Sabtu, 19 Disember 2015

DAP, PAN DAN HALUAN KIRI UMNO SUDAH PANAS PUNGGUNG KERANA IDEA PERPADUAN ANTARA PAS DAN UMNO BAKAL DIREALISASIKAN

Dap menjangkakan, serangan kepada Pas, merosakkan kepercayaan terhadap Umno, menjahanamkan imej parti terbesar orang Melayu Islam itu bakal merencanakan progres politik baru dengan mewujudkan parti Amanah.

Wujudnya parti amanah ibarat idea baru untuk imej parti Islam baru yang lebih tunduk kepada Dap itu sendiri. Bila berpecah, matlamat utama untuk menakluk Putrajaya bakal tercapai PRU 14 nanti. Dap akan menjadi abang besar untuk Pakatan Harapan, maka ranap sudah kuasa Islam itu bila Pakatan Harapan memerintah, ditakutkan, segala apa keputusan, perlulah Dap yang tentukan, termasuk hal ehwal orang Islam.

Itu yang mengusarkan, jadi Pas dan Umno sememangnya perlu bekerjasama. Maka Dap akan termenung kerana rancangan mereka gagal dan sudah hancur.

PAS BERSAMA UMNO, GAGALKAN RANCANGAN DAP TAKLUK PUTRAJAYA!

Menurut Nik Abduh, tawaran yang dibuat Umno itu adalah tawaran yang istimewa buat Pas dan jika presiden Pas menerima pinangan tersebut, ia akan mengukuhkan pentadbiran kerajaan berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, Nik Abduh berkata, jika Pas dan Umno bersatu, ia membuktikan penyatuan semula umat Melayu/Islam dinegara ini, sekaligus menutup peluang parti bukan Melayu untuk merampas kerajaan selepas dipecah belahkan oleh parti bukan Melayu yang mengidam untuk memerintah negara.

"Kita menerima apa yang disebut perdana menteri kerana selama ini kita berada dalam padang politik yang tidak adil apabila cadangan pembangkang ditolak mentah-mentah kerana merasakan sudah cukup untuk mereka sahaja memerintah," kata Nik Abduh.

Nampaknya, semakin ramai yang menyokong usaha Umno meminang Pas untuk mengekalkan dan mengukuhkan kerajaan berlandaskan Islam. Siapa sangka Pas yang ditendang Pakatan gara-gara DAP tidak menyukai dasar perjuangan Islam telah diterima Umno untuk mengukuhkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Andy tidak menolak kemungkinan perkara ini memanaskan lagi 'punggung' pemimpin DAP yang sememangnya mahu melihat parti Islam itu dihancurkan. Ialah, DAP yang telah berjaya menendang Pas dari Pakatan dan berjaya memecah belahkan ahli parti Islam itu, sudah pasti menyangkakan Pas tidak lagi relevan di hati rakyat malah kepada mana-mana parti untuk bekerjasama.

Tetapi, hari ini DAP dikejutkan oleh parti Melayu terbesar di negara ini apabila Umno sendiri telah menghulurkan tangan silaturahim kepada Pas untuk sama-sama menguatkan kerajaan. Pasti Lim Guan Eng tak senang duduk.

Kredit: ANTI TMI

11 ulasan:

  1. Penggabungan DEMI NAK menyelamat kan nyawa politik najib yg tinggal nyawa nyawa ikan .Bukan nak menyatu kan ummah.PAS pulak tanpa pikir panjang bersedia berkorban jadi lebai malang sekali lagi demi mempertahankan kemungkaran najib,selepas berkorban mempertahankan kemungkaran Anwar Ibrahim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu penyatuan umat Islam didalam UMNO dan PAS sebenarnya kuat atau tak kuat sesuatu parti itu bukan urusan kita secara mutlak sebab setiap sesuatu yg telah atau yang akan berlaku itu sentiasa mengikuti apa yang telah ditetapkan Pencipta pada Loh MahfuzNya. Pendek kata realiti yang bersifat masa akan datang pada kita hanya bersifat "sejarah" sahaja disisi yang Maha Mengetahui. Apa yang "baharu" kepada kita sebagai hambaNya adalah penerimaan kita samada kita redha atau tidak kepada ketetapanNya samada baik atau pun yang buruk pada tanggapan kita sebenarnya.

