Selasa, 15 Disember 2015

BELAJAR DAN HADAM SITUASI SEBENAR PERMASALAHAN KRITIKAL INI!!

Jangan langsung tidak peduli, jangan langsung buat perihal pekakkan telinga, terbongkar sudah bibit-bibit ketidak adilan terhadap rakyat kerana bekas mantan kita sayangi itulah puncanya.

Yang menanggung siapa? Perdana Menteri walau bukan Najib sekalipun akan tetap pening kerana perjanjian tidak adil ini menyusahkan semua, yang untung kroni, yang gembira kroni belaan mantan tersebut.

Maka bak kata orang, lebuhraya Pan Borneo boleh bagi free, kejadahnya lebuhraya di semenanjung berjela tol kena hadap...

Pengakuan Tun Mahathir pada 8hb Januari 2007....

Mahathir akui isu kesilapan Perjanjian Konsesi Termasuk Tol berpunca daripada Zaman Pentadbirannya !!

“Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita betulkan. Apa yang diperlukan adalah sebuah kabinet yang tidak selalunya berpengetahuan kerana ianya dibentuk oleh ahli-ahli politik dan bukannya para pakar dan kadangkala ahli politik seperti saya boleh menjadi bodoh,” jawab beliau kepada para wartawan yang memberitahu bahawa kelima-lima lebuhraya bertol dibina semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Kita semua maklum bagaimana baru-baru ini kadar tol dikebanyakan lebuhraya dinaikkan, kecuali lebuhraya-lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS. Ini adalah kerana lebuhraya-lebuhraya PLUS dimiliki 51 peratus oleh UEM Berhad dan 49 peratus oleh Tabung Haji. UEM adalah 100 peratus milik Khazanah. Langkah pemilikan PLUS Berhad telah dibuat di bawah pentadbiran Najib pada tahun 2009.

Bagi kenaikan tambang ERL yang dimiliki YTL Berhad, konsesi ERL telah ditandatangani juga semasa pentadbiran Mahathir. Menurut perjanjian konsesi tersebut, sekiranya kerajaan enggan membenarkan kenaikan tambang, kerajaan wajib membayar RM2.9 bilion kepada YTL atau membenarkan mereka menyambung konsesi selama 30 tahun lagi.

SUMBER:-

http://www.thesundaily.my/node/171646

Tiada ulasan:

Catat Ulasan