Rabu, 9 Disember 2015

DS NAJIB PUN MANUSIA JUGA, NAK TUDUH BUKTI TAKDA IBARAT TEMPELENG ORANG TAPI TAK KENA!!


Apakah sebenarnya yang ingin dilakukan oleh Tun Mahathir, TS Muhyiddin serta segerombolan radikal pemberontak media penyokong tegar mereka dalam merencanakan #UndurNajib?
Adakah segala peluru, bom, panah, segala senjata sudah dikeluarkan oleh mereka sudah berjaya?

Perhimpunan Agung Umno 2015 sudah melihatkan betapa hinanya seorang Timbalan Presiden yang sudah tidak sekepala lagi dengan Presiden partinya.

Malah tindakan Timbalan Presiden yang sebelum ini hanya hebat bercakap berdegar-degar hanyalah omong kosong seorang pejuang sembab, sebabnya mudah, dia sendiri tidak hadir semasa taklimat Presiden malam tadi.

Amat memalukan kerana tindakan menjadi boneka Mahathir sangat memakan diri. Kesemua yang dibelakang Mahathir dan Muhyiddin adalah orang yang kecewa, amarah, dendam, gila kuasa dan pemberontak media yang layak digelar pembangkang totok. Cuba lihat page FB, SSTDMM dan KCD.

Ayuh ahli umno, usah peduli dengan golongan kecewa, kita rapatkan barisan, kita kuatkan pertahanan, kita segerakan serangan supaya Parti Keramat ini dilihat sebagai parti paling kuat dan sangat diperlukan oleh orang Melayu dan bangsa lain.

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"
Antara intisari ucapan Presiden UMNO:

1. Sy hormat Tun Mahathir tp jgn keterlaluan, org Kedah kata tibai, tp sy nk btulkan berasaskan pd fakta. Cth awak ini pencuri tp apa buktinya. Tun M kata jika Najib terus mentadbir negara kita akan jd pengemis di negara sendiri

2. Hendak kritik tidak mengapa (sorakan diterima meroyan ditujukan pd TSMY)

3 .Jika menyerang Presiden Parti seolah menyerang Parti Umno.

4. Cerita 2.6 billion, sy nk tanya mana KB KP KW KPU3 boleh hidup tanpa dana, parti pembangkang pun dia nak dana, jd jgn nk bangkitkan soal dana ini kerana sy cari dana ini utk pastikan parti kita ini berjaya.

5. Cerita tentang dana ini, ramai yg datang pd sy buat muka sedih, ada yg bawa pelan.

6. Sy bantu semua bhg, igtkan negeri kalah sj sy perlu bantu, negeri menang pun sy pun kena bantu
7. Dana ini jangan kita songlap duit rakyat. (Tepukan)

8. Jumpa penderma2 siasat, sbb penderma kata x boleh sebut, bgkitkan isu knp masukkan akaun peribadi, sbb dia suka dia bglah, jika dia bg 2.6 b dia tidak tuntut apa2. Sy bg surat itu pd bank negara. Jika sy nk songlap duit sy x bg pd bank negara

9. Semua ini dah tahu apa perlu 2.6 b jika dibanding parti yg berkuasa

10. Perhimpunan Agung ini byk belanja. Sumbgn bhg, wanita, pemuda, puteri tiap2 bulan

11. Friends of BN pun minta pd sy, bloggers pun nak, tak bg merajuk. Ini perlu pd ini (duit) tp jgn berjuang utk ini (duit) tp berjuang pd agama dan negara.

12. Cukuplah soal ini, biar sprm siasat biar mereka buat keputusan, kita fokus pd parti keramat kita

13. Isu 1MDB - org kpg tak kisah. Yg jd isu kerana kita juga. Ini busines model. Jika kata 1 MDB tak ada aset. Ceo TNB pun hendak EDRA, tp sy kata mcm mana nk bg TNB kerana harga dia lebih rendah. Kita ada tanah lg, TRX. Jika kena pelan rasionalisasi mungkin kita ada surplus atau keuntungan.

