Jumaat, 25 Disember 2015

DAP DAH MULAKAN STRATEGI DOMINAN KE PUTRAJAYA PADA PRU 14, KITA MASIH BERTELAGAH SEBAB INGIN TUNJUK SIAPA PALING ISLAM!!

Permasalahan mudah, politik sudah rosakkan ukhwah kita dan mengepalai perpecahan itu dengan lebih sistematik.

Matematik mudah, pakatan memerintah, kepalanya walau orang Islam, tetapi yang memberi segala apa keputusan adalah si dominannya yang bakal kawal selia apa saja, hal ehwal bumiputra, Islam, hak istimewa dan ekonomi.

Bukan kerana Umno itu sempurna, Pas itu maksum, ini berkisar kuasa mutlak umat Islam dalam memerintah, apa guna sembang ligat, kalau yang memberi keputusan adalah Kiasu?

Mahu tak mahu, ego dalam berpolitik buanglah ke laut, Jadi kesimpulannya, Pan dan Pkr tidak relevan dalam memberi harapan kepada umat Islam.

Hanya ada Umno dan Pas. Itu harapan kepada umat Islam di Malaysia.

MESTI ISLAM KETUAI KERAJAAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

BATU PAHAT: Kerajaan Malaysia mestilah diketuai oleh orang Islam dalam realiti penduduk negara ini adalah terdiri daripada majoriti Muslim, sementara agama-agama lain hanya merupakan minoriti, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS berpegang kepada perkara itu sebagai prinsip dasar dan tidak boleh menerima pembentukan kerajaan majoriti bukan Islam, sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, berbanding 40 peratus bakinya terdiri daripada pelbagai agama.

“Maka dalam konteks negara Malaysia, majoriti rakyat adalah orang Melayu Islam. Mesti terima hakikat, Melayu Islam memimpin negara. Sama ada nak cara Umno, (atau) cara PAS, itu bab lain. Kita (rakyat) dah lama dah (dengan) cara Umno (memerintah), mari (pilih) cara PAS (perintah) pula.

“Ataupun Umno bersedia untuk membuat perubahan, balik (kembali) kepada Islam. PAS tidak akan berganjak dengan perjuangan Islam. PAS mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam. Orang bukan Islam tidak boleh mengepalai negara,” tegasnya pada program Nadwah Pemerkasaan Duat (Nekad) 11.0 di Parit Haji Salleh Ros, di sini 19 Disember lalu.

Menurut Tuan Guru, dalam fekah dan sejarah politik, hanya pemerintahan Islam sahaja yang terbukti mampu memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pelbagai agama dan bangsa.

Terang beliau, berdasarkan keputusan PRU13 lalu, kedudukan kerusi Parlimen tidak selari dengan taburan penduduk dalam negara.

Ujarnya, ketika Umno adalah majoriti daripada 133 kerusi BN, kerusi Ahli Parlimen Islam Melayu dari blok pembangkang hanya berjumlah 39 kerusi, manakala bukan Islam pula sebanyak 50 kerusi.

“Mengikut politik Islam, ini salah. Islam mesti berkuasa. Ini pandangan PAS. Ada dalam kalangan Pakatan Rakyat, mahu ke Putrajaya tidak peduli majoriti bukan Islam menang pun tak apa. Ada orang, dia nak menang di Johor, sanggup jadi alat DAP, tak boleh.

“Saya kata tak boleh, PAS tak boleh terima. Kita boleh kerjasama, tetapi Islam mesti berkuasa,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, semua pihak tahu mengenai masalah Umno, tetapi Pakatan Rakyat juga ada masalah di mana Islam tidak menguasai.

Tegas beliau, orang Islam tidak boleh mengizinkan bukan Islam menguasai kerajaan dan berlaku campur tangan terhadap Islam sepertimana dilakukan Amerika, China dan kuasa besar lain.

“Kita berbalah, berbalahlah dengan Umno, tetapi kuasa politik Islam Melayu mesti dipelihara. Ini tanggung jawab kita. Maka kita ajak Umno balik semula kepada Islam. Salah ke kita ajak Umno balik semula kepada Islam? Tidak salah. Umno kata dia nak ke Islam, PAS kata nak ke Islam, mari kita bincang.

“Bagaimana nak laksanakan Islam itu? Selamatkan negara dengan Islam. Ini tanggung jawab kita. Kita mahu orang Islam yang berkuasa di negara ini. Selamatkan orang dengan Islam. Dalam hal ini, PAS tidak keras, cuma media dia sengaja nak laga-lagakan.

“Kita berlawan pilihan raya (menentang Umno). Tetapi kita harap rakyat berfikir dengan matang. Jangan selama-lamanya beri (undi) ke Umno. Berilah juga kepada PAS (menjadi) kerajaan sekali, tengok kita memerintah bagaimana.

“Kita boleh berbeza pendapat, boleh jadi pembangkang, pembangkang yang menasihat. Ada orang kata tak boleh menasihat, kena bangkang terus, itu bercanggah dengan Quran,” ujarnya mengaitkan kisah dakwah Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Harun sebagai sandaran.

Terangnya, kumpulan majoriti Islam yang menguasai negara juga mestilah mengikut kaum paling ramai, kuat dan berpengaruh sepertimana sejarah Islam dipimpin oleh Quraisy, diikuti Qurdish dan Turki.

Tegas beliau, PAS menolak sikap DAP dan parti sepertinya yang berjuang ke arah menguasai Malaysia secara kepentingan perkauman tanpa menangani realiti masyarakat majmuk negara ini dengan sebaiknya.

“DAP nak buat Pilihan Raya Majlis Perbandaran, saya tak setuju. Pilihan raya yang dibuat itu berdasarkan penduduk bandar. Kalau dibuat pemilihan itu, maka 90 peratus lebih bandar dikuasai oleh satu kaum sahaja.

“Sedangkan mengikut ilmu kemasyarakatan, sesuatu bandar tidak boleh hidup dengan penduduk bandar sahaja. Dia hidup dengan peniaga kecil, pemandu teksi, dia hidup dengan berbagai-bagai kalangan,” jelasnya.

4 ulasan:

  1. salam..sudah sampai masanaya Melayu Islam bersatu,UMNO-PAS harapan umat Melayu Islam..minta jasa baik tuan pautkan link blog saya yang kerdil ini
    http://zulcomz.blogspot.my/
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 4320 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






      KLIK DISINI BOCORAN TOGEL HARI INI




      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos











      Padam
  2. Jelas kini makin laju pembinaan rumh dn kedai mewah utk 'menghimpunkan' bgsa ni ke putrjy/cyberjy/sepang dengkil dll kawasan... Mek suka hti lihat bergelak ketawa meliht melyu bertelagah sesama sndiri. Janji....? BGSA NI HAPPY...!!! Harp kpd Allah Swt shjlh utk mmbntu kt ttp kalau asyik sesama bgsa muslim pun asyik bertelagah, nak tanya, sampai bl? Sampai kiamat ke..? Kesihn keturunn kita... Yg bhsa tu dh bersedia utk bgsa keturunn mrk dh berkurun lm... Tak terfikir ke wahai sbhgn mlyu...? Kasihan bgsaku.... Kasihan....

    BalasPadam
  3. Akhbar the Star tu milik MCA tapi rencana anti BN dan pro DPA dan MCA tak tukar pengarang the Star dari dulu lagi.

    MCA sokong DAP amat jelas dan nyata.

    BalasPadam