Khamis, 3 Disember 2015

KITA BERHAK DAPAT FREE, KITA KAN BAYAR CUKAI


Bila sesuatu perihal kenaikan berlaku, baik harga barang, perkhidmatan, harga rumah, terbaru harga perkhidmatan pengangkutan awam, komuter, ERL dan lrt.
Mungkin kenaikan yang begitu tidak dapat dielakkan, maka serangan bertali arus terhadap kerajaan pimpinan Najib pun berterusan.

Tidak dipastikan yang maki keterlaluan diatas kenaikan ERL adakah mereka hari-hari menaiki ERL? Ataupun mereka ini naik ERL pun tak pernah? Ataupun mereka yang tinggal yang kawasannya stesen ERL pun takda?

Keselesaan kita nak, tapi bayar lebih kita taknak, kita marah, anggap ini melampau, kalau yang naik ERL tu adalah pelancong, orang kaya-kaya, kenaikan camtu kacang je kot kat mereka, yang menaiki ERL untuk ketempat kerja, mungkin sebelum ini pun harganya RM35 sehala, pun itu dikira mahal, guna khidmat lain sepatutnya jadi alternatif. Bas transit ke KLIA pun murah je kot, RM10 sehala rasanya, cuma berhenti banyak tempatlah, bukan ekspress. Dah nama ekspress faham-faham sudah.
Pengguna komuter dan lrt boleh dapatkan pas bulanan, tak salah diskaun hampir 40%, dah jimat kat situ, warga emas, oku, budak sekolah masih dapat harga diskaun.

Yang kaki dating, jarang guna ktm atau lrt, pastilah bayar harga baru tu, yang bukan kerap gunakan, so yang ambil pas bulanan sudah dinyatakan jimat.

Kalau semua nk khidmat gempak, bayar nak suam-suam, mana-mana negara pun tak terlayan, silap haribulan jadi macam India, Indonesia, negara ke-3 yang lain, sampai panjat atas bumbung keretapi sebab penyelengaraan tidak di upgrate.

Kata nak menuju negara Maju, minda kenalah maju, asyik nak free, kalau anda jadi bos, koyaklah seluar. Kalau faham tak pa.

#AdaAkalGuna
#AdaOtakTepu

1 ulasan:

  1. Bila pemimpin lain terpaksa tampil mempertahankan keberanian Najib dan memuji2 Najib, itu menunjukkan memang Najib penakut !

    Satu Malaysia sudah nampak sejauh mana keberanian pahlawan Bugis Malaya ni ...... Oya, sejak sauh dilabuhkan, tak dengar2 dah cerita penglipurlara pahlawan Bugis ni.

    Then again, saya kena setuju dengan Hishammudin yang Najib memang seorang yang tenang. Najib tenang je lari dari bersemuka dengan Tun Mahathir masa di Nothing To Hide. 

    Najib pun tenang jer lari dari menunjukkan muka di Seminar IACC mengenai Rasuah bila dapat tahu isu 1MDB dan RM2.6 bil menjadi topik hangat sesama perwakilan antarabangsa.

    Najib tenang jer bila bagi alasan tak mahu saman WSJ sebab duit saman kalau menang pun, ciput jer.....

    Tidak kurang tenangnya bila menafikan timbalannya dalam parti dari berucap kepada sayap2 parti, satu amalan tradisi berpuluh tahun ..... 

    Dan semalam, Najib dengan tenang jer boleh lari dari menunjukkan muka di Parlimen bila satu negara menantikan saatnya untuk beliau mendedahkan segalanya mengenai RM2.6 bil setelah lebih sebulan diumumkan.

    Memang Najib tenang ...... Tenang dalam ketakutan. Tenang dengan muka sardin. Satu Malaysia mencemuh Najib sebagai penakut, tapi ada Najib kisah ? Tenang jer ..... hahahaha .....

    Segalanya mengenai RM2.6 bil mengundang persoalan. Tidak ada jawapan yang mampu memuaskan hati rakyat. Dan segala reaksi Najib dalam menangani isu RM2.6 bil hanya menguatkan persepsi negatif terhadapnya. Kerana tindak tanduk Najib dan kuncu2nya dalam menangani isu ini adalah tindak tanduk seorang yang BERSALAH.

    Hanya orang yang bersalah saja yang akan beri pelbagai alasan dan seberapa boleh akan mengelak dari membuat pengakuan.

    Pernah dengar Najib sendiri menjelas kedudukan RM2.6 bil itu ? TIDAK PERNAH kan .....

    Hanya orang bersalah saja yang akan memarahi dan bertindak terhadap sesiapa saja yang mempersoalkan perbuatan salahnya. 

    Padahal semuanya boleh diselesaikan dengan satu cara yang paling mudah iaitu tampil buat penjelasan dan jawab segala persoalan yang selama ini beliau elak.

    Tunjukkan bahawa beliau berani kerana benar. Persepsi rakyat sekarang -  Najib takut kerana salah.

    Sampai bila nak mengelak ? Satu dunia duk bercakap hal RM2.6 bil sebab ia satu sejarah tamaddun dunia di mana seorang individu menerima derma sebanyak itu sekali berdebuk !

    Di harap masa PAU nanti adalah seorang hamba Allah dikalangan para perwakilan yang berani bertanyakan hal RM2.6 bil walaupun dilarang dari bercakap mengenainya. Seluruh rakyat mahu dengar penjelasannya tapi perwakilan dilarang dari bercakap mengenainya ..... tidakkah itu tanda ada yang tak kena ?

    Saya syak isu RM2.6 bil jugalah yang menyebabkan Timbalan Presidennya dinafikan peluang berucap sebagaimana lazim.

    Apakah ahli Umno sanggup berdepan kemungkinan diharamkan kerana melanggar Akta Pertubuhan sebagaimana disebut oleh Tun Mahathir ?

    Pelbagai tindakan pelik dan diluar tabiee dilakukan .... semuanya kerana isu RM2.6 bil. 

    Jika Najib seorang yang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau dengan sendiri akan tampil beri penjelasan atas sebarang isu yang boleh membawa kemudaratan kepada parti. Dan jika tidak mampu selesaikan, beliau akan undur diri kerana tidak mahu parti menanggung beban yang terhasil dari kesalahan dirinya..... itu kalau Najib seorang yang berani bertanggungjawab.

    BalasPadam