Khamis, 26 November 2015

TAKTIK SIMPATI SEORANG BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kepada Muhyiddin Yassin sudah-sudahlah berdrama untuk mengalun simpati, padahal cara Timbalan Presiden Umno sepatutnya membantu parti.

Bukankah berkali-kali memgatakan beliau adalah Umno totok, tapi dengan cara terang-terang melanyak Tuan Presiden ibarat tidak sekapal, konon tidak sehaluan, konon dianiaya, mengepalai golongan pemberontak dari dalam, kejadahnya nak bantu parti macam ni?

Sudahlah berdrama wahai TS Muhyiddin Yassin, ayuh kita kembalikan kekuatan Umno.

MUHYIDDIN BERSYUKUR KERANA TIDAK DIGANTUNG ATAU DIPECAT OLEH MT.

1. Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO agar perasmian persidangan sayap-sayap semasa Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh Ketua Sayap masing-masing adalah tepat bagi menjaga keharmonian dalam parti dan menghalang insiden yang tidak diingini berlaku. Khairuddin Abu Hassan yg akan didakwa kerana cuba sabotaj ekonomi negara umum akan datang ke PAU UMNO? Apa tujuan beliau? Sudah tentu untuk menimbulkan kekecohan seperti mana yg beliau lakukan di program "Nothing To Hide".

2. Adakah Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dinafikan haknya? Tidak. Tiada sebarang peraturan yang menyebut bahawa perasmian sayap-sayap adalah hak Timbalan Presiden parti. Malah sebenarnya MT berkuasa penuh menentukan aturan persidangan dan mesyuarat agung parti, termasuk perasmi dan wakil MT ke setiap persidangan sayap.

3. Apakah dosa Muhyiddin? Muhyiddin Melanggar tata etika dan disiplin UMNO beberapa kali dan memungkiri janji untuk menjadi Timbalan yang membantu presiden parti. Muhyiddin sewajarnya sudah dikenakan tindakan disiplin kerana menceritakan rahsia parti kepada pemimpin parti pembangkang, terlibat dalam sidang akhbar yang secara terbuka mengkritik kepimpinan parti dan bersekongkol dgn orang yang menyeru agar Presiden parti dikalahkan di kawasan Parlimen beliau dalam pilihan raya umum akan datang.

4. Tingkah laku Muhyiddin bukan contoh teladan yang baik kepada ahli parti, terutama golongan muda yang baru berjinak-jinak dengan parti. Ia memberi gambaran salah seolah-olah pemimpin UMNO bebas melanggar tata etika dan disiplin parti tanpa dikenakan sebarang tindakan.

5. Muhyiddin juga tidak mengotakan janji untuk membantu Presiden parti. Selepas digugurkan dari Jemaah Menteri pada 31 Julai 2015, Muhyiddin berkata "Timbalan Presiden Umno adalah untuk bantu presiden Umno, tidak kira siapa perdana menteri termasuk Najib. Saya kena bantu bekerja dan bantu Majlis Tertinggi kerana keadaan (politik) hari ini tidak seperti dahulu."

6. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, pada 16 Ogos di Pontian, sewaktu merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian, Muhyiddin bukan sahaja TIDAK MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu, malah mempersoalkan pula Najib. Katanya "Perdana Menteri kata tunggu, tunggu, tunggu. Sampai bila lagi hendak tunggu? Sampai bulan jatuh ke riba?" Pada 7 Oktober, Muhyiddin menuduh "ada tangan ghaib yang melindungi kesalahan 1MDB." Pada 24 Oktober pula Muhyiddin mendakwa seolah-olah ada campur tangan dalam siasatan 1MDB. Malah, Muhyiddin juga pernah bertemu kumpulan moderat G25 pada September 2015 bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menentang Najib. Perkara ini didedahkan oleh seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail.

7. Selepas digugurkan, tidak nampak pula Muhyiddin turun ke bahagian-bahagian MEMBANTU PRESIDEN menjelaskan isu. Dia lebih banyak bersama Tun M, penyokong Tun M dan bermain golf, termasuk di Indonesia. Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi nampaknya lebih bersungguh-sungguh membantu Presiden dan turun padang menjelaskan isu di negeri-negeri.

8. Muhyiddin cukup bernasib baik kerana tidak dipecat atau digantung oleh MT semasa mesyuarat pada 24 November 2015.

DATUK SULAIMAN RAZI
Veteran UMNO Johor

23 ulasan:

  1. Yiddin ni balachi maddey. Mereka berdua ni meletak kepentingan kroni cinapek lebih dari kepentingan Melayu.....ppptttuuuiiihhhhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu diaaa...
      kroni lah bagai..
      yang I Luv PM tu apa crite..?
      siap ada nama manja lagi.. Ah*****
      peruntukan berjuta2 utk sek ver, dll..
      bengong bin bangang

      Padam
    2. Macai, tetap macai, smpai cium teloq dia pun tak pa...dah dapat dermas lama dah!..tu yang dok defence....

      Padam
    3. Mmg benar....
      Mahdey kerja utk kroni sepet dan warisnya...tsmy keja utk mahdey...bertuankan mahdey.Konon mahdey mampu letak dia di tempat yg tinggi.
      Tujuannya hanya nak meneruskan legasi bodo dan bangang selama 22tahun.Kroni dan anak dimewahkan...Darah rakyat dicekik demi memewahkan kroni.
      Dah tua tapi msh mampu buat fitnah....sana sini buat fitnah dan tohmahan tapi sebijik bukti pon tak mampu nak bawa pegi mahkamah.
      Anak dan kaya...kroni dah kaya...para balaci dah kaya....apa lagi korang nak??!!!!
      Tsmy..tak payahlah nak mengadu domba...ko dpt naik pon akan jadi patung boneka kpd kroni..anak mahdey.
      Projek bestari.net bukan main sial...buat guru menyerah diri kpd pembangkang.Kroni pulak untung atas angin dgn wang juta2..
      Itu baru jadi tpm...belum lagi jadi pm....sign buta lah gamaknya...
      Rakyat...tanyalah dgn mamak kerala tu....kenapa buat perjanjian bodo dan bangang sampai tol boleh berterusan menaik setiap 5 tahun.Kenapa syarikat anak yg dah lingkup dibantu dgn wang rakyat...kenapa tanah kerajaan dijual murah dan dibeli balik berbilion rm??!!!!!
      Mampukah tsmy menghentikan semuanya klu dia hanya boneka bernyawa!!!!!?

      Padam
  2. Wah...hebat malaun najib ni ya...ingat jugaklh akan mati 2....x selamanyer hidup....hehe

    BalasPadam
  3. Baguslah klu ingat mati especially yg dah tua2 tu lg elok habiskan waktu dgn amalan yg menyucikan diri. Tkyah lah babitkan diri dlm politik yg byk muslihat. Bagi lah mohd najib buat kerja dia dan kita buat kerja kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksudnya..yg tua je akan mati..?
      yg muda bleh buat apa je lah..

      Padam
    2. Dia nie rasa, najib is god, itu pasai dia anggap dia ada talian hayat, sudah la yop yang muda pun bila saja time, dia cabut, bukan tua muda, hang pie minta maaf sebelum hang pi dulu...

      Padam
    3. Yang selalu kena kutuk..kena fitnah...kena tohmah mgkin lbh berpeluang masuk syurga berbanding munafik yg kononnya suci tapi najis dia pon merata2.

      Padam
  4. Habis tu Tun, TSMY dan DsSA tu tak tua ker???...... Damn Culprit Depa boleh tongkat langit ker?????

    BalasPadam
  5. Geng penjilat madeyy keling ni lebih hebat gerakan mereka mahu jatuhkan UMNO dr dlm berbanding puak2 Pakatan Haram. Biar UMNO jahanam takpe janji nafsu madey dan grombolannya di tunaikan.

    Apa yg pasti madey mahu telunjuk kakinya dituruti dengan sepenuhnya. Jika tidak dia boleh tukarkan yang putih jadi hitam.. kes Altuya pun madey keling boleh berlendir brsama pakatan haram.. wal hal dulu dia yg suruh terima keputusan Mahkamah.. cilaka mahdeyyy!

    muyedin perasan lah mcm madey nk sgt die jd PM..pdhal itu prangkap n alat suruhan madey je spy jatuhkan najib.. nex.. muyedin akanjd korban madeyy jgk.. bodoh muyedin nih.. gopoh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu dia..
      bila tak dpt nak bagi fakta, maka klur lah maki hamun, label melebal..
      jkalau betul benar ikhlas, org takkan nyorok sewaktu N2H...
      bengong takleh nak di betulkan lagi...

      Padam
    2. Fakta apa... Tuduh PM tapi ngaku takda bukti. Kesian pemakan dedak expired Tun anak dia dah billionaire masih gelap mata. Ikhlas join bersih ikhlas bg subsidi kt proksi cina ikhlas sedut rakyat dgn syarikat kroni.....ikhlas..ikhlas..

      Padam
  6. Sedarlah kesilapan anda TSMY..... kerana ikut ckp Tun M.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak setuju jek ngan PM trus jd pengikut TDM & pembangkang..
      mentaliti dedak..!!

      Padam
    2. Ini dah macam George Bush

      "Either you with me or you with the terrorist"

      Ah Jib Gor dah ikut cara Zionist dah

      Padam
    3. Mmg Muyidin ikut Tun Mahadewataraya pun. Budak sekolah pun tau. Council of elders cadangan Mahadewataraya tu yg ikut Zionis, syiah... Takda kuasa politik tiba2 nak jadi diktator muahaha.. Tun mahadewata.

      Padam
  7. masih perasan jd TPM lg kali..... sudah2la mat lebam mangkuk ayun..berambus la kau.....
    Dasar tak sedar diri ....hamlau....
    bengang betul aku dengan mantan sekoq ni....cakap redha tapi lain pulak jadinya...munafik gila kuasa......perasan diri tu hebat....habis semua rakyat johor mau diheretnya....mangkuk ayun
    Tak da akai.....Jadi KPM ari tu pun buat menyusahkan ja ...Ptuuuuihhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAU tu bukan kapasiti TPM, tp kapasiti Timbalam Presiden UMNO..
      patutlah pembangkang sebut UMNO sbg UMNgok..
      mmg sah bangang & ngok..budusss

      Padam
  8. Ah..ckp apapun Umno ni parti bnyk skandal,ego dan kaki sapu.Tukar la pemimpin mcm mana pun ttp jd buruk jgk.Kena plak zaman Najib ni lagi la teruk.Sapu xde sorok2 lagi.Membantu rakyat konon ..Puuiiiihhh...

    BalasPadam
  9. UMNO teruskan dasar membela rakyat. Insahallah rakyat menilai. Siapa yg membela kroni bermakna x berjiwa rakyat dan jangan disokong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hangpa kena mbaca blog ku semang, dia bagi ulusan yang lain sikit.

      Padam
  10. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    BalasPadam