14. Byk lg bdn2 lain yg rugi cth Perwaja, MAS, dll tapi knp 1 MDB?

15. Patut Tun M bantu kita, sy cukup setia pd dia, waktu ada team A dan team B, sy sokong dia sbb sy pegang pd prinsip kesetiaan kpd pemimpin.

16. Antara PM dan TPM, kita perlu ada hubungan yg baik. Perlu trust each other. Jika berbeza pendapat tak pa.

17. Semalam TSMY suruh sy berehat. Tp nk berehat buat apa, sy kuat lg. Kita perlu pertahankan demi kepentingan parti. Sy syg tuan2 dan puan2. Penting sekali jaga parti. Inilah tempat pergantungan kita.

18. Ucpn diakhiri dengan Sorakan Hidup Melayu dan Hidup Umno

#KekalNajib
#NadiRakyatPAU2015

7 ulasan:

  1. Suka hati kolah nak kata TAKDA BUKTI walaupun Ahjib dah ngaku 2.67 BILLION@USD700K serupa dengan jumlah duit yang kununnya dimasokkan ke dalam akaun Petrosaudi, diAKUI OLEH AHJIB dimasokkan kedalam akaunya. Kunun itu adalah derma orang Arab untuk UMNO tapi satu sern pun tak masok dalam akaun UMNO sebab memang takda catatan perbelanjaan 2.67 BILLION dalam laporan tahunan UMNO.
    Sedapkanlah hatimu wahai pemakan dedak.
    Cuma orang UMNO bodoh jah yang caya.
    Kesian Puteri UMNO nak jalan-jalan keliling KL pun dah kena BOOOOOOOOOOOOOOOO. Ini belum lagi PRU14. Terimalah kenyataan, tiada siapa percaya dengan cakap NAJIB kecuali pemakan-pem akan dedak macam kamu

    BalasPadam
  2. Ko lh yg bodoh. Ko pikir org umno xde otak ke nk pikir? Kalau x bantu umno camne umno leh menang? Madey dulu minta kroni2 dia bantu masa pru. Lepas tu apa jadi? Harga barang naik. Kroni dia dpt jaminan projek berterusan. Bila Najib dpt dana Arab baru dorang tau yg Najib bukan sendirian. Dorang ingat Najib akan berkubur pd pru lepas. Tp Allah tentukn segalanya. Semoga Allah memberi kekuatan dan taufik hidayah kepada Najib dlm mentadbir negara dan keluarga

    BalasPadam
  3. 6:20 cakap tu ada fikir ke atau taksub pada madey..lihat pada fakta...kalau baru lahir boleh di maafkan...zaman madey banyak duit di salah guna...apa komen kamu,..perwaja steel, mas,etc..semua hancur..apa kata kamu..

    BalasPadam
  4. Mudah je nk tau org salah ke x. X nmpk ke masa PAU kali ni.....control abis. Itu x leh ckp...ini x leh ckp. Media kna control. Amboih....x nmpk2 lgi.... alamat mmg mampus le PRU nnti. Itu hri menang pn tipis sgt2.

    BalasPadam
  5. Nnti bila menang pru nk bagi sapa perintah negara? Ujung2 tgk dap yg byk menang. Sanggup bg dap berkuasa? Ok. Katakan agong x berkenan. Gantikan melayu. Ko pikir melayu tu sama cam melayu umno ke yg masih pertahankan hak kita sebagaimana yg kita kecapi sekarang? Abis punah. Mara kena kacau. Hak keistimewaan kena godak. Silap2 bajet rumah ibadah pn kena kena bagi sama rata. Tengok la Penang dan Selangor. Apa dh jd ngan bangsa kita. Inikah yg korang suka?

    BalasPadam
  6. Anom 620pm dan salleh tu tentera RBA.Strategi dia orang masuk dalam blog2 politik terutama yg pro BN utk buat provokasi.Keluar saja posting oleh bloger mereka cepat2 masuk buat komen.Itulah cara mereka.

    BalasPadam
  7. இந்தியா மேலும் வகையான புஷ்-குவி வளைவு

    BalasPadam