      Apabila kita susun ayat dengan penuh caci maki dan rasa dendam sesama kita maka itu sudah menampakkan betapa kita tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditetapkan oleh yang Maha Mengetahui. Apa pun sepatutnya kita harus rasa beruntung sentiasa kerana boleh menerima akidah Islam sebagai anutan roh kita. Kita sentiasa diuji oleh keadaan dan sentiasa diperhatikan Pencipta samada kita mampu atau tidak untuk patuh kepada arahan Nya supaya sentiasa berpegang teguh kepada Tali Allah. Apabila Rasulullah memberi arahan supaya jangan sesekali memutuskan silaturahim sesama kita yang berugama Islam maka kita sepatutnya mempamirkan rasa syukur kepada ALLAH dengan cara akur kepada hadis Rasulullah SAW itu. Terdapat dalil yang serupa dengan maksud hadis Rasulullah SAW itu didalam Al Quranul Karim.

      Contohnya surah Muhammad ayat 22 dan 23 yang bermaksud: Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka.

      Sebaliknya ALLAh telah mengingatkan kita lagi didalam firman-Nya pada surah an-Nisa ayat 1 iaitu: Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya dan peliharalah hubungan silaturahim.

      Oleh itu kegagalan untuk meneruskan hubungan silaturahim itu cuma akan mengakibatkan perpecahan sesama kita yang berbangsa Melayu dan berugama Islam. Keadaan inilah yang memang dimahukan sangat-sangat oleh orang DAP seperti Guan Eng dan Kit Siang. Ingatlah bahawa ALLAH telah mengancam sesiapa sahaja yang memutuskan silaturahim dengan mengharamkan bau syurga itu sendiri. Kalau dahulu PAS mengunakan slogan "Undi PAS Masuk Syurga" maka kali ini kita ingin untuk mengingatkan kepada semua bahawa “Memutuskan Silaturahim Haram Masuk Syurga”.

      Justeru itu pada hakikatnya kita ada dua pilihan samada untuk akur pada arahan Rasulullah SAW dan Allah subhanahuwata’ala atau pun akur kepada kehendak macai pembangkang yang terdiri daripada penyokong DAP dan serpihan PAS didalam PAN dan PKR. Perlu diingat PRU14 kali ini adalah pertembungan diantara UMNO dan DAP sebab walaupun pembangkang mungkin akan meletak seorang pemimpin Melayu sebagai Perdana menteri sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya, DAP sebagai tauke besar tetap akan mengawal secara remote setiap keputusan yang bakal keluar daripada mulut pemimpin Melayu itu kelak. Inikah yang kita mahukan sangat-sangat tuan-tuan?

      Padam
    2. agaknya ko ni dah 'penasaran'. nampak kekecewaan ko tu. apa pula soal nak selamatkan najib. ada perkara lebih besar yang perlu dimasukkan dalam memori otak kita orang Islam agar berfikir apa kaan jadi 10-100 tahun akan datang. jika perpaduan melayu Islam tidak diperbaiki, dipecah-pecahkan dan caca marba, sudah tentu agenda musuh Islam akan berjaya. aku tak tahu level bagaimana otak ko berfungsi. adakah politik itu hanya berkisar najib-umno sahaja? tolong la makan makanan sunnah agar sel2 otak ko boleh berhubung..please!!!

      Padam
  2. Kalau tengok sokongan undi 2 penggal yang lepas UMNO cuma kuat kat Johor. Kali ni DSN pun dah seakan tahu PRU 14 adalah refleksi 1MDB2.6B dimana rakyat mahu menghukum setelah institusi kehakiman bersama PDRM, SPRM dan PAC gagal berfungsi. Itu aje.
    Perpaduan orang melayu 'heboh' bila PAS-UMNO berura mahu ujud kerajaan perpaduan. Sedangkan muslim yang mengamal ajaran Quran dan hadis menolak perpecahan, inilah politik.

    BalasPadam
  3. ...najib tak penting sangat...umat islam dan melayu perlu bersatu....cina boleh bersatu, melayu tak boleh?...undang2 apa ko pakai?..

    BalasPadam
  4. ...wahai anjing dap, takde sebut pun nak selamatkan najib...

    BalasPadam
  5. ....anjing dap seekor kat atas tu tak nak komen ker pasal gambar najib&hadi dipijak2 oleh kominis dap...komen la...

    BalasPadam
  6. Kan? Kita bukan kisah najib tu..kita lebih kisahkan MELAYU BERSATU.macam semua melayu pi kedai ustaz accessories kat kota dmnsara tu.Cina balik tikam diri sendiri!

    BalasPadam
  7. para kafirun DAP PKR mmg tak suka tengok UMNO PAS bekerjasama... tu sebab anjing2 suruhan depa dah mula menyalak...

    BalasPadam
  8. Mesti tambah indah dan meriah sambutan ramadhan dan aidilfitri mendatang bila umno@ pas bersatu..semoga di makbulkan Allah swt..amin

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam