektrik dan harta Edra dah jadi milik syarikat asing, lepas ni 70% daripada hampir 500 ekar tanah di Bandar Malaysia akan jatuh ke pihak asing yang berpengkalan di Dubai Amiriah Arab Bersatu.

    Sila Najib dan kuncu-kuncu serta juak-juak jelaskan mengenai perkara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Padam
  2. Lagi satu Lokman Nor Adam, tak payahlah nak membohong pasal isu PPA itu, kerana takkan syarikat gergasi seperti CGN itu bodoh nak melabur dalam industri yang merugikan mereka, sudah tentu ada terma-terma perjanjian yang menguntungkan CGN hingga menyebabkan mereka sanggup ambil alih Edra itu. Walau apa pun, aset strategik negara telah tergadai, maka puaslah hati Najib dan kuncu-kuncu dan juak-juak melingkupkan negara ini.

    BalasPadam
  3. cukuplah saudara abu bakar.....nanti anda yang dijangkiti darah tinggi.

    BalasPadam
  4. Jgn lupa najib..lepas ni kasi jual yg lain2 di bawah MoF sebab mmg menguntungkan cara bisnes mcm nie. Sendiri cari penyakit abis satu negara kau pegi seret. Lokman...sampai terbahak2 kau pegi telan dedak sampai buncit...Edra tak jadi IPO bukan sebab apa...main reason sebab audit akaun tak lepas laa...takde sapa yg menganiaya Edra tu melainkan gara2 si najib cuba menutup kudis2 yg dia sendiri buat dlm kewangan 1MDB.

    BalasPadam
  5. Umpama lokman ada pelbagai harta seperti rumah, tanàh kebun, kereta dan lain2. Duit dah takder... jadi ambil keputusan , Jual Rumah.....beli Rumah 100k, dah terdesak nak pakai duit, terpaksa jual, hanya dapat 50k, masih lagi berhutang dengan bank, nak ulang lagi skali, bekas tuan Rumah tu masih berhutang dengan bank jadi masih terpaksa bayar hutang yang masih tertunggak dengan bank.

    Kesimpulan nya Rumah yang diharap untuk tempat berteduh dah tak ada.....begitu jugalah 1mdb, tujuan asalnya adalah untuk beri keuntungan kepada rakyat berakhir Dan bertukar menjadi rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang 1mdb.

    Bagaimana rakyat menanggung dan membayar hutang 1mdb? Melalui pelbagai cukai yang dikenakan.

    Bijaksana sungguh Najib Dan rosmah mengurus pentadbiran negara ini!

    BalasPadam
  6. nak tanya, semua jual beli dalam Ringgit Malaysia atau USD atau Yen??? knapa tidak bandingkan dgn harga USD..
    Modul perniagaan bijak mana yg diambik, membeli utk dijual dgn kos yang lebih rendah kemudian dicanang menguntungkan?tak boleh dikritik pulak tu, sapa kritik masuk lokap, kena buang dr kabinet.
    apa motif 1mdb ni,apa keuntungan utk rakyat?

    BalasPadam
  7. Fakta dah jelas pun korang tak paham? Apalah nk jadi ngn korang ni,,,guna lah pandangan burung.

    BalasPadam
  8. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan








    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    BalasPadam